Zarul dan Maria


Malam sudah bermula. Buktinya, Buletin Utama sudah memulakan propagandanya. Entah apa lagi yang hendak ditipu atau dipolitikkan, kita semua tidak tahu. Sementara itu, di dalam sebuah bilik yang terletak di kawasan kejiranan yang mendamaikan, terlihat seorang lelaki berusia awal 20an sedang menyanyi-nyanyi riang sambil menyarung seluar jeans hitam bersaiz 32. Mungkin malam ini, ada sesuatu yang istimewa dalam hidup Zarul, kalau tidak, masakan pula dia menyanyi riang sebegitu. Zarul, seperti yang diketahui oleh rakan-rakan di universitinya, seorang yang berwajah tampan. Jika Karl Shafek digelar handsome oleh ramai gadis, Zarul juga apa kurangnya. Malah, ramai yang cuba mendekati Zarul, kepingin untuk menjadi kekasih Zarul. Tapi, siapa yang menjadi kekasih Zarul kekal misteri. Di facebook, di ruangan status, Zarul tidak meletakkan apa-apa sekaligus menimbulkan andaian bahawa Zarul masih single atau jugak mungkin seorang yang gay. Tapi, Zarul sering membaca yasin ketika malam jumaat, mustahil pula kalau Zarul seorang yang gay.
“yeay, malam ni nak jumpa Maria!!” Zarul menjerit di dalam bilik.
“Da lama kau tak jumpa Maria kan, enjoy the night bro!!” Abu membalas jeritan dari Zarul tadi.
“Yeah,thanks bro!!”
Zarul turun dari tingkat empat apartmentnya dan terus menghidupkan enjin motorsikal. Perasaan tidak sabar jelas terpancar di wajah Zarul. Sudah lama Zarul tidak bertemu dengan Maria. Zarul terus menuju ke tempat biasa dimana dia sering bertemu Maria.
“Maria….Maria…mari dekat sini, abang datang nak jumpa Maria ni…”
Zarul masih menunggu kelibat Maria. Dua minit kemudian, kelibat Maria sudah kelihatan. Maria masih seperti selalu, bulunya sentiasa rapi.
“Maria, mari makan, abang ada bawak friskies untuk Maria”
“Meoww, meow…” hanya itu yang keluar dari mulut Maria.
Maria makan dengan lahapnya friskies yang ditabur oleh Zarul. Sambil itu, Zarul mengusap-usap leher Maria sambil tersenyum. Zarul pencinta kucing rupanya. 
p/s:  susah,susah,susah

2 coretan ikhlas:

Unknown said...

zarul pecinta kucing, saiful zamer pencinta apa?

pepol said...

ezan..pencinta bola