Horizon Cinta : Kamu Hilang Begitu Sahaja
Posted In
cerpen,
horizon cinta
- 8:14 AM - 6
coretan ikhlas
Aku berdiri di atas sebuah bukit. Dihadapan ku terhampar pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Bangunan KLCC hanya ternampak samar-samar, jelas KL sedang dilanda jerebu. Di sebelah aku, berdirinya seorang gadis yang berambut paras bahu. Di tubuhnya tersarung t-shirt dan juga jaket denim berwarna biru. Cantik. Cantik seperti selalu. Sekali sekala, rambutnya terbuai ditiup angin.
"kamu masih ingat lagi saat kita pertama kali di sini?" aku bersuara.
"ya,masih jelas di kotak minda ini,momen indah itu" si dia bersuara. aku sempat menjeling ke arah tubuhnya. Sedikit berisi. Mungkin dia bahagia tika bersama aku.
"kamu masih malu-malu ketika itu,ketawa juga hanya kecil" aku masih mengusik dia.
"ya, sungguh aku malu ketika itu, kamu memang suka mengusik aku kan?" sambil jarinya mula mencubit tangan kiriku.
aku cuba menahan cubitannya, perlahan-lahan aku menggenggam tangannya. Kami kini berpegangan tangan. Sungguh erat. Terukir senyuman di wajahku, tapi ada sedikit kerisauan di hatiku. Entah sampai bila, aku mampu untuk menggenggam tangannya, mungkinkah bakal terlucut jua satu hari nanti? Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku sedar, aku tidak mampu untuk menghadapi semua itu. Dia sudah jauh tertanam di dasar hatiku. Masakan boleh dia dibawa lari sesuka hati oleh orang lain begitu sahaja?
Aku menggenggam tangannya lebih erat. Aku pandang wajahnya. Ketika kami saling berpandangan, badan aku ditolak kasar oleh seorang lelaki. Aku terjatuh dan dia juga turut terjatuh. Wajahnya penuh dengan kerisauan. Aku memandang ke arah lelaki itu. Ada 4 lagi lelaki lain di belakangnya. Semuanya berwajah bengis, seolah-olah sang singa yang menunggu masa untuk menerkam seketul daging.
Mereka menghampiri kekasih hatiku. Tangannya yang halus itu direnggut kasar oleh mereka. Aku cuba melawan. Aku bangun dan satu sepakan hinggap tepat ke arah perutku. Sakitnya bukan kepalang. Aku cuba bangun kembali, satu lagi sepakan hinggap di pipiku. Aku terjelupuk jatuh. Aku tidak berdaya lagi. Dari kejauhan, aku nampak mereka membawa pergi kekasih hatiku. Si dia masih meronta-ronta, air mata bercucuran laju dari kelopak matanya. Pandangan aku semakin kabur, dan aku rebah ke bumi.
Jun 2016. Genap 4 tahun. Aku berdiri di atas sebuah bukit. Dihadapan ku terhampar pemandangan kotaraya Kuala Lumpur. Bangunan KLCC hanya ternampak samar-samar, jelas KL sedang dilanda jerebu. Di sebelah aku, berdirinya seorang..seorang...seorang...tidak,di sebelah aku tiada sesiapa, hanya ada aku seorang diri di sini. Aku melihat di sebelahku. Ya memang betul, dia sudah tiada di sisiku. Air mata memenuhi ruang kelopak mataku. Dan di saat aku menyeka air mata itu dari jatuh ke pipi, ada satu persoalan yang sehingga kini masih belum terjawab.
"di mana kamu wahai si cantik, sungguh aku rindu pada kamu,kembalilah ke sini, tempat di mana kita bersua"
p/s: aku cuba sebaik mungkin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 coretan ikhlas:
touch!
pasti sakit bila di sebelah sudah tidak ada yang berdiri saat merenung KLCC
asyieqin...yup,hehehe
kekasihku di bawa lari . sadis.
miss klanika..:D
apa sihir yang kau guna? macamana kau boleh tahu kisah hidup aku dengan Tiz Zaqyah suatu masa dahulu..?
Masih, aku cuba untuk melupakannya..
pitri..:D
Post a Comment