Kisah di Tahun Baru

136293307
"maen betul2 la woi"

pada malam sambutan tahun baru,aku sempat meninjau-ninjau pertunjukan bunga api di tempat aku duduk menimba ilmu ini. terlihat ramai warga tempatan membawa keluarga masing-masing bagi menikmati percikan bunga api di udara. seraya esok hari minggu, jadi tidak timbul masalah untuk tidur sedikit lewat pada malam ini demi menikmati detik 12 tengah malam. ketika aku sedang menikmati percikan bunga api tersebut,telefon bimbit aku berdering. tiada no kelihatan,hanya tulisan "private number". pasti panggilan ini dari seseorang yang kaya ataupun berpangkat.

pepol : hello,sape bercakap??
abramovich : ni abramovich,owner chelsea
pepol : owh ho,apa macam bos,ada baik ka?
abramovich : kurengg la bro,lu ada tengok games kelab gua tadi?
pepol : xde la,gua tgk games team setan merah je tadi,apasal?
abramovich : team gua kalah lagi la,da 4 games epl team gua x menang ni
pepol : la ye ke,teruk betul team lu,abes tu nape lu tepon gua ni?
abramovich : gua nk mintak pendapat ckit,gua tengok Andre Villas Boas tu cam tak blh blah je
pepol : hahhaa,lu nk pecat die ke?leklu,jangan terburu-buru
abramovich : nk rileks kepala hotak kau!!team gua da turun no 5 da ni
pepol : kah kah kah,lu ni cepat gelabah la,lu kene bagi die masa,die baru lagi,umur pon muda lagi
abramovich : boleh caya ke cakap lu ni?gua ingat nk angkat m. karathu ganti die
pepol : kah kah kah,baik lu amek karl heinz weigang
abramovich : gua serius ni bro,jgn memain
pepol : hahaha,rileks ar bro,ari ni dah 1 januari kn,da boleh beli player,lu bli defend sorg,attacking midfielder sorg,extend kontrak drogba dan jual torres tu,konpem team lu power punya
abramovich : owh camtu ke?ok bos nanti gua try dlu,nanti kalau ada pape lagi gua kontek lu lagi,ok bos adios
pepol : okok

begitulah cerita sambutan di tahun baru 2012 untuk aku.

p/s:tahun 2012 tahun naga ek?

2011 dan Kisahnya

tumblr_kvjgk2cl4v1qaxd1go1_500

2011. bakal berlalu dan tidak akan kembali lagi. tahun yg diibaratkan seperti roller coaster di dlm hidup aku. ada kala aku tersenyum lebar mengenangkan kenangan yg berlaku di sepanjang tahun ini,namun adakalanya muka langsung tidak blh diangkat melambangkan masalah yg menggunung di kepala. 2011 bg aku blh la dipecahkan kepada dua bahagian iaitu awl tahun dan akhir tahun. awal tahun merangkumi dari januari hinggalah ke jun dan akhir tahun pula meliputi julai sehinggalah disember.

aku memulakan 2011 dengan minat yg berbunga-bunga terhadap fotografi. sampai ke hari ini,aku masih bergelumang dengan hobi namun aku mula memperlahankan rentak aku di dalam bidang ini, hasil kesibukan menghadapi hari2 ku di kampus dan cuaca yang kurang baik semenjak dua menjak ini. terus terang aku ckp,detik antara januari hingga jun 2011 merupakan antara saat terburuk dalam hidup aku,aku melalui antara saat-saat sukar dalam hidup aku. apa benda yang aku alami itu tidak perlu dinyatakan di sini,cukup la sekadar aku nyatakan ia memang memeritkan dan kalau boleh,aku tak mahu secebis memori pon melekat di dalam ingatan aku.

separuh kedua 2011 pula,ada beberapa petanda positif mula muncul. selepas sekian lama bercuti,aku memulakan semester baru dengan sedikit rasa kurang bersemangat,hasil keputusan semester lepas yang barai. namun,perubahan yang berlaku di dalam kelas aku setidaknya memberi sedikit sinar yang mana mungkin akan ada satu anjakan di dalam pelajaran aku di semester ini. separuh kedua 2011 juga aku mula melibatkan diri di dalam dunia baru. dunia yang pernah menjadi minat aku semasa aku kecil tetapi mula menghilang ketika aku meniti usia dewasa. namun,kini aku kembali menyalakan minat itu dengan harapan ia mampu memberi kepuasan kepada diriku. apa dia dunia itu tidak lah perlu dinyatakan di sini.

