Travelog Kuantan - Lipis - Puncak Alam : Bahagian 1

cover travelog

Unit Kesihatan UiTM Puncak Perdana, 25 April

Jam menunjukkan tepat pukul 1.50 tengah hari. Aku meminta izin untuk beransur dulu daripada rakan praktikal aku. Sudah agak lama juga aku berborak dengannya sehingga tidak sedar sudah hampir tamat masa rehat. Ketika pekerja di tempat lain atau juga rakan-rakan praktikal di hospital-hospital sedang bersiap untuk masuk ke pejabat semula, aku pula sedang bersiap-siap untuk keluar dari pejabat. Boss yang pergi berkursus di Johor selama seminggu membuatkan aku bebas untuk keluar sesuka hati aku. Kalau diikutkan hati, mau saja aku lepak di rumah dan tidak hadir ke pejabat untuk seminggu ini. Boleh aku layan semula drama Nora Helena yang sedang diulang siar di tv3 setiap hari selasa hingga khamis pada jam 10.30 pagi, atau mungkin aku boleh habiskan masa dengan bermain PES di laptop.

*******

Enjin motorsikal dihidupkan. Aku kini melintasi blok 4 yang merupakan kolej kediaman untuk siswi di Puncak Perdana ini. Keadaan agak sunyi, mungkin semua sudah berada di dalam kelas. Sampai di simpang, muka aku ditiup angin yang separa kuat, memaksa aku menurunkan bizer helmet. Tujuan aku keluar dari pejabat pada petang ini hanyalah satu, untuk mendapatkan tiket bas. Ke mana aku mahu pergi? Melarikan diri? Tidak tidak tidak, semua salah, aku cuma mahu pergi “Meraikan Cinta”. Yea “Meraikan Cinta” yang merupakan tema perkahwinan sahabat karibku dari zaman sekolah lagi. Aku memang rasa terpanggil untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka ini. Tidak sangka, percintaan yang dijalin dari zaman sekolah ini akan membawa mereka ke jinjang pelamin.

Signal ke kiri ditekan. Aku kini memasuki lorong yang lebih dikenali sebagai Jalan Paip. Jalan Paip?? Biar aku ceritakan mengapa ia digelar sebegitu. Sepanjang jalan ini, kita akan dapat melihat ada paip besar yang berada di tepi. Mungkin itulah sebabnya ia digelar Jalan Paip. Bekas housemateku pernah memberitahu, jika aku dari Puncak Perdana dan ingin ke Meru, lebih dekat ikut Jalan Paip ini, jauh bezanya kalau melalui Puncak Alam,jauh kena pusing. Motorsikal aku masih lagi menyusuri Jalan Paip. Aku teruja menantikan di mana Jalan Paip ini akan berakhir dan di simpang mana bakal aku tembus nanti, kerana di Meru itu memang banyak simpang. Akhirnya, aku tiba di penghujung Jalan Paip, dan aku terkejut melihat simpang 4 Meru berada di hadapanku. “wow,giler cepat kalau ikut sini”

*******

Aku meneruskan perjalanan menuju ke Klang Sentral. Di situlah nanti aku akan memulakan travelog aku. Cuaca masih panas terik, membuatkan aku menyumpah seranah lampu isyarat di simpang ini yang sungguh lambat bertukar ke warna hijau. “Lekas, aku sudah tidak tahan ini” apabila lampu bertukar hijau, aku terus memecut laju menuju ke Klang Sentral. Tidak ramai orang di stesen hari ni, mungkin kerana bukan hari minggu. Aku terus menuju ke kaunter tiket. Tangga eskalatornya sudah tidak berfungsi, maka aku harus menapak untuk sampai ke atas. Tiba di atas, sudah terlihat beberapa ejen tiket yang sedang mencari customer.”dik, nak pegi Ipoh ke?”

Aku cuma mengangkat tangan sambil mengukir senyuman. Aku memang tidak berapa suka sebenarnya dengan ejen-ejen penjual tiket ini. Annoying. Aku terus sahaja menuju ke kaunter mula-mula iaitu kaunter bas Transnasional.

Bersambung...

p/s:cuba sedaya upaya dan sepenuh hati..

2 coretan ikhlas:

fatin adawiah said...

btul3..tin pling xsuke pnjual2 tiket 2..sibuk huha huha..last2 nak snang tin beli kat kaunter trans je.haha

pepol said...

fatin..yup sama la,annoying kot dieorg,ish