Jawatan yang Dipohon

Suasana petang agak dingin, sesudah hujan turun membasahi bumi kira-kira setengah jam yang lalu. Bau rumput berlegar-legar di rongga hidung. Terlihat 2 orang lelaki sedang leka berborak di sebuah kedai kopi yang pemiliknya seorang alim. Lelaki yang pertama sudah makan gaji di sebuah syarikat bernama PM Care, manakala lelaki seorang lagi makan nasi yang ditanggung oleh kedua ibu bapa tercinta. Perbualan mereka begini...

Brader PM Care : Ko dah mintak keje belum ni?
Brader Tanam Anggur : Belum lagi
Brader PM Care : Kenapa ko tak mintak lagi, bukan senang nak dapat keje sekarang ni.
Brader Tanam Anggur : Nanti la dulu.
Brader PM Care : Mintak la cepat-cepat, ko tengok macam aku, dah keje sekarang ni, duit pon banyak.
Brader Tanam Anggur : Yeke? So??
Brader PM Care : So apa?? cuba ko cite dekat aku, kenapa ko tak mintak keje lagi ni
Brader Tanam Anggur : Aku bukannya sengaja tak nak mintak keje, tapi jawatan yang aku minat tu.....
Brader PM Care : Kenapa, ko minat jawatan apa ni?
Brader Tanam Anggur : Jawatan yang aku minat tu, dia tak boleh apply lagi.
Brader PM Care : Jawatan apa yang ko minat ni? setahu aku, banyak je jawatan yang best-best yang dah  boleh apply, inspektor polis pon dah boleh apply sekarang ni
Brader Tanam Anggur : Emm, jawatan yang aku minat tu....
Brader PM Care : Jawatan apa ko ni?
Brader Tanam Anggur : Aku minat jawatan Menteri, so kena tunggu Pilihan Raya dulu la....

p/s: sabar menanti apa yang telah diusahakan sebelum ini, mudah-mudahan ia akan membuahkan hasil, amin

12 coretan ikhlas:

Fendy said...

tgu pilihan raya...lama lg bohh...

n u r e e c h a said...

sayang sekali saya
masih tidak boleh
mengundi lagi .

Mira Maisara said...

waw.. ohsome!

Anonymous said...

hahaha.. troll brader pm care.

miz ruha said...

pilihan raya~~

Farah Sam said...

lol!

pepol said...

fendy...hehehe,tau xpe

pepol said...

nureecha...hehehe,rugi lol

pepol said...

mira maisara..kah kah kah

pepol said...

anon..kah kah kah

pepol said...

miz ruha...hihihi

pepol said...

farah sam..hehehhe