pagi itu sejuk sekali. penyaman udara yang dipasang kuat beserta suhu yang rendah membuatkan aku terasa seperti hendak terkucil. aku duduk di kelas, suasana sungguh sepi sekali. hanya bunyi "ketuk ketak ketuk ketak" dari sepatu lecturer memecahkan kedinginan pagi itu. hari ini telah berlangsung satu test untuk subjek yang boleh tahan jugak susahnya. mungkin bagi para tahfiz, paper ni kacang je,tapi bagi aku yang sering terminum air dimasuki semut,test pagi ni boleh tahan dahsyatnya.
semalaman aku menghadap buku dan bukan muka buku,hanya untuk lulus test pada pagi ini. aku optimis, pengorbanan aku ini akan membuahkan hasil. tapi, apakan daya, aku hanya merancang, apa2 pon tuhan yang akan menentukannya. apa yang aku baca semalam,langsung tak keluar der. aku musykil jugak,apakah ada konspirasi untuk menggagalkan aku?arghh tidak baik untuk tuduh semberono sebegitu.
aku kini mula tidak keruan. kepala yang tidak gatal digaru-garu. matlamat asal untuk lulus kini di dalam bahaya. aku tidak mahu gagal lagi,subjek ini killer,lagipun malu la aku nanti bila lecturer umum aku dapat markah paling rendah. aku memerhati sekeliling, kelihatan para pelajar dekan sedang kusyuk menulis sambil menundukkan kepala. ternyata,soalan sukar sebegini tidak menjadi kudis kepada mereka.
aku memalingkan muka aku ke sebelah kiri. terlihat kudi sedang kusyuk menulis. terbit perasaan hairan di dalam diri aku melihat dia boleh menjawab dengan tenang soalan itu. aku memerhatikan lagi tindak tanduknya. sedang die menulis,tiba2 dia menyelak kertas jawapannya dan menampakkan nota di bawahnya. aku terkejut,patutlah dia steady je jawab,rupanya ada toyol.
"wei,passing dekat aku,aku nak tau jugak jawapan"
"kejap2"
aku terus menanti toyol yang dijanjikan oleh kudi,namun hampa. sampai ke sudah,dia tidak memberikan toyol yang dijanjikan itu pada aku. selesai menghantar kertas jawapan yang hampir kosong itu,aku sudah tidak sabar untuk cepuk kepala di luar kelas.
"woit,apasal ko tak bagi jawapan dekat aku tadi,ko nak makan sorang ek?"
"bukan macam tu,biarlah aku sorang je yang tiru,aku taknak kau terbabit sama,biarlah aku sorang je masuk neraka,aku tak nak kau ikut sama"
aku berlalu pergi sambil mengesat air mata terharu yang menitis laju.
p/s:

Fulzam,yeah nama aku Fulzam, mungkin kedengaran agak pelik,tetapi itulah yang ditulis oleh seorang nurse comel sebuah hospital kerajaan pada sekeping kertas yang digelar surat beranak satu masa dulu. terbit rasa hairan yang amat tinggi pada diri mengapa nama aku sebegitu rupa. persoalan ini aku ajukan pada papa aku yang baru sudah menikmati juadah ikan sardin yang menjadi kegemarannya semenjak alam kampus lagi.
Fulzam : papa,kenapa nama along Fulzam?macam pelik je
Papa : owh fulzam nak tau ye,nama fulzam tu papa amek sempena nama seorang blogger,saiful zamir,blog die bez, tak macam blog papa,failed terus. papa cantumkan nama depan dan belakang dia,so jadi la fulzam.
Fulzam : owh macam tu,ha nak tanya lagi,kenapa orang panggil papa "kudi"??dari mana papa dapat nama panggilan tu?
Papa : Err...err...err
agak lama aku menanti jawapan dari papa, tetapi hanya err yang keluar, mungkin papa belum bersedia untuk membongkar kisah hidupnya pada aku. aku membuka laman blog yang dimaksudkan, ternyata beliau rajin menulis. tapi entri di blognya terhenti pada satu tarikh,tiada lagi update selepas itu,ini mengundang persoalan kepada aku,apakah dia sudah hilang minat untuk menulis?atau internet di rumah beliau sudah dipotong,ataupun ada makhluk asing yang datang menculik sehingga menyebabkan dia tidak boleh update blog lagi?arghh ke situ pula aku melalut,biarkanlah dia,kini tiba masa untuk aku pulak buat blog.