dan mengenai 2012 pula,sejujurnya aku takut menghadapi tahun di mana yusri dan lisa surihani bakal bernikah ini. seawal januari aku bakal diuji dengan satu ujian besar yang bakal menentukan samada aku mampu menamatkan pengajian aku tepat pada masanya atau tidak. dan jika berjaya mengharunginya, pada bulan mac aku bakal diuji pula dengan kehidupan sebagai seorang pelatih di sebuah tempat yang sebenarnya aku tak suka pergi iaitu hospital. dan menjelang julai,kemungkinan besar aku bakal hilang status yang sudah sekian lama aku pegang iaitu "pelajar".

bakal tiba masanya di mana aku akan membawa resume dan pergi ke "interview". antara saat yang paling menakutkan dan paling bermakna di dalam kehidupan seseorang. bila memperkatakan tentang pekerjaan, semestinya kalau boleh aku nk kerja secepat mungkin,memikirkan hutang dari PTPTN yang sudah siap sedia menanti. namun, benda-benda macam ni banyak bergantung kepada rezeki dan nasib seseorang. kalau ditakdirkan rezeki datang awal, maka sudah bekerja la aku pada tahun 2012 nanti, dan andai ditakdirkan rezeki itu lambat tiba,maka di rumah ibu dan bapa la tempat menumpang teduh nanti.

"pada hari gelap,kita memasang mimpi,pada hari terang,kita jadikan ia realiti"

p/s:yang sambut tahun baru tu,jaga perangai ek,aku xnk dengar ada insiden mengandung luar nikah

Wordless Wednesday : Rindu Sekolah

rindu sekolah

p/s:di sekolah lah gua blaja menulis

Gadis Pinky Part 2

GADIS PINKY COVER


"emm hai,emm sapa ni ek"pinky membalas dalam kehairanan.

"owh lupa nk kenalkan diri,nama sy zarul,awk ni pinky kn"zarul memperkenalkan diri.

"yup,member2 sy panggil sy pinky,tapi sy tak kenal awk,sowi"pinky membalas.

"yeah sebelum ni mmg awk tak kenal sy,tapi skrg da kenal kn"zarul masih mencuba.

"owh ok,nice to know you zarul"pinky membalas sambil tersenyum.

"owh yeah,awk nk pegi mkn kn,jom sy belanja"zarul mula menunjukkan belangnya.

"eh xpe la awk,sy da janji nk mkn ngn siti ni ha,owh ya ni kwn sy,kenalkan siti"pinky cuba mengalih topik.

"hye siti,sy zarul,awk best friend pinky kn"

"yup,sy siti dan jgk best friend pinky,ngee"bls siti yg mula tersengih-sengih.

"jom siti,ajak kwn awk,si pinky makan dengan sy dekat cafe"zarul masih mencuba.

"eh xpe la awk,buat susah awk je,lagipun sy dah janji dengan siti,next time ok"pinky menolak secara baik.

"emm next time ek,promise??"zarul masih belum berputus asa.

"okok,promise"pinky membalas dan tersenyum menampakkan lesung pipit.

pinky berlalu pergi bersama siti dan meninggalkan zarul keseorangan. zarul lantas membatalkan niatnya untuk makan di cafe tersebut lalu bergerak menuju ke arah bangunan fakulti. selesai membayar makanan,pinky dan siti mengambil tempat di meja makan.

"hei pinky,nape kau tolak camtu je org nak belanja tadi, rugi tau"siti mencemuh.

"awk,kita kan tak kenal die,baru 1st time jumpa,takkan terus nak mkn dengan die??mane boleh macam tu awk"pinky cuba menerangkan pada siti.

"ahh ko ni,makan je kot,bukan nya buat pape pon,tapi kn,zarul tu ensem la,kn2??hihihi"siti mula menggedik.

"tengok tu awk ni,kita baru kenal die la awk,kena hati-hati tau"pinky membalas.

"ok la,tak nak sudah,rugi betul tolak rezeki,da la jom makan"siti makan sambil memuncungkan mulut.

"awk jgn la ckp camtu kt sy,sedih sy,tak pe,hujung minggu ni sy belanja awk tgk wayang ok??"pinky cuba utk memujuk siti.

"ok"jawab siti selamba.

mereka menghabiskan makanan sambil diselangi dengan gelak tawa. nyata hubungan yg sedikit berkocak tadi disebabkan oleh zarul mula pulih. keakraban mereka sungguh jelas kelihatan,mungkin kerana mereka saling melengkapi. yg seorangnya cukup lemah lembut dan bersopan santun manakala seorang lagi tegas,kasar tapi berhati baik.

hujung minggu yang dinanti pon tiba. mereka berdua menuju ke pusat membeli belah. mengikut perancangan asal, mereka sepatutnya keluar berempat,tapi memandangkan dua lagi sahabat ada komitmen laen,jadi mereka hanya keluar berdua sahaja. sampai sahaja di sana, mereka mula menuju ke arah panggung wayang. mereka membeli tiket filem yg dinanti-nantikan. memandangkan tayangan hanya bermula dalam masa sejam lagi,mereka mengambil keputusan utk shopping terlebih dulu.

mereka mula masuk dari satu outlet ke satu outlet yg laen. pinky sempat menyambar sehelai dress. dan seperti yg dijangka,dress yang dipilih masih tidak dapat lari daripada minatnya iaitu pink. dress pink itu dibeli dengan senyuman lebar sehingga ke telinga. selepas selesai membeli belah, mereka menuju ke eskalator utk pergi ke tingkat atas. sedang mereka berada di atas eskalator,mereka terpandang kelibat seseorang yg amat mereka kenali.

