Aku sedang membaca sebuah buku puisi tulisan Fazleena Hishamuddin yang bertajuk Seksi Ovari, dan aku paling suka puisi yang satu ini.
Kau boleh meyandar pada seribu bahu kalau kau mahu,
tapi kau memilih untuk yang satu itu, yang paling dungu,
yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu,
dan hati kau pecah beribu.........
p/s: terima kasih kepada para pelajar UiTM Puncak Perdana dan UiTM Segamat yang sudi mendapatkan novel tulisan aku, Kenangan di Puncak, maaf jika novelnya masih ada kurang sana sini, percubaan pertama tidak semestinya akan terus cemerlang :)

Kita memang berbeza, dari serba serbi, atas bawah, kiri kanan. Tapi, kita masih tegar bersama. Dan hari ini, kita meluangkan masa untuk bersama, hanya selepas beberapa bulan kita merancang, baru hari ini ia dimakbulkan oleh tuhan yang satu.
Aku tiba dengan menyarung kemeja biru kotak-kotak di badan dan seluar jeans biru lusuh. Ringkas. Aku duduk di atas bangku bersebelahan pancuran air sambil mengunyah Snicker yang dibeli di kedai serbaneka 24 jam sebelum aku tiba di sini. Ketika di kunyahan terakhir, aku terbayang akan kehadiran kau di hadapan aku. Lengkap berpakaian warna biru, sama seperti apa yang aku gayakan hari ini. Tidak perlu kotak-kotak, cukup sekadar kau memakai sepersalinan yang sama warna dengan aku. Dan tidak semena-mena, kau muncul di hadapan aku, mungkin untuk memeranjatkan aku. Jujur, aku terperanjat, tapi bukan kerana kehadiran kau, tetapi melihat warna baju yang kau pakai. Merah. Nyata kita berbeza.
Aku meneruskan langkah ke dalam pusat membeli belah sambil diiringi oleh kau. Kau masih pakai perfume yang sama, perfume pemberian aku. Aku masih ingat akan baunya, tidak terlalu keras dan nyaman untuk dihidu oleh hidung. Sepanjang berjalan di sebelah kau, kita tidak banyak berbual. Dan kadangkala, aku berasa agak sedikit kekok. Mungkin ini kesannya pabila kita lama tidak bersua. Aku menghampiri kaunter tiket. Kita sudah berjanji untuk menonton wayang bersama. Aku mencadangkan filem arahan Mamat Khalid, tetapi kau tegas ingin menonton aksi terbaru Bruce Willis. Dan akhirnya, kita membeli tiket berbeza dan menonton di hall berlainan. Nyata kita berbeza.
Cerita sudah ditayangkan selama 30 minit tetapi tiada satu babak pon yang melekat di dalam kepala aku. Ternyata, fikiran aku di tempat lain dan bukan pada wayang yang sedang dipertontokan. Aku bangun dari kerusi, membetulkan seluar dan terus keluar. Saat aku menolak daun pintu itu, hanya satu yang bermain di kepalaku.
"Aku tidak mau jumpa kau lagi, nyata kita berbeza"
p/s: tangga pertama sudah aku daki
“Woi!! Kau pandang apa ni ha??”
“Fuyoo, pink kaler siot, hahaha”
Liza pantas menutup lurah dadanya yang terdedah
ketika dia menunduk tadi. Dia sangat yakin, lurahnya sudah menjadi tatapan mata
Azne. Azne sudah kenyang sebelum sempat menjamah nasi di dalam polisterine. Dia
geram melihat Azne yang tersengih-sengih miang di hadapannya. Ikram tiada di
rumah. Jika tidak, boleh dia menyuruh Ikram menumbuk sepupunya yang miang itu.