aku mahukan sebuah blog yang simple tapi kemas. tiada widget2 yang memedihkan mata dan membuatkan mereka yang on9 guna broadband sakit hati menunggu untuk semua widget tu abes loading. aku mau sebuah blog yang ringan dan cukup pantas bila loading,aku mahukan pembaca memberi perhatian pada apa yang aku tulis,dan bukannya menilai dari cantik buruknya template,hensem atau huduh pemiliknya atau jumlah follower. lagipun itulah tujuan berblogging bukan,menulis dan org baca.
aku tak mau blog aku dipenuhi dengan gambar pasangan aku di bahagian tepi,ini blog aku,bukan blog pasangan aku. lagipun,aku tidak mau timbul masalah di kemudian hari. sudah banyak cerita yang aku dengar, time kapel,bukan maen lagi letak gambar makwe/pakwe dekat tepi,pastu tulis caption "ini buah hati sy,jangan curi tau"(owh,sumpah aku geli). kemudian bila perhubungan putus di tengah jalan,mula la sibuk nak buang semua gambar2 tu,dan akan ada satu entri khas mengenainya yang bertajuk "Awak tiada lagi dalam hidup sy".owh,sungguh naif.
aku tak mau blog aku kelihatan seperti utusan online versi blog. owh man, we are blogger, not a reporter. aku tak mau blog aku hanya ada entri2 yang ceritanya tengah panas. petang semalam whitney houston mati, dan pada malamnya,akan naik la entri yang bertajuk "Whitney Houston Meninggal Dunia",segala isi kandungannya hanyalah di copy paste dari website2 berita, dengan sedikit penambahan dari tuan empunya blog,maka terhasillah entri yang boleh menjana ribuan trafik. woo,itu bukan cara aku.
besar harapan aku untuk melihat apa yang aku angankan ini menjadi kenyataan. "selamat datang ke dunia blog,fulzam".aku berbisik di dalam hati.
p/s: entri ni terlampau banyak benda yang tersirat,pandai2 la korg tafsir sendiri

"perasaan awk pada sy??eh chopp,awk ada perasaan pada sy ke?"
"yup,da lama da,dari dulu lagi,apa awk tak sedar?"
"tak,sy tak tahu pon awk, sy tak sedar,awk tak pernah cakap pon pasal hal ni"
"apa perlu sy cakap baru awk akan tau?tak boleh awk tafsir sendiri dari cara sy layan awk,bercakap dengan awk,ambil berat pasal awk,tak ke awk nampak semua benda tu?"
"ya sy tau awk layan sy baik sekali,selalu ambil berat pasal sy,selalu ada bila sy perlukan seseorang untuk luahkan masalah sy,tapi sekadar kawan je awk,cinta sy pada bf sy,bukan pada awk"
serentak dengan itu, aku rasa ada satu benda yang sedang meletup di dalam badan aku. ya benda itu, yang dipanggil hati, kini sudah hancur, musnah dibom oleh seorang perajurit yang ayu berjilbab, ternyata dia begitu keras untuk berani memusnahkan hati seorang jejaka yang dipenuhi ego ini. Sekadar kawan je. 3 perkataan yang membentuk ayat ringkas ni berpusing-pusing di dalam kepala otak aku. arghh seksanya bila difikirkan kembali, aku hanya membuang masa selama ini. aku keluarkan perasaan cinta aku pada gadis yang perasaan cintanya ada pada lelaki lain. Bebal. mata aku berkaca, aku tak boleh menangis, mungkin nanti,tapi bukan di hadapan dia, jangan biarkan dia tau bahawa aku cukup sedih mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir manisnya itu tadi.
"owh,takpe la kalau camtu"
hanya itu yang mampu terpacul dari mulut aku. mustahil aku masih mampu petah berbicara atau mengeluarkan jenaka kasar yang pernah tidak disenangi oleh beberapa kenalan sebelum ini.
"ya Allah,bawa aku pergi dari sini,tolong ya Allah".
cebisan hati yang sudah hancur tadi berbisik-bisik. aku mau segera pergi dari sini, aku tidak mahu menyambung perbualan, cukuplah,aku sudah mendapat jawapannya, yang langsung tidak menyebelahi aku. kau kejam wahai gadis berjilbab, sampai hati kau rahsiakan perkara sepenting ini,membiarkan aku berkhayal setiap hari bahawa akan tibanya hari di mana kita berbahagia bersama.
