Hentian bas Pekeliling. Jam 11
pagi. Aku turun dari bas dengan wajah yang sugul. Ayah baru dikebumikan semalam
dan hari ini, aku sudah berada di Kuala Lumpur. Aku tinggalkan begitu sahaja
emak dan adikku terkontang kanting tanpa nakhoda. Aku lari dari tanggungjawab,
tanggungjawab sebagai ketua keluarga bagi menggantikan ayah.
Mana hala tuju aku selepas ini?
Ke mana aku harus pergi? Rumah Ikram. Aku perlu menumpang teduh di rumahnya
terlebih dahulu sebelum aku menentukan langkah seterusnya. Aku menaiki tangga
stesen monorail Titiwangsa. Tidak ramai orang, maklumlah belum tiba lunch
hours.
Lagi 5 minit monorail akan
sampai. Aku duduk menunggu di satu sudut. Terlihat sepasang kapel sedang
berpelukan setentang dengan tempat aku berdiri. Melayu, mungkin budak sekolah
barangkali, yang ingin melampias nafsu tanpa ada rasa serba salah. Melihatkan
si gadis dalam pelukan si jejaka itu, aku teringat akan Liza, kekasih Ikram. Busy
kah dia, kalau tak, boleh dia temankan aku hari.
“Bro, aku ada Titiwangsa ni, nak
pergi rumah kau, kau ada tak?”
Sekeping mesej dihantar kepada
Ikram. Tak sampai seminit, Ikram membalas.
“Aku takde dekat rumah la, kau
try contact Liza, dia ada kunci rumah aku”
“Liza? Minah tu bukan study shah
alam ke? Camne aku nak jumpa dia?”
“Boleh tahan jugak pendingnya kau
ni, kau kan dari KL nak ke shah alam, nanti jumpa la dia dulu dekat seksyen 2,
amek kunci dulu, bangang!”
“Hahaha, celaka sorry bro, aku
tengah kacau, wokeh bakmai no tepon Liza”
Aku terus menyimpan nombor telefon Liza.
Sedang monorail dari Titiwangsa ini mula bergerak perlahan meninggalkan stesen,
aku berkira-kira untuk menghantar mesej kepada Liza. Menghantar mesej kepada
makwe orang ni, lain pendekatannya. Kalau tersilap cara, boleh menimbulkan rasa
cemburu di sebelah pakwe dan rasa tidak mau layan di sebelah makwe.
“Hai
si cantik, ada masa untuk saya tak?”
5 minit berlalu. Liza masih belum membalas.
Mungkin gadis secantik dia biasa mendapat mesej sebegini saban hari, yang
dihantar oleh ratusan lelaki yang kepingin kasih sayang. Monorail mula melewati
stesen Bukit Bintang, stesen yang menjadi tumpuan selain KL Sentral. Aku
memerhati orang yang keluar masuk dari monorail ini sambil terasa getaran di
dalam telapak tangan. Satu mesej diterima.
“Nak
main-main, aku takde masa,okbai”
Mesej dari Liza membuatkan aku tersenyum
sinis. Makwe yang garang, dan sukar dijangka. Aku suka.
“Oi
Liza, ni Azne, aku nak mintak tolong kau sikit ni” aku berterus-terang
memberitahu siapa aku.
“Azne??
Jangan nak main-main la, bila masa pulak mamat tu tau nombor aku???”
Perempuan, memang tinggi sifat curiganya,
tidak mudah percaya, tetapi sekali dia sudah percaya, faham-faham sendiri la.
Memandangkan Liza masih belum percaya yang aku Azne, sepupu Ikram, aku harus
menelefonnya.
“Hai
Liza, Azne sini”
“Hello,
la betul-betul Azne ke? Mana kau dapat nombor aku ni? Kau spy aku ke?”
Belum apa-apa, dah macam-macam dia tuduh aku,
biasa la perempuan.
“Aku
mintak dekat Ikram la, aku nak mintak tolong kau ni, kau ada kunci rumah Ikram
kan?”
“Ha
ah, ada, asal, kau ada dekat mana ni?”