Kisah lurah dada dilupakan dan mereka mula
membuka bungkusan masing-masing. Nasi berlauk kurma ayam menjadi pilihan Liza
manakala Azne tidak sabar untuk menelan nasi berlauk daging masak kicap. Kipas
ligat berpusing diatas kepala manakala mereka di bawah giat mengisi perut. Tiba-tiba,
timbul idea nakal dalam kepala Liza. Dia mahu menguji sejauh mana gatalnya si
Azne ini, dan mampukah Azne menahan nafsu lelaki yang satu itu?
Liza dengan beraninya perlahan-lahan membuka
butang baju paling atas kemejanya. Azne perasan akan perilaku Liza, dan mula
membulatkan mata kearah dada Liza.
“Siot, apahal dia ni pergi bukak butang atas
baju dia?” Azne mula hairan, tetapi syukur dengan rezeki di depan mata. Azne
terus menikmatinya.
Liza perasan yang Azne sudah mula menjadikan
dirinya sebagai tontonan. Dan Liza semakin galak untuk menguji Azne. Dia mula
menundukkan badannya dan lurah dadanya kini sudah semakin jelas kelihatan. Azne
sudah semakin tidak keruan. Mulutnya masih mengunyah tetapi pandangannya tetap
kearah Liza. Azne cuba menguatkan dirinya dengan berkata kepada diri sendiri,
bahawa gadis ini makwe kepada sepupu merangkap kawan baiknya sendiri. Jangan
sailang jangan sailang.
Azne sudah selesai makan, lebih pantas dari
Liza. Liza masih lagi menunduk dengan butang atas kemejanya yang terbuka. Azne
ke dapur untuk membasuh tangan dan membuang polisterinenya. Ketika ingin menuju
kearah Liza yang masih makan, timbul idea jahat. Jika tadi Liza sengaja menguji
beliau dengan mendedahkan lurah dadanya, kini giliran Azne pula ingin menguji
Liza. Mampukah Liza menahan nafsunya yang disemarakkan lagi dengan keadaan
mereka yang hanya berdua sahaja di dalam rumah itu.
Azne pantas membuka t-shirt hitam berlogo
Brother Hood di bahagian hadapan. Teserlah badan kurus Azne. Liza tidak
terkejut dengan tindakan Azne, kerana dia sudah pernah melihat lebih dari itu.
Liza menjangka sampai di situ sahaja tindakan Azne, tetapi dia silap. Azne
sedang membuka tali pinggangnya. Liza mula tergamam, seakan tidak percaya
dengan apa yang dilihatnya. Tangan Azne kini rakus membuka butang seluar jeans
birunya. Dan sepantas kilat, Azne melorotkan seluar jeansnya ke bawah.
Terbeliak biji mata Liza tatkala melihat Azne kini hanya berboxer di
hadapannya.
Liza masih diam seribu bahasa, masih tergamam
dengan apa yang dilihatnya. Dia mula membayangkan apa yang berada disebalik
boxer berwarna kelabu itu. Azne sedar Liza memerhatikannya, atau lebih tepat
kearah boxernya.
“Apa yang kau tengok tu Liza, sampai tak
berkelip mata?? Hahaha”
“Ehh ehh, kau ni bangang la, pakai la seluar
tu gila, tak senonoh, kau ingat aku heran ke kau pakai macam tu??!!”
“Ikut aku la nak pakai macamana pon, kau
peduli apa!!”
“Pakai la semula seluar tu, kalau tak, aku
keluar dari rumah ni”
“Lol, aku memang nak halau kau, hahaha”
ketawa aku mengundang kemarahan Liza. Muncung itiknya jelas satu indikasi
terhadap apa yang dia rasa terhadap aku. Tanpa kerelaan, aku menyarung kembali
seluar. Sekali lagi aku tewas. Perempuan sentiasa ada cara untuk buat lelaki
mengikut segala kata mereka. Respect.
“Eh Liza, kau orang mana ek? Kau tak pernah
beritahu pon” aku cuba memujuk kembali Liza yang nampaknya masih marah dengan
idea jahat aku tadi. Biasalah, perempuan cantik mana yang tak pernah kena usik.
