Setiap yang bermula pasti Berakhir


setiap yang bermula pasti berakhir, itu adalah lumrah hidup, tiada siapa yang menolaknya malah mengubahnya, tanpa disedari, semalam 21hb 8 2008 merupakan hari terakhir seorang kwn baikku berada di uitm dungun, tentu kalian semua mengenali seseorang yg bernama mohd norhafizi @ fizie, beliau merupakan insan yg cukup peramah, baik, bertanggungjawab. beliau mempunyai begitu ramai sahabat, ramai org yang senang utk berkwn dgn beliau, beliau tidak pernah mempunyai musuh krn tidak pernah mencari musuh, pegangan hidup beliau ialah utk melihat semua org gembira, beliau mempunyai magik utk mengubah sesuatu keadaan dr hambar menjadi riang dan ceria, tidak pernah lokek ilmu dan sentiasa ringan tulang, jarang sekali kita melihat beliau menghampakan permintaan org lain, selagi terdaya beliau akan membantu, itulah ciri2 seorang rakan sejati, seorang rakan yg sanggup bersama di kala susah dan senang, bukan mudah utk mencari teman yg sebegitu lg di dunia ini, ak bertuah krn di uitm ini ak bertemu dgn beliau, walaupun beliau kurang berjaya di uitm,tp tuhan maha adil dan maha pemurah, tuhan membukakan pintu rezeki kpd nya, beliau akhirnya mendapat tawaran dr SPA di dalam bidang yg beliau amat minati iaitu komputer
jadi kpd fizie, ingat jgn berhenti menolong org,INSYAALLAH satu hari nanti tuhan akn tolong kita semula
teruskan sikap mu yg mulia itu, jgn silap pilih kwn, sekali tersilap, seluruh hidup akn binasa,
mulakan hidup baru di sana, kejar cita2 mu, berusaha dgn keras, pastikan satu hari nanti org akn berbangga dgn kejayaan mu,
sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan mu kekal mewangi di uitm dungun ini...............

0 coretan ikhlas: