Photo Contest: My Bestfriend Forever!!

Salam sume..hye bertemu lagi..
yeah entri kali ni sal contest..
kali ni sy join contest dari cik siti manis
nk join??
jom klik gambar kt bwh tucontest ni akan tamat pada 31 Dec 2010
so cepat join sblm tarikh tutup k
so utk contest ni
sy pertaruhkan gmbar ni
pink presentation

hahahaha..klaka bile tgk balik gambar ni
yg depan sekali tu sy
slbh sy tu zai@bonda
sblh zai pulak laila
laila punya sblh nana
dan ujung skali safuan@acu
so,utk contest ni
sy kene huraikan la nape dieorg ni BFF sy

Mula berkawan sejak tahun berapa?


sy mule berkawan dgn dieorg sejak tahun 2007 lagi
iaitu tahun sy memulakan diploma sy
dan sy sekelas dgn dieorg sampai la
sy abes diploma sy
means dari awl sampai ke akhir
sy sekelas dgn dieorg
tiap2 hari sy duk ngadap muke dieorg
dlm kls..tapi bezz...

Kenapa anda rasa dia/mereka BFF anda?

emm kenapa ek??
sebab kiteorg ngam bersama
kiteorg blh share pape je
tiada rahsia antara kami
coz kiteorg da lame knl
dan semue saling percaya mempercayai
kiteorg jugak sambung degree
yg sama dan skrg ni duk dlm
kls yg sama...
so mmg BFF kn??
so hope kiteorg akan jadi
BFF selama-lamanya
Amiinn....

p/s:asyik join contest je,bile sy plak nk buat contest???tunggguuuu....


Kenapa filem 2 Alam dR. Rozmey gagal


Salam sume..bertemu lagi kite..skrg ni cuti sekolah kn? yg blaja kt u tu cuti sem la kn, so ape xtvt cite ni?so antara xtvt yg femes time2 cuti cmni ialah menontong wayang..bagus la coz byk filem melayu yg tgh ditayangkan skrg ni...SUPPORT FILEM TEMPATAN BEB!!....so, antara filem tempatan yg meletup time cuti ni ialah filem ngangkung..dgr cite da dpt 10 juta..wow new record..congrats Mr. David Teo, selain tu, filem hantu kak limah balik rumah pon dgr cite da dpt dlm 3 juta..emm bagus la tu kn..cite2 melayu pon blh dpt kutipan yg bagus..btw entri kali ni bukan nk cite pasal filem2 yg meletoop tu, tapi nk story psl filem yg gagal di pawagam iaitu filem 2 Alam terbitan dR. Rozmey tu, filem yg digembar-gemburkan tuk dpt kutipan 40 juta tapi hampehh,sebaliknya filem yg x letak target tinggi cmtu plak blh box-office(ngangkung dpt 10juta,means filem melayu paling box-office,klhkan adnan sempit), so sy cube la nk tinjau2 ckit, ape yg membuatkan filem 2 Alam ni gagal,coz klu lihat dari promosi,filem ni yg paling byk kua kt paper2...(diingatkan ni pandangan peribadi sy sahaja,tiada kene mengena dgn sesiapa..wink)

1. Pelakon
aspek yg paling penting tuk sesebuah filem(di samping jalan cerita yg bez), so barisan pelakon 2 Alam gagal utk menjadikan filem ni box-office,coz dieorg bukan name2 besar dlm industri filem, pelakon yg paling famous dlm filem ni ialah Aaron Aziz,pelakon lain seperti Yank Kassim, Rosnah Johari,dan Faizal Hussein,mereka semua lebih dikenali sbg pelakon drama dan bukan pelakon filem, Faizal Hussein misalnya sudah lama tidak muncul di tv..mereka juga mempertaruhkan Suhaila Salam,pelakon yg tidak dikenali di negara ni,(beliau pelakon di Singapura),so cmne nk dpt box-office,tiada nama2 seperti Shaheizy Sam, Farid Kamil, Nabil, Saiful Apek,Awie, Pierre Andre, Rosyam Nor, kumpulan Senario, Lisa Surihani, Erra Fazira, Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya(sekadar menyebut beberapa nama) yg telah terbukti dan pernah terlibat dlm filem2 yg box-office,so ketiadaan nama2 besar dlm filem 2 Alam turut memberi kesan sbnrnya..