“Penting sangat ke kau nak tau aku asal mana?
Aku bukan Perdana Menteri yang serba serbi orang nak tau, huh” masih ada nada
marah dalam percakapan Liza. Apa yang perlu aku buat untuk mententeramkan gadis
yang garang macam dia ni?
“Hey rileks la, kau ni pon, garangnya, kau
memang nak lepak sini ke? Ikram tak marah kau lepak dengan aku?”
“Ha ah, memang nak lepak sini, aku nak tidur
kejap lagi ni, semalam aku tidur lewat siapkan assignment, pagi tadi straight
kelas sampai tengah hari, mengantuk betul ni, arghh Ikram tu takde hal, dia
open”
Hebat betul si Ikram ni. Berani dia benarkan
awek dia yang hot ni tinggal berdua dengan seorang lelaki. Walaupun aku sepupu
dia, tapi aku masih seorang lelaki, yang nafsunya pada seorang perempuan,
apatah lagi perempuan secantik dan seksi seperti Liza. Aumm!!
“Owh takpe la, kau tidur la dulu, aku nak
main gitar dulu, perut kenyang lagi, tak boleh nak tidur lagi”
“Wokeh” ringkas dari Liza. Seraya itu, pintu
bilik Ikram ditutup dan terdengar punat pada tombol ditekan, menandakan pintu
bilik dikunci dari dalam. Melepas.
Aku mencapai gitar kapuk yang terletak di
penjuru bilik. Berhabuk. Sibuk betul Ikram sampai gitar kapuk ini terbiar
begitu sahaja. Aku meletakkan gitar di atas peha. Lama aku tidak bermain
gitar.seingat aku, kali terakhir ialah ketika majlis sambutan hari jadi
lecturerku. Itupun, aku dipaksa untuk mempersembahkan sebuah lagu. Aku bermain
bukan atas kerelaan aku sendiri. Nyanyian aku sumbang dan petikan gitarku
berterabur. Majlis bertukar menjadi hambar. Ketika keputusan peperiksaan
diumumkan, aku sangkut paper dengan lecturer tu. Apakah ini balasan? Shit.
Ruangan bilik yang sedari tadi sunyi kini
mula bergema dengan petikan gitar dari aku. Aku masih mencari-cari tune yang
sesuai dan juga lagu yang sesuai. Antara chorus yang paling aku suka ialah dari
lagu ini.
Welcome to the Hotel
California
Such a lovely place (such a
lovely place)
Such a lovely place
Plenty of room at the Hotel
California
Any time of year (any time of
year)
You can find it here
Aku rancak bermain gitar
sambil mulut menyanyi-nyanyi bait lagu popular ini. Tiba-tiba, terdengar
jeritan perempuan dari bilik sebelah.
“Woi diamlah!! Aku nak
tido,grr!!!”
“Hahaha, ok la sweetheart”
Aku menamatkan feel jiwang aku
pada petang itu. Gitar diletakkan di sisi dan aku mula berbaring. Mata aku tak
berkelip memandang siling bilik. Aku masih teringatkan Liza, yang sudah lena di
bilik sebelah. Entah mengapa, aku berasa sesuatu sejak pertemuan pertama aku
dan dia. Kadang-kadang, aku berasa cukup dekat dengannya, seolah aku pernah
berjumpa dia sebelum ini, atau memang begitu perasaannya bila kita bertemu
jodoh kita?
My life is brilliant
My love is pure
I saw an angel
Of that I’m sure
She smiled me on the subway
She was with another man
But I won’t lose no sleep on
that
Cause I’ve got a plan
Wajah Liza masih bermain-main
di dalam kepala. Aku seakan tidak dapat melupakan wajah itu. Wajah itu
mengingatkan aku kepada seseorang, tetapi siapa? Aku masih mencuba.
