Suasana petang agak dingin, sesudah hujan turun membasahi bumi kira-kira setengah jam yang lalu. Bau rumput berlegar-legar di rongga hidung. Terlihat 2 orang lelaki sedang leka berborak di sebuah kedai kopi yang pemiliknya seorang alim. Lelaki yang pertama sudah makan gaji di sebuah syarikat bernama PM Care, manakala lelaki seorang lagi makan nasi yang ditanggung oleh kedua ibu bapa tercinta. Perbualan mereka begini...
Brader PM Care : Ko dah mintak keje belum ni?
Brader Tanam Anggur : Belum lagi
Brader PM Care : Kenapa ko tak mintak lagi, bukan senang nak dapat keje sekarang ni.
Brader Tanam Anggur : Nanti la dulu.
Brader PM Care : Mintak la cepat-cepat, ko tengok macam aku, dah keje sekarang ni, duit pon banyak.
Brader Tanam Anggur : Yeke? So??
Brader PM Care : So apa?? cuba ko cite dekat aku, kenapa ko tak mintak keje lagi ni
Brader Tanam Anggur : Aku bukannya sengaja tak nak mintak keje, tapi jawatan yang aku minat tu.....
Brader PM Care : Kenapa, ko minat jawatan apa ni?
Brader Tanam Anggur : Jawatan yang aku minat tu, dia tak boleh apply lagi.
Brader PM Care : Jawatan apa yang ko minat ni? setahu aku, banyak je jawatan yang best-best yang dah boleh apply, inspektor polis pon dah boleh apply sekarang ni
Brader Tanam Anggur : Emm, jawatan yang aku minat tu....
Brader PM Care : Jawatan apa ko ni?
Brader Tanam Anggur : Aku minat jawatan Menteri, so kena tunggu Pilihan Raya dulu la....
p/s: sabar menanti apa yang telah diusahakan sebelum ini, mudah-mudahan ia akan membuahkan hasil, amin
Jawatan yang Dipohon
Posted In
baru kerja dah poyo,
bodoh sombong,
cari kerja,
cerpen,
PM Care
- 11:35 AM - 11
coretan ikhlas
Wordless Wednesday : Jaga-Jaga
Posted In
lukisan pilu sekeping hati,
zine,
zine cinta
- 1:39 AM - 1 coretan ikhlas
Malam sudah bermula. Buktinya, Buletin Utama sudah memulakan
propagandanya. Entah apa lagi yang hendak ditipu atau dipolitikkan, kita semua
tidak tahu. Sementara itu, di dalam sebuah bilik yang terletak di kawasan
kejiranan yang mendamaikan, terlihat seorang lelaki berusia awal 20an sedang
menyanyi-nyanyi riang sambil menyarung seluar jeans hitam bersaiz 32. Mungkin malam
ini, ada sesuatu yang istimewa dalam hidup Zarul, kalau tidak, masakan pula dia
menyanyi riang sebegitu. Zarul, seperti yang diketahui oleh rakan-rakan di
universitinya, seorang yang berwajah tampan. Jika Karl Shafek digelar handsome
oleh ramai gadis, Zarul juga apa kurangnya. Malah, ramai yang cuba mendekati
Zarul, kepingin untuk menjadi kekasih Zarul. Tapi, siapa yang menjadi kekasih
Zarul kekal misteri. Di facebook, di ruangan status, Zarul tidak meletakkan
apa-apa sekaligus menimbulkan andaian bahawa Zarul masih single atau jugak
mungkin seorang yang gay. Tapi, Zarul sering membaca yasin ketika malam jumaat,
mustahil pula kalau Zarul seorang yang gay.
“yeay, malam ni nak jumpa Maria!!” Zarul menjerit di dalam
bilik.
“Da lama kau tak jumpa Maria kan, enjoy the night bro!!” Abu
membalas jeritan dari Zarul tadi.
“Yeah,thanks bro!!”
Zarul turun dari tingkat empat apartmentnya dan terus menghidupkan
enjin motorsikal. Perasaan tidak sabar jelas terpancar di wajah Zarul. Sudah
lama Zarul tidak bertemu dengan Maria. Zarul terus menuju ke tempat biasa
dimana dia sering bertemu Maria.
“Maria….Maria…mari dekat sini, abang datang nak jumpa Maria
ni…”
Zarul masih menunggu kelibat Maria. Dua minit kemudian,
kelibat Maria sudah kelihatan. Maria masih seperti selalu, bulunya sentiasa
rapi.
“Maria, mari makan, abang ada bawak friskies untuk Maria”
“Meoww, meow…” hanya itu yang keluar dari mulut Maria.
