Aku rasa, hari ini aku harus beritahu dia. Mungkin, apa yang bakal aku beritahu ini akan menghancurkan hati dia, tapi itu lebih baik sebenarnya. Ahh, aku bukannya mahu batalkan, cuma mau minta tangguh, itupun tidak la terlalu lama, 6 bulan, setahun, entah aku pon tidak tahu berapa lama, tapi yang pasti, memang aku ingin mintak tangguh.
Aku mencapai handset pintar keluaran sebuah syarikat dari Korea. Aku leretkan jari di atas permukaan skrinnya sambil mata tercari-cari akan nombor telefon si dia. Sudah ditemui, langsung aku menelefon si dia yang bergelar tunangan kepada aku kira-kira 11 bulan yang lalu. 5 saat. Telefon masih belum berangkat. Dia sibuk barangkali. Aku masih menunggu. Telefon diangkat, suasana latar belakang agak bingit.
"Hello darling, you dekat mana tu? macam bising sangat je" aku memulakan bicara.
"Hye darling, sorry sorry, i dekat Jalan TAR ni, tengah cari barang sikit untuk majlis kita, kenapa you ada important things ke?"
"Emm agak penting la, i ada something nak cakap dengan you, we should meet darling"
"Owh cakap by phone tak boleh ke dear? "
"Emm tak berapa sesuai dear, emm i sebenarnya nak tangguhkan perkahwinan kita" aku bercakap dengan nada terketar-ketar.
"What??!!! you ni gila ke apa?? Majlis kita next month you!!"
"Dats why i nak jumpa you dulu, kita discuss dulu"
Telefon diletakkan. Aku dapat rasakan aku kini berhadapan dengan masalah yang besar. Jika diajukan kepada sesiapa pon, pasti mereka akan marah, hanya orang yang kurang waras sahaja akan menerima penangguhan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak sampai sepurnama pon lagi.
Tapi, aku bukan sengaja mengutarakan idea gila ini. Aku bukan sengaja. Aku rasakan macam, perkara ini terlalu terburu-buru, aku cuma inginkan sedikit ruang untuk aku berfikir sejenak. Apakah keputusan yang aku ambil ini tepat? Setahun yang lepas, aku memang yakin dengan keputusan aku ini, tapi dua bulan kebelakangan ini, aku terasa macam, aku perlukan lebih waktu sebelum aku menamatkan zaman bujang aku. Arghh aku bukannya mintak dibatalkan perkahwinan ini, aku cuma mau ditangguhkan dahulu.
Satu mesej diterima. Aku membuka mesej itu, tertera nama tunangan aku.
"I nak jumpa you, sekarang!!!"
Melihat kepada bilangan tanda seru itu sahaja aku sudah mengerti bahawa dia sedang marah, dan jugak mungkin kecewa. Tapi, dia belum tau perkara ini dengan jelas, jadi tidak salah untuk dia berasa begitu. Akan aku huraikan sejelas mungkin akan permintaan aku ini sebaik mata aku bertentang dengan matanya.
Bersambung...
p/s: tidak salah untuk kita doakan yang baik untuk kawan-kawan kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coretan ikhlas:
Post a Comment