Malam Minggu Ku Terisi

tumblr_lnikxnOxW81qat2ooo1_500_large

jam menunjukkan pukul 12 malam. di hari sabtu mlm ahad,aku berbaring mengadap laptop kesayanganku. aku melihat kudi dan beberapa org housemate aku sedang rancak bergayut bersama makwe masing2. housemate laen tu tak perlulah aku mention nama coz budak2 yg da kapel ni saham die da jatuh,buat apa aku nak promote lagi kt blog aku nih. agak lama juga kudi bergayut pada malam itu. selesai bergayut,kudi memanggil aku dengan hajat ingin berkongsi sesuatu yg sebelum ni haram jadah aku langsung tak tau.

apa yg kudi cuba sharekan ni ialah berkaitan dengan makwe dan cinta. klu cite bab makwe dengan cinta ni kudi memang lejen. macam2 pasal makwe dan cinta ni yang die tau. kalau aku bg 5 set answer booklet tuk die tulis semula pasal makwe dan cinta pon belum tentu cukup. dari mana die belajar benda2 ni sume aku pon tak tau. padahal,setiap semester subject yg aku amek sama je ngn die,mungkin die ada "extra class" kat luar,mana kita tau,ye dak.

kata kudi mudah je,"klu ko nk tau seseorg makwe tu ada pakwe atau tak,cuba ko tepon die time weekend pukul 12 ke atas,klu call ko waiting,tu maknanya die tgh bergayut dengan pakwe die la tu". itu penerangan dari kudi. aku terkejut jgk dengar kudi ckp camtu. biar betul mamat ni,semudah itu die buat assumption. aku pon try la utk membuktikan teori kudi itu silap. aku pilih satu no makwe ni. dari dlu lagi,aku dah syak makwe ni ada pakwe,tapi jenis maen sorok papan,tarik papan. aku pon try la call makwe ni. dan call aku waiting. haram jadah, blh betul pulak teori si kudi,aku try lagi, sampai kali ke-5 pon waiting lagi,takkan aku tak nak percaya lagi teori si kudi ni.

memandangkan usaha utk bergayut seperti housemate2 yg laen tidak berjaya,aku membuka dashboard blog aku. daripada aku membazirkan masa menglike pix makwe kt fb,baik aku buat entri kat blog aku. aku pon mula menaip. dari satu perenggan ke satu perenggan aku menaip,tidak lah terlalu panjang entri aku kali ni. ye la,idea bukannya datang setiap masa. korg nak tau tak entri mana yang aku taip tu?










-entri yg ni la. "sigh"

p/s:aku nk sambut kt mana raya cina tahun ni?tahun ni raya cina meriah woo,tahun naga tu,tahun yg paling dinantikan

Tipu dan Bangang



team paling bangang di dunia,gua x respect langsung org yg menipu utk dpt sesuatu nih
kau x terer,kau x menang
kau x pandai,kau x score dlm exam
buat ape nk menipu
apedehal???

p/s:ramai panas bontot

Cewahhh!!

CEW
cewah oleh pipiyapong

Pada satu pagi sabtu, gua berhajat nak pergi ke bandar. disebabkan gua baru darjah 6,gua pergi ke bandar dengan menaiki bas. baru nampak samseng, tambah lagi kalau duduk kerusi di belakang sekali. kangkang mesti kene buas. kasi nampak sikit dia punya rock. budak-budak tak rock biasanya keluar ke bandar dengan ayah dan ibu.

setelah puas meredah kebun getah, gua hampir tiba di perhentian bas bagi laluan syarikat bas Lin Siong. sebelum tunggu bas, gua singgah di rumah Chan Heng Fong. sebab gua dah janji dengan Chan Heng Fong nak pergi sekali. kalau gua buat sombong pergi seorang, nanti gua jadi tak berapa rock-lah di dalam bas. jadi pemalu, duduk pun kena rapat peha.

rumah Chan Heng Fong ni terletak di seberang perhentian bas saja.

gua pun intai-intai rumah Chan Heng Fong. Pintu tutup. anjing saja yang tengah tidur di hadapan pintu. gua pun terikan panggil Chan Heng Fong.