2. Promosi
promosi yg berlebihan blh memberi kesan,blh membuat org berasa meluat dan menyampah, kite sume tau yg promosi filem ni kua hampir setiap hari dlm suratkhabar kosmo dan metro..honestly,1st time tgk promosi filem ni kt paper, sy agak excited tuk tgk filem ni, tapi lama-kelamaan,rasa excited tu bertukar jadi meluat dan meloyakan,coz bace ayat2 promosi yg digunakan yg agak berlagak dan terlalu overconfident..sepatutnya sbg penerbit yg baru 1st time terbit filem, dR. Rozmey sepatutnya menggunakan ayat yg lebih merendah diri@humble..contohya ini merupakan percubaan pertama sy menerbitkan filem,moga para penonton dpt memberikan sokongan kpd filem terbitan sy ni...baru la penonton terasa tergerak hati nk menonton..bukan ny cmni...sy yakin filem ini akan mencapai 40 juta..terlalu angkuh bunyinya dan org xsuke keangkuhan,org suke kerendahan diri..:-)

3. Tarikh Tayangan
filem ni sepatutnya ditayangkan pada bln Mei,tapi disebabkan ia blm dihantar ke Lembaga Penapisan Filem(LPF),so ia tidak mendapat kelulusan dan terpaksa menunggu sehingga bulan november slm dpt ditayangkan..sedikit sebanyak membuat para penonton yg nk menonton filem ni membatalkan hasrat kerana terpaksa menunggu lama..

4. Wartawan
jangan cari gaduh atau cipta masalah dgn wartawan..PENTING!!...klu nk terlibat dlm industri ni,berbaik-baiklah dgn wartawan..coz promosi dari wartawan amat penting nk melariskan produk2 hiburan..tanpa sokongan dari mereka,mcmana audience nk tau psl produk kite..kenyataan dR. Rozmey yg mengatakan filem dia x perlukan wartawan mmg membunuh filem die..xde review yg elok ditulis oleh wartawan ttg filem ni,sebaliknya semue review yg negatif yg turut mempengaruhi penonton utk tidak menonton filem ni..

5. Jalan Cerita
filem2 yg box-office kt malaysia ni ialah filem yg bergenre komedi,seram,romantik dan jugak cite rempit2 dan lumba kereta..dan filem 2 Alam x termasuk dlm kategori itu..filem ini mengangkat tema agak berat dan ad beberapa part yg agak x relevan...malah ad yg melabelkan filem ni ibarat sebuah video klip Amy Search dan Ramli Sarip(kedua2 penyanyi ni penyanyi lagu tema filem ni)..so cmne filem ni nk box-office?sejarah menunjukkan yg filem bertemakan kisah yg agak berat biasanya gagal di pawagam..coz penonton nk enjoy di pawagam dan bukan menyesakkan kepala mereka dgn sesuatu yg agak berat...

gambar sekadar hiburan

jadi, itulah sbb ny filem 2 Alam gagal dari pandangan kaca mata sy(xpkai kaca mata pon)..btw kpd dR. Rozmey,jgn patah semangat,gagal sekali bukan beerti gagal selamanya,cube perbaiki mana2 kelemahan, malah sy juga percaya yg perniagaan herba prima dR. pon bermula dari bwh...bukan terus berjaya,sbg org baru dlm industri filem,xslh rasenya bertanya atau menimba ilmu dari penerbit yg da berjaya mcm David Teo dan Datuk Yusof Haslam...Mr. David plak jgn kedekut ilmu k..sharing is caring..filem pertama David Teo pon gagal jgk dlu,klu xsilap filem Syukur 21 kn..so ayuh dR. Rozmey..buktikan anak melayu pon blh jadi penerbit filem yg hebat...peace

p/s : filem "Aku Masih Dara" bez ke?

Lirik Lagu Aizat - Years from Now


What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much

Sometimes it’s scary over thinking
What you have or haven’t done
You think too much, you think too much

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry

Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on
What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy

p/s:bez lagu ni...lagu tilu - jangan2 cuba pon bez jgk..