"eh pinky,tu shima kn,tapi sape laki kt sebelah die tu??"

Bersambung...

gadis pinky part 1

p/s:gua dah tgk video bercinta selepas kawen tu,kudi siap nangis2,gua cool je

Malam Pra Graduan

tumblr_ltfi8vfbV41qgng3do1_500

malam itu gua pakai sepasang baju melayu lengkap dengan samping,tanjak dan jgk tersemat keris di pinggang. gua sempat menjeling ke arah cermin. nampak dengan jelas gua jauh lebih hensem dari adlin aman ramlie time die jadi sultan melaka dlm filem termahal malaysia satu ketika dulu. gua menjeling ke belakang. terlihat kudi sedang berhempas pulas untuk mengikat samping. faktor badan yang comel memberi kepayahan yang bukan kepalang kepada kudi untuk mengikat samping.

gua dan budak2 umah bersiap-siap utk ke dewan agung tuanku canselor(DATC) tempat berlangsung nya malam pra graduan ni. sampai sahaja di sana, sume sibuk mencari pasangan masing2. barulah grand berjalan di karpet merah jika ada pasangan,katanya lah,gua tak tau pon. gua tercari-cari princess gua. dari bbm yang gua dpt tadi,katanya da sampai. sedang gua tercari-cari tu,bahu gua ditepuk dari belakang.

"eh awk,sy kt sini lah"

"eh awk kat belakang sy ek,puas sy cari tau,ingtkan princess sy ni tak dtg"aku tersenyum.

"eh mane blh tak datang,sy kena la temankan prince sy ni"jwb princess gua tersipu-sipu.

gua pon merangkul tangan princess gua dan mula menuju ke arah karpet merah yang sudah terbentang. dari jauh gua da blh nampak ramai couple2 yg sedang berbaris untuk melintasi karpet merah. ada yg dah lama couple,ada yg baru couple,ada yg buat2 couple,dan ada yg sekadar teman tapi mesra.

gua memimpin tangan princess gua di karpet merah. seperti yg dijangka,kehadiran gua dilimpahi dengan sinaran dari lampu flash DSLR. sume photographer yg bertugas berebut-rebut hendak amek pix gua dgn princess. al-maklumlah,ini kali pertama gua bwk princess gua ni di majlis rasmi. gua melangkah dengan penuh yakin di karpet merah dan terus menuju ke ruang makan.

makanan sudah siap terhidang. gua dengan princess mengambil tempat. acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengacara majlis. gua kesian melihat pengacara majlis yg terlalu bersungguh untuk membuat lawak. ko rileks je la der, lawak tak boleh dipaksa-paksa,biar ia dtg secara semula jadi. tiba giliran Dekan memberi ucapan. habis saja ucapan, persembahan pon dimulakan.

gua mula menjamu selera. sekali sekala,gua sempat berbisik-bisik dengan princess gua. walaupun bermuka lejen,elemen romantik tu masih ada dlm diri gua. dari jauh gua nampak kudi duduk bersebelahan dengan princess die. boleh tahan jugak,die bayar ke ape untuk princess tu lepak sekali dengan die.

selesai persembahan dari mereka2 itu, tibalah masa untuk bergambar. ini merupakan masa yg paling dinantikan oleh makwe2 yg menghadiri majlis2 sebegini. dan keesokkannya,timeline fb akan dipenuhi dengan seribu macam gambar yg diupload. gua membawa princess gua utk mengambil gambar. gua memilih photographer yg paling berbakat utk mengabadikan kisah dongeng gua bersama princess gua di malam yg bakal diingati selamanya.

sedang gua asyik bergambar,tangan gua ditarik ke belakang. gua berpusing ke belakang.terlihat seorg makwe dengan habis bengis sedang mencekak pinggang sambil menjeling tajam ke arah gua. makwe itu mencapai segelas air oren di atas meja dan dengan lajunya die menyimbah air oren itu tepat ke muka gua. gua tergamam,segalanya berlaku dengan begitu pantas. princess gua terkejut sambil membuka mulut seluas-luasnya. semua org di sekeliling juga turut terkejut.