“Aku
dalam monorail ni, dah nak sampai dekat KL Sentral, nanti aku nak jumpa kau
kejap dekat Shah Alam, nak amek kunci rumah Ikram”
“Owh
ok, nanti pape mesej je, aku dah habis kelas ni, nak jumpa lecturer kejap”
“Wokeh
si cantik”
“Bangang”
Perbualan bersama Liza tamat, dan aku sudah
sampai di KL Sentral. Jalanraya yang sibuk menyukarkan aku untuk menyeberang
jalan. Kini, hanya tinggal satu step sahaja lagi untuk aku sampai ke Shah Alam,
iaitu dengan menaiki bas rapid bernombor U80. Memandangkan hari ini bukan hari
minggu, maka tidak terlalu ramai yang menunggu bas. Aku pasti akan mendapat
tempat duduk di dalam bas nanti.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi
penumpang. Tidak ramai penumpang, hanya ada beberapa orang gadis yang aku
bilang pelajar sebuah universiti di Shah Alam dan beberapa orang lelaki
warganegara Bangladesh. Bas perlahan-lahan melewati sebuah kawasan warna-warni
yang digelar Little India. Sebuah kawasan yang didominasi oleh masyarakat India.
Dulu, kawasan ini tidak secantik sebagaimana sekarang, tapi segalanya berubah
pasca PRU 12 selepas menyaksikan sokongan masyarakat India beralih kepada
pembangkang. Kerajaan cuba mengembalikan sokongan dengan pelbagai cara dan
salah satunya dengan memperindahkan semula kawasan ini. Bangang. Masih banyak
lagi isu tertunggak yang menjadi permasalahan masyarakat India yang perlu
dipandang kerajaan, dan mereka bukanlah mendambakan hiasan indah di tepi jalan
seperti yang dinikmati mereka sekarang ini.
Ketika bas sudah mula melewati kesibukan
bandaraya Kuala Lumpur, aku termenung sendirian, memikirkan pintu rezeki yang
masih belum terbuka untuk aku. Ayah sudah
tiada untuk menyara makan minum aku. Mak tidak bekerja, mana mungkin dia mampu
untuk menghulurkan wang. Aku mengeluarkan skrol ijazah yang aku bawa bersama.
Besar pengharapan aku pada dua keping sijil yang tertera nama aku ini. Apakah
dua helaian sijil ini mampu memberikan senyuman kepada aku kelak?
What will I be years from now
What will I wear, how will I
look?
I think too much, I think too
much
Celaka. Aku perlu menentukan
hala tuju hidup aku sekarang. Aku tidak lagi berada di dunia yang serba serbi
mudah. Dulu, hendak makan, guna sahaja duit pinjaman. Hendak berhibur, guna
sahaja duit pinjaman. Kini, semuanya sudah berakhir, yang baru bermula ialah
hutang aku bersama PTPTN. Satu bentuk penindasan terancang dari kerajaan
tersayang.
Monolog aku terhenti tatkala
bangunan Shah Alam Convention Centre mula menjengah pandangan mata. Aku sudah
semakin hampir dengan Seksyen 2. Aku membetulkan duduk, dan menarik beg ke
sisi.
“Aku dah nak sampai seksyen 2,
kau dekat mana?” mesej ringkas untuk Liza.
“Aku dah sampai seksyen 2”
juga ringkas dari Liza.
“Celaka, cepatnya kau sampai,
tak sabar betul nak jumpa aku”
“Woi giler, aku pergi print
assignment dekat belakang ni la tadi”
Liza sudah berada di Seksyen 2
rupanya. Cergas minah ni. Aku turun di Seksyen 2 yang di sebelah kirinya
terdapat banyak kedai makan. Sebaik turun, mata melilau-lilau mencari gadis
genit yang berjaya menambat hati sepupu aku ini.
Nah itu dia Liza, sedang menanti
aku dengan skuter Yamaha Ego. Gadis genit yang tampak selesa memakai blouse
pink polka dot. Terserlah kecantikan di dalam persalinan ringkas itu. Aku
berjalan menghampirinya. Mata jantanku meliar memerhati tubuhnya atas bawah.