“Owh ye, baru aku teringat,
muka Liza ni macam muka Ramnah, budak kelas aku, bezanya Cuma Ramnah bertudung
tetapi Liza tidak” akhirnya terungkai segala persoalan aku selama ini. Ramnah,
berasal dari negeri yang diperintah pembangkang semenjak tahun 1990, memang
diketahui ramai punyai wajah yang cantik. Malah, kulit putih melepak yang
dimilikinya dikatakan adalah trademark untuk anak gadis yang datang dari negeri
itu. Aku Cuma kurang pasti, apa Liza juga berasal dari sana?
Lamunan aku terhenti tatkala
sekeping mesej masuk ke ruangan inbox. Sekeping mesej dari rakan seperjuangan
semasa degree dulu membenihkan harapan baru untuk aku.
“Bro, kau dah keje belum?”
“Belum lagi, awat?”
“Tempat aku keje nak pakai
orang, kalau nak, aku boleh tolong kau”
“Aku orait je”
“Tapi gaji kecik la, kerja
macai pulak tu, aku beritahu dulu ni”
“Belasah je la bro, at least
aku ada keje”
“Wokeh, nanti email resume kau
dekat aku, asap”
Melihatkan dia menulis asap,
aku bingkas bangun dan mengetuk pintu bilik Ikram.
Bersambung...
p/s : kadang-kadang, kita terlalu meraikan apa yang sudah menjadi kebiasaan kepada orang lain
InsyaAllah, aku dalam proses untuk menghasilkan projek baru di bawah label Sen Studio. Aku akan cuba curi sedikit masa untuk menyudahkannya, tunggu sahaja.
p/s: 1001 macam perkara sedang bermain di dalam kepala aku
p/s: 1001 macam perkara sedang bermain di dalam kepala aku
Jam 8.30 pagi. Di
sebuah kawasan perumahan yang menjadi pilihan kepada para pelajar sebuah universiti
awam terbesar di dunia untuk menyewa.
“Morning
my sweetie” Zairo
menghantar mesej kepada seseorang yang amat istimewa dalam hidupnya.
“Morning
dear, awalnya bangun”
“Ye
la, nak kejutkan my sweetie ni, tak bangun-bangun..:p”
“Hey
dear, I dah lama bangun ok, dah siap basuh baju pon, you tu yang baru bangun kan,
gedik..:p”
“Hahaha,
okok I mengaku I baru bangun, terus hantar mesej dekat you, macam mana dengan
date kita ,jadi tak?”
“Cepat
you mandi dan bersiap, cepat la kita dapat keluar, I da siap da ni..:p”
“Hah
serious you dah siap?? Okok give me 15 minutes, I nak mandi dan bersiap ni,
take care my sweetie”
“Hahaha,
I belum mandi pon lagi dear, ni baru nak mandi, take ur time ok, jangan rush
sangat, nanti jatuh dalam bilik air..:p”
“Hahahaha,
gedik..:p”
Zairo mula membuka
pakaian dan mencapai tuala yang tergantung di jendela. Sambil masuk ke bilik
air, Zairo tersengih-sengih kerang menandakan dia tidak sabar untuk berjumpa
dengan si pengarang jantung hatinya pada hari ini. Pertemuan mereka pada hari
ini bakal istimewa kerana ada sesuatu yang bakal diraikan oleh mereka berdua.
Sementara itu,
dalam sebuah bilik air di sebuah rumah sewa yang hanya terpisah 5 lorong dari
rumah sewa Zairo, terlihat seorang gadis berkulit putih mulus sedang ligat
menggosok gigi. Julia, memang sering lambat bersiap. Tapi, hari ini, dia
berazam untuk bersiap lebih cepat daripada biasa. Dia sudah tidak sanggup lagi
menahan telinga tiap kali Zairo membebel kerana dia lambat bersiap. Hari ini
dia nekad ingin membuat Zairo memujinya kerana sudah siap sebelum Zairo tiba di
hadapan pintu rumah sewanya ini.