"chann.....ooooo...channnn...!!!"nyaris juga gua nak bagi assalamualaikum.

susah nak panggil Chan Heng Fong ni. rumah dia di tepi jalan. lori balak kadang-kadang sengaja lalu time gua tengah teriak panggil dia. zaman tu lori balak memang tengah berlagak. sekarang ni gua tengok dia orang macam dah slow down sikit.

"channn....oooooo.....chan....!!!"teriak gua lebih kuat. suara memang halus lagi pada masa tu.

pintu terbuka. tok wan Chan Heng Fong jenguk ke luar rumah. dia masuk semula. lepas tu mak Chan Heng Fong jenguk ke luar rumah. dia masuk semula juga. kemudian adik Chan Heng Fong yang muka bersepai baru bangun tidur jenguk ke luar rumah. dia pun masuk semula. kakak Chan Heng Fong pula. masuk juga.

akhir sekali baru Chan Heng Fonf keluar dari rumah dengan rambut sikat belah tengah.

"satu rumah aku nama Chan..."kata Chan Heng Fong lemah lembut.

Gua belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan gua di negara berbilang bangsa pada pagi itu.


kah kah kah,itu reaksi pertama aku lepas abes je baca cite tu. siyesly aku respect dengan cara penulisan brader pipiyapong ni ataupun nama sebenar firdaus abdillah hamzah. cerita yg korg baca kt atas aku copy paste dari buku kedua beliau iaitu cewah. buku ni sgt2 la limitednya,dan klu x silap aku buku ni hanya dicetak sekali je dan aku sgt bernasib baik sempat beli buku ni time pekan frinjan yg ke 25 di s.alam awal bulan 12 aritu. walaupun cerita yg terdapat dlm buku ni hanya di copy paste dari blog beliau,hilang punca,tapi siyesly sangat menarik. ceritanya adalah mengenai diri beliau sendiri,dan beliau menulis secara santai tapi ada point yg cuba disampaikan. bukti paling jelas menunjukkan ramai org suka dengan cara penulisan beliau ialah blog beliau.korg bygkan,walaupun die hanya aktif berblog stat bulan ogos tahun lepas,time aku tulis entri ni,blog die dah pon cecah 1094938,ha jgn maen2,sejuta lebih tu,jauh lagi byk dari blogger2 yg duk sibuk join segmen2 ben ashari tu. so,keep it up bro,dan yg lagi syok nya,pipiyapong ni sekampung ngn aku,kah kah kah so bukak la blog die ek.

p/s:welcome back our legend,paul scholes.

Kita hanya Kawan

tumblr_lljmuwrl0Q1qjck12o1_500

Shahrul hanya menatap sayu sekeping kad kahwin yg baru diterimanya. tidak terungkap olehnya tatkala melihat nama pengantin perempuan yang tertera di atas kad berbau harum itu. tidak pernah beliau menyangka, seorang gadis yang pernah bertakhta di hatinya dulu kini menghitung hari untuk bergelar seorang suri. ya benar,izara tidak pernah menjadi kekasih hatinya namun jauh di sudut hati,beliau pernah menyimpan hasrat bahawa izara lah cinta hatinya. namun,itu cerita 5 tahun yang lalu. sudah lapuk dan perlahan-lahan hilang bersama garisan masa.

jika diimbas kembali saat pertemuan pertama mereka dulu,pasti menerbitkan tawa kecil. pertemuan yang tidak dijangka, sama2 menyarung uniform kokurikulum yang sama, sambil mencari padang kawad yang sama. dan dari detik itu, mereka berkenalan. walaupun berlainan kelas dan hanya bertemu sekali seminggu di padang kawad,sudah cukup menggembirakan hati shahrul.

pertemuan itu tidak berakhir di situ. shahrul memberanikan diri meminta no tepon izara dari kwn baiknya. walaupun sukar pada mulanya,akhirnya apa yang dihajatkan berjaya jugak diperolehi. bermula dari situ,hari-hari shahrul terisi dengan msj2 dari izara. seorang jejaka yang dulunya tidak amek kisah sangat pasal handset kini tidak boleh berenggang langsung dengan handset. selang seminit,pasti ringtone lagu justin timberlake akan berkumandang.

selepas agak lama bermesej,shahrul memberanikan diri menghantar mesej yang agak berbau peribadi. shahrul tertanya-tanya akan status hubungannya bersama izara. hanya teman biasakah,teman istimewakah,atau hanya peneman di kala kesunyian.

