Aku punya impian, dan aku yakin, semua orang juga punya
impian. Tapi, impian ini bukan hak milik diriku seorang. Aku bina impian itu
bersama seseorang yang sentiasa buatkan hari-hariku cemerlang.
“Abang, bila nak pergi tempat hari tu, ayang ada nak beli
something la” itu suara manja yang terbit dari mulut kecil seorang perempuan
yang sering jadikan hari-hariku cemerlang, seperti yang aku ceritakan di atas
tadi. Dia ialah suri hatiku, yang sentiasa menjadi pelengkap kepada diriku.
“Eh ayang, bukan minggu lepas kita baru pergi sana ke, ayang
nak beli apa lagi ni dekat sana” aku cuba mencungkil apa sebenarnya kemahuan
isteriku yang masih belum tertunai.
“Alaa abang ni, ayang nak beli peplum warna hijau tu,
cantik, ayang takde lagi peplum warna hijau, abang pon tau kan, kan kan” dia
memberitahu tujuan utama ingin ke tempat itu semula. Aku cuba mengingat-ingat
kembali semua baju peplum yang pernah aku belikan untuk dia. Ada merah, ada
biru, ada kuning, ada jingga, tidak lupa warna pink. Semuanya sudah aku
belikan, cuma satu warna yang masih tertinggal dari koleksi dia, warna hijau.
“Ayang, abang bukan taknak pergi lagi tempat tu, tapi abang
risau” aku meluahkan apa yang terbuku didalam hati.
“Apa yang abang risau, kan uptown je, ada apa-apa ke ni
abang, meh share dengan ayang meh, ayang sudi mendengar” perempuan memang mampu
mencairkan hati semua lelaki. Betul.
“Ayang tak ingat apa jadi masa kali terakhir kita pergi
sana? Kereta kita nyaris kena langgar dekat simpang tu, bahaya la ayang, abang
takut apa-apa yang kurang elok terjadi nanti”
“Hahaha abang ni, jangan la serius sangat, hari tu kan abang
yang tak berhenti dekat simpang , itu yang nyaris kena langgar, kelakar la
abang ni,hehehe”
Aku diam. Fikiranku ligat memikirkan apa yang terjadi pada
minggu lepas. Ketika itu, kami sudah mahu pulang ke rumah. Tiba di satu
simpang, muncul sebuah kereta yang hampir melanggar kenderaan kami. Sejak itu,
aku semacam sedikit fobia untuk ke sana lagi.
“Esok kita pergi ye abang, sayang abang, hihihi”
Aku cuba tersenyum. Kelat. Berat hati aku untuk mengizinkan
permintaan isteri aku kali ini, tapi sayang mengatasi segalanya. Aku memberi
keizinan walau ada sedikit kerisauan di dalam hati.
Malam menjelang. Kami sedang bersiap. Dia tidak bersolek
tebal dan buatkan mata aku tidak berkedip memandangnya.
“Cantik isteri aku ni”
Kami tiba di tempat yang menjadi kesukaan isteriku. Dia
menghampiri gerai yang menjual aneka baju peplum. Terus dicapainya baju peplum
hijau yang menjadi dambaannya. Aku Cuma tersenyum melihat telatahnya. Duit
dihulur dan barang diambil.
Usai membeli beberapa barangan lain, kami mula bergerak
pulang. Kenderaan tidak banyak pada malam ini, sekaligus melancarkan perjalanan
pulang. Tiba di satu simpang, tidak semena-mena, muncul sebuah kereta yang
dipandu dengan agak laju. Kereta itu bergerak ke kanan dan kiri, pemandunya
seolah berada di bawah pengaruh alcohol. Kereta itu meluru laju kearah
kenderaan kami. Aku cuba mengelak tetapi kereta itu menghentam dengan kuat sisi
kiri kereta kami. Aku menjerit.
“Ayang!!!!!!” Dia sudah tidak bernyawa. Badannya dibaluti
darah. Ironinya, kereta durjana itu berwarna hijau.
p/s : kadang-kadang,terlalu berharap buat kita jadi sakit
2 coretan ikhlas:
Betulll..jd jangan terlalu berharap dan belajar untuk just go through dengan keadaan :)
If ade minat nak bce buku fixi atau lejen press,blh dtg singgah blog In untuk membelinya ^^, In pun ade ambil link blog ni utk salah satu review buku :) http://amorevolta.blogspot.com/2013/07/novel-novel-gempak-d.html
Я и не знал, что существует такой великолепный сайт. Ведь тут есть множество интересной информации, в том числе:
[url=http://fuckege.org/]купить егэ 2014 недорого[/url]. Вы не пожалеете, что побывали тут.
Post a Comment