Tepat jam 9.00
pagi, Julia membawa keluar blouse merah yang sudah di gosok sejak malam semalam
lagi dari almari bajunya. Julia tersenyum melihat blouse merah pemberian Zairo
ini, cantik. Blouse merah ini diberikan oleh Zairo semasa ulangtahun
kelahirannya beberapa bulan lepas. Memang ada beberapa orang rakan baik Julia
yang kurang senang dengan pemberian Zairo ini, kerana mereka berpendapat, tidak
sesuai memberi baju kepada seseorang yang kita sedang menjalin perhubungan
bersamanya, ini kerana, pabila warna baju itu mulai pudar, perhubungan itu juga
akan turut pudar dan akhirnya terlerai di tengah jalan.
“Emm
korang jangan la cakap macam itu, I sayang perhubungan ni, I tak nak terputus
di tengah jalan, I nak bina masa depan I dengan Zairo” Julia bersuara.
“Iyee
Julia, tapi kau kena hati-hati, selalunya kapel-kapel yang dapat present baju
ni, hubungan dieorang tak kekal lama” Asmah
cuba menambahkan cuak di hati Julia.
“Arghh
mengarut la ko Asmah, aku dengan Johan ok je sampai sekarang, dah dua tahun kot
kiteorang kapel, ok je takde apa masalah, kiteorang lagi la, 1st
time jumpa pon Johan da bagi baju dekat aku, rileks je, takde clash-clash pon” Rozie menyampuk dan memberi
sedikit kelegaan kepada Julia.
“Pray
for you Julia”
Asmah masih cuba menakut-nakutkan Julia.
Jam menunjukkan
pukul 9.30 pagi. Suasana di luar masih lagi sunyi, memandangkan hari ni hari
minggu.
“Emm
mana si buah hati ni, lambatnya, da pukul 9.30 da” Julia bermonolog sendirian di
dalam hati.
PIN PIN!!
Terdengar bunyi hon
sebuah kereta dari luar rumah. Zairo sudah berada di hadapan rumah Julia. Julia
terus mencapai beg tangannya dan mengangkat tangan kepada Zairo sebagai isyarat
agar tunggu sekejap. Zairo sabar menunggu di dalam kereta sambil mendengar
telatah Johan di dalam rancangan bual bicara pagi yang diberi nama Johara Pagi
Era.
“Hey
sweetie, awal you bersiap hari ni, selalunya bila I sampai depan rumah you ni,
you tengah terhegeh-hegeh lagi bersiap,hehehe” Zarul agak hairan melihat Julia
bersiap lebih awal hari ini.
“Hehehe,
awal ke dear? Ye la da tak tahan da, asyik kena bebel je bila lambat, kalau
orang tu yang lambat, I takde bebel pon” Julia cuba mengusik Zairo.
“Eleh,
ada-ada je la you ni, mana ada I suka bebel, I Cuma beritahu you je, hey kita
nak ke mana dulu ni?” Zairo
membalas usikan dari Julia.
“Emm
ikut you la dear, I tak kisah, lagipun you yang ajak keluarkan,hehehe” Julia memberi kebebasan kepada
Zairo untuk membawa beliau ke mana sahaja.
“Ha
kalau macam tu, kita pergi Siam la dear, menikah dekat sana, nak tak?hehehe” Zairo melontarkan idea yang
tidak masuk akal.
“Hey,
you ni,giler ke apa, sapa yang nak kahwin dengan you tu hah? Da la tak
handsome, euww please la, dah jangan mengarut, cepat-cepat pergi, I dah lapar
ni tau” Julia
mula membebel.
“Ok
dear, kita breakfast dekat mall la nanti, tak sesuai pulak nk breakfast dekat
mamak bila tengok you pakai macam ni,hehehe” Zairo berterusan mengusik Julia.