"awk,sy nk tanya la,da lama kita bermesej,kalau boleh sy nk tau la,apa status hubungan kita"

"emm awk nk tau ke,kita hanya kawan"

balasan mesej dari izara itu bagaikan halilintar yang membelah hati shahrul. walaupun hanya ringkas mesej yang diterima,tapi jelas menyatakan di mana letaknya shahrul pada mata izara. tidak lebih dari sekadar kawan. shahrul mula melihat pada dirinya. apa kurangnya dia sehingga izara hanya memandang dia sebelah mata. owh dia tersedar,seorang pemuda yang hanya bermotor buruk tiada tempat di hati gadis secantik izara.

mulai dari detik itu, shahrul memperlahankan rentaknya terhadap izara. perlahan-lahan shahrul mula menghilangkan diri dari hidup izara. shahrul mula sedar tiada gunanya untuk terus mengejar sang bidadari tatkala dia sedar dirinya hanyalah insan kerdil tanpa punyai harta keluarga untuk dibanggakan.

shahrul membelek penuh teliti kad jemputan kahwin itu. shahrul mengeluarkan handset dari poket kiri seluarnya lantas menaip mesej dan dihantar kepada izara.

"sowi izara,sy tak dapat hadir di hari bahagia awk,actually sy masih terkejut dengan berita perkahwinan awk ni,walaupun kita da lama lost contact,tapi sy masih ingat dekat awk,dan berita perkahwinan awak ni sedikit sebanyak memeranjatkan sy,sy hampir hilang kata-kata,masih teringat di kala kali pertama kita bertemu dulu, hahaha lupakan je la,benda tu da jadi sejarah,btw selamat pengantin baru untuk awk izara..:D"

"its ok la awk klu awk x dpt dtg,hahaha sy pon ingat lagi 1st time kita jumpa dulu,kat padang kawad kan,kelakar je time tu,sweet memory ever,hahaha btw thanks awk,kita hanya kawan kn??"

Shahrul menekup mukanya...............................................

p/s:duit jgk yg dipandang,puii!!!

Kenangan di Puncak Part 8

cover kenangan di puncak

"hai nikita willy,cantik ari ni"tegur aku.

"hah nikita willy??"die kehairanan.

"owh hahaha,muka awk mcm nikita willy,sbb tu sy panggil nikita willy"penjelasan dari aku.

"hahaha,memandai je la awk ni,sweet talker nampak"nikita willy membalas.

"eh bukan la awk,memang betul ni,tak tipu,awk ni sweet macam nikita willy"balas aku.

"hahaha,okok da cukup,btw thanks tau"nikita willy tersenyum manis.

"oh ya,sy dah add awk kt fb tau,nama sy saiful zamir"jelasku kepada dia.

"owh awk rupanya,yup ada perasan aritu,salam perkenalan awk"ujar nikita willy kepada ku.

"salam perkenalan untuk nikita willy yg sweet"aku membalas dengan nada separa gatal.

"hahaha,ada2 je la awk ni,ok la awk,sy pergi dulu"

"ok awk,semoga ketemu lagi,bye"balas aku.

walaupun hari masih lagi panas terik,terasa seolah-olah hari itu cukup dingin dan mendamaikan. langit mula gelap. bintang-bintang mula memunculkan diri. aku duduk di sebelah sang puteri. sama2 memandang ke arah bulan yang sama,sama2 menuding ke arah bintang yg memancar,sama2 melukis buruj di angkasa,dan di saat aku hendak membisikkan kalimah cinta di telinga sang puteri,aku dikejutkan oleh kudi.

"pul,jom mlm ni pegi uptown shah alam"tanya kudi.

"boleh je,sape lagi yang pegi ni?"balas aku.

"budak2 umah kita la"jwb kudi.

"okok,set"ringkas jwbku.

aku bergerak bersama kudi dan beberapa geng menuju ke uptown shah alam. uptown shah alam merupakan antara tempat yg femes kepada pelajar puncak alam. apa sebab yg menyebabkan perkara ini berlaku?korang tanya sendiri kepada yang pernah pegi,aku tak masuk campur. sepanjang perjalanan, aku hanya mendengar mp3 yang ada di dalam handset. malas mendengar celoteh kudi yang hanya berkisar kepada perempuan,perempuan dan perempuan. sedang asyik melayan lagu kasih oleh reza salleh,satu mesej timbul di skrin handset.