"sy nak balik"
"eh cepatnya,awk kn tak abes makan lagi,lagipun banyak lagi benda yang saya nak cakap"
"tak pe la,next time,sy ada hal dengan kudi ni"
"eh nantilah dulu"
aku bingkas bangun, membuat bayaran di kaunter,dan langsung menuju ke arah motor. enjin dihidupkan,dan aku sempat menjeling ke arah gadis berjilbab, terlihat dia terpinga-pinga akan tindak tanduk dari aku,masih kelihatan comel walau dalam keadaan sebegitu, arghh comel dia bukan untuk aku, untuk si pengarang jantung hatinya. jangan dikacau gadis yang sudah menjadi hak milik orang, apa kalian ada ilmu taekwando yang cukup untuk bergasak dengan teman lelakinya nanti?aku cuma belajar taekwando sampai tali pinggang biru,jadi aku tidak berapa yakin andai kata tercetusnya satu pertempuran dengan balaknya nanti jika aku berkeras ingin mengusik gadis berjilbab.
sepanjang perjalanan pulang, motor yang ditunggang terasa perlahan, bergerak terlalu lembap, terasa masa terlalu lambat berlalu, apa yang terjadi di kedai makan tadi masih segar bugar di dalam ingatanku. fikiran aku khayal, mengenangkan nasib aku, yang baru kehilangan orang yang aku sayang, da lama aku sayang pada dia,sehinggakan aku terlupa untuk luahkan perasaan itu padanya,dan sekarang rasakanlah akibatnya,aku sendiri yang patut dipersalahkan.
"ko kena cepat bro, setakat pendam je,sampai bila dia takkan tahu perasaan ko"
nasihat bernas dari kudi itu melintas dengan tiba-tiba. punyai penasihat sehebat kudi juga belum menjamin aku untuk mendapat cinta yang didambakan. tapi semua itu salah aku, kudi sudah memberi nasihat, aku yang angkuh menolaknya bulat-bulat. bukan sengaja aku menolak nasihat kudi pada masa itu, tapi masa itu lain, aku seorang jejaka yang tidak punyai apa-apa, potongan rambut juga masih buruk,bukan seperti ala-ala shah jaszle seperti pada hari ini. pada ketika itu, aku percaya biarlah jalan cinta aku ditetapkan oleh aku sendiri. aku mahu berkawan dulu dengan dia, kemudian perlahan-lahan aku mengenali hati budinya, kenal baik buruk perangainya, cuba serasi bersamanya sebelum di pengakhirannya aku luahkan perasaan itu. tapi, semua sudah hancur,aku tersilap langkah, di dalam dunia yang serba pantas ini, hal-hal perasaan juga harus ditangani dengan pantas. jika suka,terus kata padanya,ada untung,sabut akan timbul.
aku sudah sampai di rumah. terdengar bunyi tapak kaki housemate aku sedang berlari-lari. apa ke bangangnya main lari-lari time malam-malam sebegini?satu contoh mudah yang umur 20an belum tentu menjanjikan seseorang itu sudah matang. kematangan itu perlu dibina sendiri, tidak berkait dengan umur ataupun jantina, terpulang bagaimana diri sendiri untuk mencorakkannya, samada masih mahu berperangai kebudak-budakkan pada umur 20an atau berubah menjadi seorang dewasa. kudi masih tersengih-sengih di hadapan laptop, mungkin sudah ketemu gadis impiannya,aku pula baru saja kehilangan seorang gadis impian.
laptop dihidupkan, boot process yang memakan masa ini cukup menguji kesabaran aku, hendak saja aku hentakkan penumbuk pada skrin dia, agar boleh aku lupuskan laptop yang mudah panas ini digantikan dengan laptop berjenama Asus yang terbukti cukup efisien ketika bermain games PES. aku membuka partition D pada laptop yang sudah hampir dua tahun aku pakai ini. cursor mouse dihalakan pada satu folder yang bernama gadis berjilbab. dengan satu klik,terpampang jelas apa yang terkandung di dalamnya. ada gambar dan jugak lagu.
yeah gambar dia,dan gambar aku bersama dia.semuanya aku simpan di dalam folder ini. melihat senyumannya di dalam gambar itu membuatkan hati aku pedih. semasa gambar itu diambil, terasa seperti langit ini bertukar menjadi satu taman bunga yang indah, ya memang indah tidak terkata. aku masih ingat lagi, ketika itu,aku tersipu-sipu malu tatkala dia,si gadis berjilbab beriya-riya mahu mengambil gambar bersamaku. aku bukan artis ketika itu,ya sama saja seperti hari ini,aku masih bukan artis, tapi dia bersemangat untuk mengambil gambar bersamaku. memang pada detik itu aku malu, tapi habis saja acara itu, pantas aku meminta salinan gambar itu. sampai di kolej, aku tidak edit gambar itu, biarlah ia kelihatan neutral,agar momen itu kekal pada gambar itu. dan barisan lagu yang terdapat di dalam folder ini, kesemuanya adalah lagu kegemarannya, aku tau benar akan citarasa muziknya. huh hari ni,aku tidak mampu untuk mendengar lagu-lagu ini.
aku tutup kembali folder ini, malam ini aku sudah nekad. aku mahu hapuskan segala memoriku bersama gadis berjilbab. kesemuanya,tanpa ada yang tersisa, aku tidak mahu perkara ini menghantui aku. cukuplah sampai disini, kisah aku bersamanya, dengan hati yang cukup berat,tanpa diiringi kalimah Bismillah, aku tekan butang delete.