“Hey
kenapa pulak, tak cantik ke I pakai macam ni, you ni, saje tau, you tak ingat
ke sapa yang bagi baju ni?”
Julia mula merajuk.
“Hahaha,
tak la dear, I gurau je, you look so beautiful today, my sweetie, hehehe” Zairo memuji kecantikan Julia.
“Ok
dah-dah, cepat gerak, nanti housemate I pelik pulak tengok kita lama-lama dekat
depan ni tak gerak-gerak lagi”
Begitulah
ragam setiap hari pasangan ini, ada sahaja benda yang menjadi gurauan pada
mereka. Hari ni, seperti biasa, mereka akan menghabiskan hujung minggu mereka
bersama, tetapi, pertemuan mereka pada hari ini sedikit berbeza. Ada sesuatu
yang bakal diraikan oleh mereka berdua, Zairo juga sudah merancang satu kejutan
khas buat pengarang jantung hatinya, Julia.
Mereka
berdua kini menuju ke sebuah pusat membeli belah yang terletak di Klang, bandar
diraja Selangor. Memang pusat membeli belah ini sering menjadi pilihan warga
universiti ini kerana pusat membeli belah inilah yang paling hampir sekali.
Sampai sahaja di sana, sudah terlihat banyak kenderaan yang berpusu-pusu masuk.
Zairo sedikit runsing memikirkan tempat letak kereta yang sememangnya agak
terhad di pusat membeli belah ini.
“Tengok ni dear, awal pagi pon
dah ramai orang yang datang, mampus la nak cari parking kalau macam ni” Zairo mengeluh pada Julia.
“Sabar la dear, hari minggu kan,
memang hari ni la orang nak keluar tengok wayang, dating, shopping bagai, dear
sabar k, ada tu parking nanti, jangan risau” Julia cuba memujuk Zairo.
Zairo
meneruskan usaha mencari parking. Parking di luar sudah dipenuhi oleh kereta,
maka Zairo terpaksa mencari parking di bahagian atas bangunan pusat membeli
belah ini. Kali ini, nasib mereka baik. Masih banyak petak parking yang masih
kosong di atas ini. Zairo terus parkir kenderaannya di dalam petak yang
disediakan. Usai mengunci pintu kereta, mereka berdua jalan beriringan sambil
berpegangan tangan.
“Dear, kita pergi makan dulu k,
lepas tu baru kita tengok wayang”
Zairo memberitahu rancangannya kepada Julia.
“Ok darling” Julia memberi persetujuan sambil
tersenyum.
Mereka
mengambil tempat di sebuah restoran makanan segera. Usai membuat pesanan dan
membayar di kaunter, Zairo mengangkat makanan sambil ditemani Julia. Mereka
memilih meja yang agak terpencil kedudukannya, di satu sudut restoran ini,
mungkin mahukan lebih privacy. Sambil menikmati makanan, Julia menceritakan
kepada Zairo perihal Asmah yang kurang senang dengan tindak tanduk Zairo yang
menghadiahkannya sehelai blouse. Zairo mendengar dengan penuh minat. Sekali
sekala Zairo mengangguk. Julia terus rancak bercerita.
“Kalau
macam tu, cuba nanti dear bagi baju jugak dekat Asmah tu, tengok pudar ke tak
relationship korang,hahahaha mengarutlah korang ni” Zairo memberi cadangan
kepada Julia.
“You
nak I bagi betul-betul ke? Boleh je kalau nak bagi, hahaha” Julia membalas.
“Hey
dah-dah, cukup mengarut tu, makan cepat, kejap lagi wayang nak start dah, tiket
tak beli lagi ni” Zairo memberi arahan kepada Julia.
“Ok
dear, kejap ye”
Mereka
menghabiskan makanan dan terus menuju ke tingkat atas. Di tingkat atas,
kelihatan ramai orang sedang berbaris untuk membeli tiket menonton wayang.