"berani kau curang dengan aku!!!"jerit makwe itu kepada gua.

gua mula konpius. bila masa pulak gua curang dengan die. giler ke ape makwe ni,atau die rabun malam??sume pertanyaaan itu berlegar di ruang sempit otak gua. dan tidak semena-mena,satu tendangan padu hinggap di perut gua. makwe itu mengangkat tinggi kakinya. gua terpelanting ke belakang. kepala gua terhentak di atas lantai. gua mula merasa pening hasil hentakan yg kuat itu. princess gua dtg menghampiri. air matanya jatuh menitik di atas pipi gua. saat gua memandang ke arah matanya, gua mengenggam erat tangannya,dan di saat itu,mata gua mula kuyu dan akhirnya tertutup habis.

gua bangun bila terdengar azan maghrib berkumandang. gua menoleh ke arah jam dinding. jam menunjukkan pukul 7 malam. dan gua sedar,bahawa sume itu adalah mimpi gua belaka. wakakaka

p/s:klu org provoke kita,kita diam je...:D

Seminggu 2 Kali

tumblr_lj2ymbkpok1qbh9beo1_500

jam menunjukkan pukul 8 malam. gua tgk kudi tgh tersengih-sengih di depan laptop. apa benda yg menggelikan hati sgt pon gua tak tau. perut gua da mula berbunyi. makanan yg dimakan tgh hari tadi dah abes dihadam.

"kudi,jom pegi pasar mlm,aku lapar ni"

"tunggu kejap,lagi 15 minit"

gua tak suka betul time lapar2 cmni,die blh nk bertangguh-tangguh pulak. satu sepakan manja hinggap di belakang kudi, disusuli dengan satu pulasan di telinga.

"okok,tunggu aku pakai baju kejap"jawab kudi.

gua turun ke bawah sambil menunggu kudi bersiap. gua berdiri di hadapan rumah. terlihat 3 org makwe melintas di hadapan rumah gua. gua pon senyum2 kambing dekat dieorg. hampa. takde sorg pon yg balas,ada sorg tu siap buat muncung lagi. gua sabar je,kalau ikutkan hati,memang da hinggap selipar saiz 9 da dekat makwe yang buat mulut muncung tu.

hari ni hari rabu. sudah menjadi kewajipan utk gua pergi ke pasar malam dekat umah gua ni. gua pon tumpang moto kudi. sampai di pasar malam, kelihatan ramai orang sedang rancak membeli juadah untuk dibawa pulang. ada yg beratur panjang utk membeli ayam uncle bob,ada pula memilih yong tau fu dan tidak lupa kepada yg sekadar membeli jagung. sedap dan manis katanya.

gua memilih lauk yg sedap utk dimakan. selepas membayar,gua pon duk mengekor di belakang kudi. terlihat beberapa makwe menegur kudi. ini jelas menunjukkan kudi lebih femes dari gua. mungkin faktor badan yg comel membuatkan kudi lebih menonjol di kalangan makwe jika dibandingkan dengan gua.

gua singgah di satu gerai yg gua tak penah miss utk pegi. gua keluarkan duit seringgit,balance duit isi minyak motor petang tadi.

"awk nk air ape?"tanya makwe jual air tu dekat gua.

"sy nk air kelapa la awk,satu tau,hehehe"jwb gua penuh manja.

ketika makwe itu sedang menuangkan air ke dlm bekas,gua memandang ke arah bajunya. kali ni die pakai baju kotak2. sabtu lepas,die pakai baju hitam,rabu lepas pulak baju merah. sampai camtu sekali gua ingat pasal makwe ni.

"ni dia air kelapa awk"

"owh ok awk"jwb gua.

"nanti datang lagi tau"ckp makwe tu sambil tersenyum manis.

"mestilah,nanti dpt jumpa awk lagi"jwb gua penuh confident.

gua berlalu dari gerai tersebut dengan hati bunga-bunga. terasa seolah dunia ini dibawah tapak kaki gua. gua mencari-cari di mana kudi. gua pusing ke belakang dan ternampak kudi sedang berjalan menghampiri gerai jual air tadi. gua pon pergi ke arah kudi. sampai di situ,gua mendengar dengan jelas perbualan kudi dengan makwe tersebut. saling tak tumpah dengan apa yang gua bualkan sebelumnya. rupanya, itu memang dialog yg digunakan untuk semua customer die.

dan hari itu gua blaja "something" tentang cinta.

p/s:ribuan terima kasih diucapkan kpd korg sume yg sudi membaca kisah kenangan di puncak,dan bertambah syok klu korg sudi share kan entri kenangan di puncak tu dekat fb atau twitter korg,supaya lebih ramai org blh membacanya,thanks korg sume..:D