Travelog Kuantan - Lipis - Puncak Alam : Edisi Pengenalan

cover travelog
travelog kuantan - lipis - puncak alam

Aku punyai impian, dan aku percaya semua juga punyai impian. Antara impian aku adalah untuk pergi mengembara, mengenali tempat orang dan memahami budaya serta adat resam mereka. Setiap tempat ada budayanya yang tersendiri dan itu sebenarnya yang ingin aku selami. Mungkin kalian tidak faham apa yang aku cuba sampaikan. Ok beginilah, contoh ini dari diri aku sendiri, sekarang aku menetap di Puncak Alam dan aku sedang menjalani latihan industri atau bahasa mudahnya praktikal di UiTM Puncak Perdana, jangan tanya aku apa beza UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana, pergi cari sendiri. Owh yeah, alang-alang sudah menulis perihal praktikal, aku mau maklumkan bahawa aku sedang praktikal di unit kesihatan UiTM Puncak Perdana, so tiada lagi soalan “ko praktikal dekat mana??” lepas ni diajukan kepada aku. Enuff is enuff. Wokeh berbalik kepada contoh aku tadi, aku sudah menghabiskan 4 semester atau 2 tahun di UiTM Puncak Alam dan ada lagi berbaki satu semester akan aku habiskan di UiTM Puncak Perdana. Satu semester ini boleh tahan jugak lamanya kerana aku akan bekerja dan bukan menghadiri kelas seperti dulu-dulu yang biasa aku buat. Jadual harian aku juga turut berubah,biasanya pukul 8 aku sedang bersiap di rumah untuk ke fakulti,tapi kini pukul 8 saja aku sudah berada di hadapan mesin perakam waktu yang penggunaannya di pejabat-pejabat kerajaan diperkenalkan semasa pemerintahan Dato’ Seri Dr. Mahathir(kini Tun). Masa untuk aku makan, balik ke rumah, juga sudah berubah. Jika dulu aku cukup allergic untuk makan pagi, allergic di sini bukan la bermaksud makan saja pagi akan timbul gatal-gatal di kulit, tapi bermaksud aku memang tak biasa makan pagi. Hanya segelas milo sudah memadai untuk aku mengalas perut sehingga ke tengah hari sebelum perut disemakkan dengan makanan berat. Tapi itu dulu, sekarang ini, aku antara orang yang paling gelisah jika lambat pergi minum pagi, arghhh manusia berubah jika keadaan di sekelilingnya juga turut berubah.

Berbalik kepada contoh itu tadi, UiTM Puncak Perdana ini hanya 15 kilometer jaraknya dari UiTM Puncak Alam. Tidak la jauh mana, malah sesuai untuk duduk di Puncak Alam dan berpraktikal di Puncak Perdana. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini ialah mengenai budayanya atau “culture”. Yea kedua-dua kampus ini kampus satelit UiTM, kalau dilihat dari mata kasar, pasti tiada bezanya, yang itu kampus UiTM, yang ini juga kampus UiTM,jadi apa bezanya? Itu yang aku sebut culture itu tadi. Jika di Puncak Alam, para pelajarnya lebih senang duduk di luar jika dibandingkan dengan di kolej, tapi di sini berbeza, mereka lebih selesa duduk di kolej. Dan untuk culture-culture yang lain, akan aku tulis di cerita lain, cerita yang khas mengenai pengalaman aku di Puncak Perdana, mungkinkah Kenangan di Puncak Perdana pulak? Wowowo mustahil tu mustahil. Dan perihal travelog Kuantan – Lipis – Puncak Alam ini, ini sebenarnya kerja gila baru dalam hidup aku. Belum pernah rasanya dalam hidup aku, aku berada di 3 tempat berbeza dalam masa 3 hari. Dan di dalam cerita Travelog Kuantan – Lipis – Puncak Alam,akan aku ceritakan apa yang terjadi sepanjang perjalanan itu, aku akan cuba bercerita sejujur yang boleh, tapi akan ada bahagian-bahagian yang terpaksa aku rahsiakan demi menjaga air muka rakan-rakan dan juga orang di sekeliling, maklumlah, travelog ini bukan cerita aku seorang,tapi persekitaran juga turut terlibat. Aku tidak mahu cerita yang ditulis untuk hiburan ini bakal mencetuskan pergaduhan di luar pula nanti, jadi harap kalian enjoy.

p/s:sepatutnya cerita travelog ni aku lancarkan selepas click tamat,tapi takpe la

2 coretan ikhlas:

Unknown said...

Baru aku tahu ada uitm puncak perdana.hihi... travelog anda kureng detail la brother :) kasi tulis la...nak baca travelog orang..

Nway..salam perkenalan

pepol said...

mohd ridhwan..thanks sudi singgah,hahaha ini baru edisi pengenalan,mmg la x details,aku tak tulis pon lagi,ini baru pengenalan,hehehe so nantikan entri seterusnya k