Maria makan dengan lahapnya friskies yang ditabur oleh
Zarul. Sambil itu, Zarul mengusap-usap leher Maria sambil tersenyum. Zarul
pencinta kucing rupanya.
p/s: susah,susah,susah
Preview Kenangan di Puncak Part 16 versi novel
Posted In
kenangan di puncak,
novel kenangan di puncak
- 1:33 AM - 0
coretan ikhlas
Dapatkan Zine 100
Posted In
jb writer and reader festival,
rokok,
zine 100
- 10:14 PM - 0
coretan ikhlas
Assalamualaikum semua, di sini ada satu perkhabaran yang ingin aku khabarkan, aku ingin mengajak kalian untuk mendapatkan sebuah zine yang super awesome yang diberi nama "Zine 100". Zine ini menghimpunkan seramai 100 orang penulis dan bertemakan rokok. Aku juga terlibat di dalam penghasilan zine ini dengan aku menyumbangkan satu cerita. Terima kasih diucapkan kepada saudara Rayhan Ahmad yang memberi peluang kepada aku untuk terlibat sama di dalam projek zine ini. Zine ini akan dilancarkan di JB Writers & Readers Festival bertempat di Johor Bahru pada 16 September ini. Jadi, jika kalian berkesempatan untuk pergi atau berada berhampiran, kalian boleh mengunjungi event ini dan dapatkan zine ini di situ. Mau membaca cerita yang aku tulis? cari sahaja nama pepol dengan tajuk cerita "Empat Perkataan". Untuk pembelian secara online, aku masih kurang pasti, jika ada perkhabaran terbaru, akan aku maklumkan nanti, jika mau tau akan details event ini, klik sahaja pada gambar di bawah.
Aku rasa, hari ini aku harus beritahu dia. Mungkin, apa yang bakal aku beritahu ini akan menghancurkan hati dia, tapi itu lebih baik sebenarnya. Ahh, aku bukannya mahu batalkan, cuma mau minta tangguh, itupun tidak la terlalu lama, 6 bulan, setahun, entah aku pon tidak tahu berapa lama, tapi yang pasti, memang aku ingin mintak tangguh.
Aku mencapai handset pintar keluaran sebuah syarikat dari Korea. Aku leretkan jari di atas permukaan skrinnya sambil mata tercari-cari akan nombor telefon si dia. Sudah ditemui, langsung aku menelefon si dia yang bergelar tunangan kepada aku kira-kira 11 bulan yang lalu. 5 saat. Telefon masih belum berangkat. Dia sibuk barangkali. Aku masih menunggu. Telefon diangkat, suasana latar belakang agak bingit.
"Hello darling, you dekat mana tu? macam bising sangat je" aku memulakan bicara.
"Hye darling, sorry sorry, i dekat Jalan TAR ni, tengah cari barang sikit untuk majlis kita, kenapa you ada important things ke?"
"Emm agak penting la, i ada something nak cakap dengan you, we should meet darling"
"Owh cakap by phone tak boleh ke dear? "
"Emm tak berapa sesuai dear, emm i sebenarnya nak tangguhkan perkahwinan kita" aku bercakap dengan nada terketar-ketar.
"What??!!! you ni gila ke apa?? Majlis kita next month you!!"
"Dats why i nak jumpa you dulu, kita discuss dulu"
Telefon diletakkan. Aku dapat rasakan aku kini berhadapan dengan masalah yang besar. Jika diajukan kepada sesiapa pon, pasti mereka akan marah, hanya orang yang kurang waras sahaja akan menerima penangguhan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak sampai sepurnama pon lagi.
Tapi, aku bukan sengaja mengutarakan idea gila ini. Aku bukan sengaja. Aku rasakan macam, perkara ini terlalu terburu-buru, aku cuma inginkan sedikit ruang untuk aku berfikir sejenak. Apakah keputusan yang aku ambil ini tepat? Setahun yang lepas, aku memang yakin dengan keputusan aku ini, tapi dua bulan kebelakangan ini, aku terasa macam, aku perlukan lebih waktu sebelum aku menamatkan zaman bujang aku. Arghh aku bukannya mintak dibatalkan perkahwinan ini, aku cuma mau ditangguhkan dahulu.
Satu mesej diterima. Aku membuka mesej itu, tertera nama tunangan aku.
"I nak jumpa you, sekarang!!!"
Melihat kepada bilangan tanda seru itu sahaja aku sudah mengerti bahawa dia sedang marah, dan jugak mungkin kecewa. Tapi, dia belum tau perkara ini dengan jelas, jadi tidak salah untuk dia berasa begitu. Akan aku huraikan sejelas mungkin akan permintaan aku ini sebaik mata aku bertentang dengan matanya.
Bersambung...
p/s: tidak salah untuk kita doakan yang baik untuk kawan-kawan kita
Subscribe to:
Posts (Atom)







