Maafkan Aku

" Maafkan aku, mungkin ini entri terakhir dari aku,buat sementara waktu ini, dan aku mengambil keputusan untuk merehatkan blog ini buat sementara waktu, aku hilang semangat untuk menulis usai sahaja membuka emel daripada uitm, sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk aku tanggung sendiri, dan aku amat mengharapkan sokongan dari pembaca sekalian agar aku dapat menempuhi dugaan ini dan melepasinya, mungkin jika aku berjaya melepasi dugaan ini nanti,aku akan menulis semula, akhir kata, maafkan aku.."



p/s: di kala mereka melonjak kegembiraan, mungkin ada di kalangan kita yang tertunduk kesedihan, dan mereka yang tertunduk kesedihan ini, amat memerlukan sokongan daripada mereka-mereka yang melonjak kegembiraan itu tadi

24 coretan ikhlas:

SyamimiNazifa said...

sabar , mungkin ada hikmah di sebaliknya .

bukankosong said...

jatuh bangun sbg seorang student

aku dah lali sejak dulu

aku said...

Hey yang disana. Semua orang ada fasa jatuh bangun sendiri. Jangan berundur. Peluang masih berjuta. Teruskan usaha

eira said...

hidup tak selalunya indah.dan bila berhadapan dengan fasa yang kita xjangka dalam hidup,kuatkan semangat dan cuba lagi.

insyaAllah Tuhan sentiasa ada buat kita.

pepol said...

syamimi..yup

pepol said...

bukankosong...yup,sgt perit

pepol said...

aku..yup,sedang berusaha utk bangkit semula

pepol said...

eira..thanks eira

ghost writer said...

jangan risau, mungkin ada lonjakan gembira dari kau di tempat lain dan di lain situasi. kadang sokongan itu datang dari dalam diri kita sendiri. yakin!

pepol said...

ghost writer...mungkin,ada perkara lain yang menggembirakan sedang menanti aku di hadapan sana

Ikhmal Yusoff said...

jgn risau..ko ada geng..hehe

pepol said...

ikhmal...yup

hanaahmad said...

jatuh mengajar kita segalanya erti hidup. terus bangkit jangan tangguh-tangguh kerna ia hanya membuang waktu.

Kuatlah Pepol. :)

eva said...

InsyaAllah.. setiap mendung dan hujan ribut itu ada pelangi menyusulinya :)

pepol said...

hana...yup,aku sedang berusaha utk bangun semula hana

pepol said...

eva..insyaAllah..

inche hlovate said...

insyaAllah ada hikmah di sebalik apa yg berlaku

pepol said...

inchihlovate..yup,mudah mudahan

Hamba Allah said...

Muslim yg kuat itu apabila dia boleh bangkit daripada kegagalan... insyaAllah, jika yakin boleh, sudah tentu anda boleh! banyakkan berdoa & bermujahadah... Allah sentiasa mendengar rintihan hati kita :)

pepol said...

hambaAllah...terima kasih,mudah-mudahan

Fel said...

Ada kalanya kita perlu jatuh, biar kita boleh bangkit dan jadi lebih baik untuk masa akan datang. :)

pepol said...

fel..yup,mudah mudahan

fatin adawiah said...

kuatkan ht pepol..sy pun penah rse ape awk rsekan..

dont worry, dgn adenye kegagalan terselit 10001 kejyaan..chill!

pepol said...

thanks fatin..