Zairo mula rungsing, jika dia turut beratur, sudah tentu mereka tidak
berpeluang untuk menonton wayang yang bakal bermula sebentar lagi. Zairo mundar
mandir sambil memikirkan jalan terbaik. Tiba-tiba, Zairo terpandang akan
kelibat Hazwan yang sedang berbaris. Kedudukan Hazwan agak baik, cuma ada 3
orang sahaja lagi di hadapannya sebelum dia sampai ke kaunter tiket. Zairo
menghampiri Hazwan.
“Bro, kau nak beli tiket ke?” Zairo menegur Hazwan.
“Yup, takkan nak beli boxer pulak
dekat sini, nape bro?”
Hazwan membalas.
“Hahaha, macam ni, aku nak mintak
tolong ko sikit ni, nak mintak tolong kau belikan tiket untuk aku dengan awek
aku, couple seat punya, wayang dah nak start kejap lagi ni, please please
please bro”
Zairo merayu kepada Hazwan.
“Takde hal, ko pergi la tunggu
sana dulu, kejap lagi aku datang bawak tiket ko” Hazwan memberi persetujuan.
“Wokeh bro, trimas”
Zairo
menunggu di satu sudut bersama-sama Julia. Hazwan datang menghampiri mereka
bersama-sama makwenya.
“Nah tiket ko”
“Owh yeah, thanks dude, terbaik
ar”
“Wei nanti borak, aku dah nak
masuk ni,chow”
“Wokeh bro, thanks bro”
Zairo
mengajak Julia untuk memasuki panggung. Tayangan bakal bermula sebentar lagi.
Mereka berjalan beriringan. Di dalam panggung, keadaan agak sesak, hampir semua
seat terjual. Mata Zairo tercari-cari akan couple seat yang masih kosong.
“Dear, dekat sini seat kita” Zairo memberitahu Julia yang
kelihatan masih terpinga-pinga mencari seat.
Tidak
sampai 3 minit mereka melabuhkan punggung di atas seat, wayang sudah bermula. Mereka
menikmati filem ini bersama-sama. Sebuah filem cinta, yang sering menjadi
pilihan untuk mereka yang sedang asyik dilamun cinta. Filem yang berdurasi
sejam 30 minit itu dinikmati oleh mereka. Masing-masing berpuas hati dengan
filem yang ditonton hari ni. Sebaik keluar dari panggung, Zairo dan Julia
merayau-rayau di dalam pusat membeli belah ini. Julia ingin mencari sepasang
kasut dan sehelai baju. Zairo turutkan sahaja.
Hari
sudah menginjak petang. Julia juga sudah mendapat apa yang diidamkannya, sepasang
kasut dan juga sehelai baju. Kini, Zairo merasakan sudah tiba masanya untuk dia
mempersembahkan kejutan yang sudah dirancang terlebih awal.
“Hey dear, jom la pergi tempat
lain pulak, dah boring la dekat sini” Zairo
cuba memancing Julia.
“Ok dear, jom la”
Mereka
sudah keluar dari pusat membeli belah dan kini Zairo sedang memandu menuju ke
Shah Alam. Di dalam kepala Zairo, sudah terbayang akan Tasik Seksyen 7 Shah
Alam yang terletak di belakang bangunan Kompleks Belia Selangor. Zairo ingin
membawa Julia ke sini.
“Dear, kita nak pergi mana ni
dear?” Julia
bertanya kepada Zairo.
“Ada la dear, dear sabar tau, duk
diam-diam situ,hehehe”
Zairo masih cuba merahsiakan rancangannya.
“Eeii, tak suka la you ni, suka
rahsia-rahsia dengan I”
Julia mencebik.
“Sabar la dear, dah nak sampai
ni” Zairo
memujuk Julia.