P.Ramlee : Dimanakan Ku Cari Ganti : Satu Indiepretasi

As-salam semua..semoga sihat hendaknya..amacam, masih excited dgn kemenangan malaysia ke atas vietnam smlm??hehehe good job k. rajagopal dan team malaysia..skrg tinggal 90 minit je lagi sblm team malaysia blh melangkah ke final...but jgn overconfident, team kite blh score dua gol kt cni dan dieorg jugak blh score dua gol kt vietnam..bola itu bulat...ok stop cite sal bola..kali ni nk cite pasal seniman agung kite, Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee..sape xknl p. ramlee baik xyah duk malaysia la..org luar pon ramai yg knl p. ramlee..so no wonder la kisah hidup die blh disiarkan kt history channel..so antara karya agung seniman kite ni ialah melalui filem2 dan juga lagu2 yg dihasilkan..siyes filem2 yg dihasilkan mmg terbaik dan even da tgk byk kali pon tapi still x boring..dan yg menambahkan lagi perisa kpd filem beliau ialah lagu2 yg dihasilkan..penuh dgn maksud yg mendalam..di samping korg lyn lagu2 dari band2 indie kt luar tu,ape kate try lak layan lagu dari seniman agung kite ni..btw klu korg xtau, baru2 ni sebuah album khas telah diterbitkan utk mengenang jasa seniman agung kite ni, dan lebih menarik lagi, lagu2 allahyarham telah diberi nafas baru oleh barisan penyanyi indie(bukan semua,tapi majoriti yg terlibat dlm album ni artis indie)...so kt bwh ni ad list2 lagu2 ny...
gambar sekadar hiasan

1. Hujan - Tunggu Sekejap

2. Sevencollar T-Shirt - Jangan Tinggal Daku
3. One Buck Short - Pok Pok Bujang Lapok
4. Couple - Menche Che Bujang Lapok
5. Altimet feat Imran Ajmain - Maafkan Kami
6. Subculture - Bunyi Gitar
7. Monoloque - Tiada Kata Secantik Bahasa
8. Azlan & The Typewriter feat AG & Co - Jeritan Batin Ku
9. Bittersweet - Getaran Jiwa
10. Pesawat - Ai Ai Ai Twist
11. The Ramlees (A supergroup featuring Yuna, Liyana Fizi, Mira(Tilu),Najwa) - Itulah Sayang
12. Pop Shuvit - Aci Aci Buka Pintu
13. Awanband - Malam Bulan Dipagar Bintang
14. Grey Sky Morning - Malam Pesta Muda Mudi
15. They Will Kill Us All - Sepanjang Riwayatku
16. Yuna - Gelora Jiwa
17. Meet Uncle Hussain feat Hazama - Ya Habibi Ali Baba
18. Kugiran D’Tepi Pantai - Nujum Pak Belalang

19. Vince, Ella, Stacy, Ning Baizura, KRU,Shahir, Aizat, Atilia, Bunkface, Jac & Lan (TTW) - Di Mana Kan Kucari Ganti.mp3

so, sy da sempat dgr lagu no. 1, 2, 3, 11, 16, 17 dan jugak 19..dan yg paling bez stkt ni ialah lagu no11 tu..wwooww...tu je la yg blh ckp bile dgr lagu ni..gabungan yg cukup sempurna dan paling gempak part ada muzik lagu stay tu...pergghhh siyes mmg bez...so sape yg blm dgr blh la dwload kt 4shared, dan klu nk lagi ok baik korg bli trus album ni xpon dwload trus ke anset korg..coz sy dgr hasil jualan album ni akan dimasukkan ke dlm tabung p. ramlee yg ditubuhkan oleh Arkib Negara..yg nk dwload tu sy suggestkan lagu no 11 dan no 19..chill

p/s:
Tanya sama hati pernahkah merindu,Ingat masa lena apa mimpi mu,Masa berjauhan apa nan dikenang,Bila difahamkan itulah sayang...lalala..

10 Muharram


Assalamualaikum semue, semoga sihat hendaknya, kite skrg berada di bulan muharram, bulan yg pertama di dlm tahun hijrah, so insyaAllah pada hari esk, jika dipanjangkan umur oleh Maha Pencipta, kita akan berpeluang utk menyambut 10 Muharram..10 Muharram juga disebut sbg hari "Asyura", ini kerana byk peristiwa penting yg mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan berlaku pada hari "Asyura" ni. jadi, antara peristiwa yg terjadi pada 10 Muharram ialah:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
bila disebut 10 Muharram ni, benda yg selalu org buat ialah berpuasa, niat puasa ny ialah..
"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

banyak manfaat yg boleh kite perolehi jika berpuasa pada 10 Muharram ni,selain itu, perkara yg disunatkan pada 10 Muharram ialah:

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
jadi, itulah serba sedikit info mengenai 10 Muharram, semoga dpt kite melalui ny dgn penuh kesyukuran....

p/s:mane lagi meriah, sambutan maal hijrah atau sambutan tahun baru??(sepatutnya sambutan maal hijrah)