Badannya menggiurkan, itu kesimpulan ringkasku.
“Jauh kau datang print
assignment” aku menegurnya.
“Dekat sini murah, lagipun aku
jumpa member kejap tadi, cepat betul kau balik sini?”
“Emm sini murah ye, pastu kos
kau isi minyak semua, jadi lebih kurang je kan, dengan tengah panas terik ni,
buat gelap kulit kau je nanti”
“Tak payah nak caring sangat
ye, aku dah ada bf, sepupu kau pulak tu”
“Aku just cakap apa yang semua
laki akan cakap bila ada makwe cantik macam kau depan dieorang, eh mana kunci
rumahnya?”
“Dah sudah, tak payah kunci,
jom naik dengan aku, aku pon nak lepak sana jugak”
“Siot!! Motif kau nak lepak
dengan aku pulak? Ikram kan takde”
“Peduli apa Ikram takde, aku
memang nak lepak situ, dah la jom cepat, panas ni”
Aku menurut sahaja kehendak si
Liza ni. Rezeki yang datang jangan ditolak. Dapat juga aku berseronok dengan
makwe orang di dalam rumah kosong itu. Line clear beb line clear!!
Take a look at my girlfriend
She’s the only one I got
Not much a girlfriend
I never seem to get a lot
Aku membonceng di belakang
Liza. Kelakar. Sepatutnya,aku yang berkromosom XY ini membonceng Liza, yang
berkromosom XX. Tapi, ini sudah terbalik pula. Mata-mata liar di tepi jalan
mula menjeling aneh kearah kami. Persetan mereka, kini aku selasa duduk
membonceng di belakang gadis secantik Liza. Terbit juga rasa bangga.
Aku merapatkan badanku dengan
Liza. Aku dapat menghidu baum perfumenya. Mukaku dirapatkan ke kepalanya. Aku
dapat mencium bau rambutnya dan boleh meneka syampu apa yang digunakannya.
Sedang aku di khayal sendiri, Liza menyergah.
“Oi apahal kau rapat sangat
dengan aku ni? Belakang sikit la giler”
Liza mula tidak selesa dengan
tingkah laku aku. Mungkin. Di dalam hatinya kita tidak tahu apa yang sedang dia
rasakan. Kami mula memasuki kawasan Seksyen 6, Shah Alam.
“Wei, tapau makanan dulu, aku
dari pagi tak makan, lapar” aku mengarahkan Liza agar singgah membeli makanan
terlebih dahulu.
“Aku pon tak makan lagi ni”
Kami berhenti membeli makanan
di sebuah kedai yang aku sifatkan agak murah. Satu stategi yang bijak dari
pemiliknya. Menjual dengan harga yang murah di kawasan yang dimonopoli dengan
pelajar ini, hasilnya, kedai makannya penuh sehingga ke belakang.
Kami sudah sampai di flat
usang yang menjadi tempat Ikram berteduh. Cuaca di luar masih panas. Selesai
mengunci skuter, aku dan Liza mendaki anak tangga menuju ke rumah Ikram di
tingkat 4. Liza membuka grill dan pintu, sambil aku membuka kasut.
Aku meletakkan beg yang dibawa
dari kampung ke dalam sebuah bilik kosong di dalam rumah ini. Liza meletakkan
makanan yang dibeli tadi di ruang tamu, atau lebih tepat ialah di atas lantai.
Rumah ini tiada meja makan. Bukan semua photographer hidupnya senang. Itu
realiti. Mungkin hanya mewah pada musim cuti sekolah.
“Letak la dulu Liza beg kau
tu” aku menegur melihat beg sandang Liza yang masih erat di bahunya.
Ketika Liza menunduk untuk
meletakkan beg sandangnya, aku terpandang sesuatu yang sering menjadi igauan
kepada mereka yang digelar lelaki.
p/s: boleh contact aku kalau nak beli novel Kenangan di Puncak
0 coretan ikhlas:
Post a Comment