Mereka
sudah sampai di Tasik Seksyen 7. Orang agak ramai, ada yang bersantai, ada yang
bersenam, dan ada juga yang sedang berdating. Zairo pula datang untuk
berdating. Zairo mengeluarkan sebuah kotak yang agak besar dari bonet dari
kereta.
“Kotak apa ni dear? Besarnya” Julia agak hairan dengan gelagat
Zairo.
“Hehehe, meh sini dear, ikut I”
Zairo
memimpin tangan Julia ke gazebo yang agak jauh sedikit. Sampai sahaja di
gazebo, Zairo menyuruh Julia duduk. Julia masih lagi terpinga-pinga, tidak
faham. Julia duduk dan Zairo mempersembahkan kotak itu kepadanya. Julia terus
membuka kotak itu dengan seribu persoalan bermain di kepala. Usai membuka kotak
itu, Julia menjerit sambil menutup mulut dengan kedua belah tangannya.
Di
dalam kotak itu, terdapat kek berbentuk hati dengan di atasnya tertera “Genap 5 bulan kita bersama”.
Serentak
dengan itu, Zairo mengeluarkan satu kotak kecil dari poket seluarnya. Penutup
kotak itu dibuka. Di dalamnya terlihat seutas rantai lengkap dengan loket
berbentuk hati berwarna merah jambu. Julia mengeluarkan air mata terharu. Zairo
membawa keluar rantai itu dan memakaikannya di leher Julia. Mereka saling
berpegang tangan sambil menikmati momen indah ini bersama.
Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin aku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu yuna
– terukir di bintang
Bersambung...
p/s: aku sedang melalui fasa2 sukar dalam hidup aku, moga aku mampu mengharungi segalanya
Cara Untuk Membeli Novel Kenangan di Puncak
Posted In
beli online novel,
novel kenangan di puncak,
sen studio
- 12:56 AM - 22
coretan ikhlas
Anda ingin membeli novel Kenangan di Puncak, tulisan brader pepol? Anda berminat untuk membaca novel ini tetapi tidak tahu cara untuk membelinya? Hah mudah sahaja, turuti sahaja langkah mudah ini.
1. Mula-mula klik page "Sen Studio"
2. Kemudian, 'pm' atau 'message' sahaja pihak "Sen Studio" dengan menaip frasa ini "Saya nak Kenangan di Puncak"
3. Kemudian, tunggu mesej anda dibalas oleh seorang pemuda pengumpul jersi yang juga pemilik "Sen Studio". Dia akan menerangkan kepada anda apa yang perlu anda buat.
4. Selepas menerima no akaun dari pihak "Sen Studio", anda perlu terus lari ke stesen ATM atau kaunter bank terdekat untuk membuat bayaran. DIINGATKAN, HARGA SEBIJIK NOVEL INI BESERTA KOS PENGHANTARAN IALAH RM 25, TANDATANGAN PENULIS JUGA AKAN DISERTAKAN SEKALI.
5. Selesai membuat pembayaran, simpan slip ATM anda, ambil gambar atau scan slip itu, dan kemudian attach kan sekali pada mesej anda di page "Sen Studio". DIINGATKAN, JANGAN HANTAR MESEJ BARU SEBALIKNYA REPLY MESEJ YANG TERDAHULU, INI UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN KEROSAKAN YANG MAHA DAHSYAT.
6. Semasa anda attach gambar slip bayaran itu, sertakan sekali nama penuh anda, alamat, dan juga no telefon semasa anda.
7. Selesai membuat semua langkah di atas, anda tunggu sahaja di rumah anda, tidak lama nanti, akan ada seorang jejaka dari pos malaysia datang mengetuk pintu rumah anda untuk menghantar novel Kenangan di Puncak.
8. Baca novel ini sambil menghirup segelas tea-o suam. Selesai.
p/s: sebarang pertanyaan, blh saja pm atau inbox fb Saiful Zamir, jangan takut, dia baik dan kacak orangnya, perghh perghh perghh.
Subscribe to:
Posts (Atom)



