Selamat Hari Guru!!

mood : stabil
lagu : SNSD - Hoot
tempat : teratak ibu tercinta

pengetua sek ak dgn dato' siti

Assalamualaikum sume, ok berjumpa lagi kite di blog buruk ni, huh rindu giler nk update blog ak ni,rasa cm da lame je ak xupdate blog ak ni(padahal baru 6 hari x update). so cmne life korg skrg,happy x?klu x happy tu, cuba la happy2 kn diri tu ek,cm membe ak yg sorg ni, happy je skrg ni.

ok sebenarnya ad benda laen yg ak tulis dlu sblm entri ni,tapi disebabkan ak xde mood nk on9 beberapa hari ni,so hold dlu la entri2 tersebut, dan memandangkan esk merupakan hari guru, so better la ak tulis dlu sal hari guru kn. dan jgk, entri kali ni agak panjang, da byk entri ak yg ak buat pendek2 je kn, so kali ni buat yg panjang plak.

emm ak x ingt da berapa belas kali ak sambut hari guru, dari ak tadika sampai la ak abes sek menengah, satu tempoh masa yg agak lama tu, bila ak imbas blk, guru merupakan antara org yg paling penting dlm hidup ak, malah lebih penting dari saudara mara ataupun datuk ngn nenek ak sendiri, sebab ak ckp cmtu ialah jika dibandingkan masa yg ak luangkan dgn guru2 ak dan jgk masa yg ak luangkan tuk datuk ngn nenek ak, jelas ak lebih byk luangkan masa tuk guru2 ak. sbbnya, ak jarang jumpa datuk ngn nenek ak,selalunya akn jumpa time raya tak pun time cuti sek,so dlm setahun tu, xsmpai sepuluh kali pon ak jumpa datuk ngn nenek ak. so sgt berbeza jika dibandingkan dgn cikgu2 ak. ak jumpa dieorg hampir setiap hari dlm setahun tu. so, secara tidak langsung, kita sbnrnya lebih rapat ngn cikgu2 kita jika dibandingkan dgn saudara mara kita.

ok, dan sebenarnya, kehidupan kite dicorakkan oleh guru2 kita, mmg ibu bapa merupakan org yg paling penting tapi guru juga penting. klu la korg imbau blk zaman sek dlu, korg mesti ingt, bile cikgu korg masuk mengajar, dieorg bukan setakat mengajar ilmu dlm buku, tetapi membentuk kita menjadi seorg insan. selalunya para guru akan motivate kn pelajar die supaya berjaya dlm hidup, dieorg akan sentiasa memberikan nasihat kpd kita, motivasi kpd kita, dan jugak memberitahu apa yg perlu kita lakukan utk menjadi seseorg yg berjaya.

so ak agak pelik bile tgk berita kebelakangan ni, bile ad pelajar yg sanggup kurang ajar dgn cikgu sendiri, sampai ad yg belasah cikgu sendiri, sanggup ek korg buat cmtu kt cikgu korg sendiri? dan bila sebut hari guru ni,ak teringat sebuah kisah semasa ak sek rendah, klu x silap ak darjah 5 time tu(@ darjah 4,xbpe ingt). ak time tu mmg mls giler buat karangan bahasa melayu. dan satu hari tu, mak ak dtg ke sek tuk sign report card. pas abes cikgu terangkan sal result ak kt mak ak, tiba2 mak ak pon ckp cmni kt cikgu ak.

cikgu, kalaulah anak sy si saiful ni mls buat kerja sekolah,
cikgu telefon je sy,ni ambil no telefon sy ni, 09-277****

sumpah sampai skrg ak ingt lagi dialog tu, dan lepas tu, cikgu ak pon bagi karangan dgn byk ny kt ak, da ak xbuat langsung karangan yg cikgu ak bagi tu. dan hasilnya, bile ak pegi sek, bile masuk je kls tu, cikgu ak tu tny sal karangan tu,dan ak jwb tak siap, so cikgu ak pon mrh ar, mula2 ak ingt die setakat mrh dlm kls je, tiba2 die tarik ak pegi dkt pondok telefon, then die terus je telefon mak ak. perghh ak da takot giler kot time tu. ak xsangka langsung yg cikgu ak tu akn tepon mak ak,so bila ak blk je umah, mmg teruk ar ak kene bedal ngn mak ak. dan kejadian tu mmg betul2 menyedarkan ak. pas kejadian tu, ak da x mls tuk buat karangan. dan hasilnya masa darjah 6, ak dpt highest tuk bahasa melayu penulisan.

dan ak amat menghargai segala jasa cikgu2 ak terhadap ak, tanpa dieorg , kt mane lah ak skrg ni. sesungguhnya ak x kn mampu tuk balas sume jasa2 cikgu ak dan dieorg pon x mengharapkan balasan, ape yg cikgu2 ni harapkan adalah tuk tgk anak murid dieorg berjaya,tu je. so akhir kata, selamat hari guru utk sume cikgu di malaysia ni, sesungguhnya x terbalas jasa2 cikgu sume kt kiteorg.

p/s: hari lecturer ad x?ke sekali je ngn hari guru??

1 coretan ikhlas - Add Yours

cekgu nana said...

lecturer kan guru jugak. :))