"awk marah dekat sy??"mesej ringkas dari gadis berjilbab.

aku membaca mesej itu acuh tak acuh. tak berminat untuk reply. aku melihat ke luar tingkap dan sudah nampak bayangan uptown shah alam. selepas kudi "park" kereta, kami semua jalan bergerombolan menuju ke uptown. dalam kepala masing2 sudah ligat memikirkan apa barangan yang bakal dibeli. dan tidak kurang juga,ada diantara kami yang hanya ingin mencuci mata.

di pintu masuk uptown, terlihat sebuah kedai yang menjual pelbagai aneka haiwan peliharaan atau jika di "english"kan berbunyi pet. kelihatan ramai anak2 muda tidak kira makwe atau pakwe sedang kusyuk melihat arnab2 yang dipamerkan di bahagian depan kedai. aku mencelah masuk ke dalam kedai bersama kudi. di dalam kedai,ada sejenis haiwan yang berjaya menangkap mata aku. kelihatan seperti hamster,tapi lebih besar dari hamster. tikus barangkali,oh tidak, jelas tertulis di atas kurungannya iaitu "guinea pig".

"binatang ni gigit ko tau x??"tanya kudi kepada aku.

"hah ye ke?tapi comel"aku membalas.

"ha ah,comel kn awk"

aku dan kudi terkejut mendengar suara tersebut.

Bersambung....

p/s:tahun 2012 tahun mencabar utk aku

Tadika dan Teka-Teki

klasik 93
klasik 93

hari sudah tengah hari. matahari tegak di atas kepala. namun,bahangnya tidak la seterik hari ini. mengimbau kenangan di tahun 1993, ketika aku masih di tadika.aku masih kecil dan terlalu naif dengan dunia ini. setahun sebelumnya, pahang menjadi juara berganda,liga dan jugak piala malaysia,pencapaian yang sukar untuk diulangi sehingga ke hari ini.

aku gelisah menantikan detik kami semua dilepaskan pulang ke rumah. aku menjeling ke arah mathan yang kelihatan konfident. mathan merupakan kawan baik aku semasa kecil. ini disebabkan rumah kami yang terletak di level sama. sebelum dilepaskan balik,kami semua perlu melalui apa yang aku panggil sebagai azab di zaman kanak-kanak. semua pelajar di tadika ini diwajibkan untuk menjawab teka-teki sebelum boleh balik.

benda ni cukup azab bagi aku. dan sampai sekarang,aku memang tak minat jawab teka-teki. kalau ada orang yang bagi teka-teki kat aku,awal2 lagi aku akan cakap "surrender". dan hari itu,seperti biasa, ada sesi teka-teki. aku dah mula menggeletar. soalan pertama ditanya dan sepantas kilat sume budak2 angkat tangan untuk menjawab. tangan aku masih di bawah. soalan kedua ditanya dan seterusnya. seorang demi seorang dilepaskan untuk pulang. sehingga ke satu soalan, mathan mengangkat tangan dan berjaya menjawab dengan betul.

aku mula panik. mathan pantas mengambil begnya untuk pulang. aku melihat sekeliling.terlihat hanya 2 orang yang tinggal. ketika mathan mula memakai kasut sekolah,aku dengan pantas mencapai beg sekolahku dan sepantas kilat aku berlari menuju pintu keluar. cikgu menjerit memanggil nama aku. aku meneruskan larian aku. walaupun tidak laju,tapi tetap berjaya meloloskan diri dari tadika itu.

sampai di rumah,aku cuba membuka pintu rumah. berkunci. aku mula rasa cuak. berkali-kali aku mengetuk pintu rumah. masih tiada jawapan. tanpa disedari, air mata mula jatuh bercucuran. aku duduk sambil menahan kesedihan. pada usia sebegitu kecil, aku masih belum mampu menyelesaikan masalah sebegitu. tiba-tiba, emak kesayangan sampai. beliau memujuk anak kesayangannya ini dan pintu rumah dibukakan.

"macamane sekolah hari ni,ok?"tanya ibuku.

"ok,cikgu bagi balik awal hari ni"jawab aku selamba.

p/s:ada peristiwa berlaku di hujung tahun 2011 yang membuatkan..........emm entahlah