"yeah,aku ada nikita willy."
Bersambung...
p/s: Evra 3 - 1 Suarez
Kau yang Menghampirinya
Posted In
cerpen,
jangan tertipu dengan duit,
kasanova,
teladan
- 11:10 PM - 8
coretan ikhlas
"apa yg b da buat ni??"
Tasha melontarkan pertanyaan itu kepada Zarul dalam nada yang begitu cemas sekali. masakan tidak cemas,celik saja mata,tasha mendapati dirinya kini tanpa seurat benang di dalam balutan selimut tebal sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
"b!!,apa yg b dah buat kat i ni??
"hahahaha,takde pape,cuma berseronok saja semalam,hahahha"
"apa yg seronok ni b,jangan cakap u dah tido dengan i,please b"
"hahaha,u tengok la sendiri kita dekat mana ni,tengok sikit keadaan u tu,u agak apa yg kita buat semalam??hahaha btw u great tasha,hahahaha"
hancur luluh hati tasha mendengar perkhabaran dari zarul itu, terasa dunianya kini gelap,masa depannya musnah,dengan tidak semena-mena,terbayang wajah kedua ibubapa yang acap kali memberi nasihat kepadanya agar menjaga diri ketika menimba ilmu di kota raya. bawa pulang segulung ijazah dan ubah nasib keluarga untuk selamanya,pada dirinyalah ibubapa tercinta menyandar harapan agar keluarga mereka tidak lagi dipandang hina. namun,kini segalanya telah punah,punah oleh seorang lelaki jongos yang hanya pandai mengambil kesempatan di atas naifnya seorang perempuan.
"sanggup b buat i macam ni? i cintakan u b,tapi kenapa u buat i macam ni??"
"heh cinta??f*** off la dengan cinta,setakat perempuan macam u bila-bila masa je i boleh dapat la,i dah taburkan duit i untuk u,takkan la i tak boleh dapat apa yang i nak dari u?hahaha"
bercucuran air mata jatuh dari kelopak mata tasha usai mendengar kata-kata zarul itu. langsung dia tidak menyangka,ikatan janji yang termeterai sebulan yang lepas hanyalah tebu di tepi bibir saja. apa yang diungkapkan pada malam hari lahirnya itu terbukti sekadar omongan kosong,bicara yang punyai niat jahat di belakangnya. cinta zarul hanya pada nafsu, ingin merobek kesuciaan yang selama ini teguh tasha pertahankan.diakui,punya wajah serta bentuk tubuh yang menarik,dia berhak untuk mendapat cinta sejati yang datangnya dari seorang lelaki yang mampu untuk membahagiakan dirinya.
tapi,tasha tewas di dalam permainan wang ringgit,matanya menjadi kelabu tatkala melihat kereta honda integra yang dipandu oleh zarul. terbit semacam perasaan bangga melihat si buah hati datang menjemput di kolej kediaman dengan menaiki kereta penuh segak tatkala rakan-rakan yang lain hanya mampu mengintai dari tirai bilik. tiap kali bersama,ajukan saja permintaan dari hati,pasti ditunaikan oleh zarul. dari beg tangan indah,kasut berkilauan,makanan dari restoran mewah,semuanya boleh dinikmati berbekalkan modal air liur saja. zarul tidak kisah berhabisan duit untuk si jantung hati,tapi setiap pelaburan pasti kita mau keuntungannya,jadi niat di dalam hati tiada siapa yang tau.
"u mesti bertanggungjawab zarul!!"
"bertanggungjawab apa pulak ni??dah pegi mandi,pakai baju,then i anta u balik,nanti bising pulak housemate u kat kolej tengok u tak balik2"
di dalam bilik air hotel serba mewah itu, tasha tidak rasa walau sekelumit ketenangan,hanya tangisan dan tangisan yang memenuhi ruang bilik air itu. Buntu. tasha buntu memikirkan akan nasib dirinya,apa yang harus dijawab pada kedua ibubapanya?tasha membasuh muka,diamati wajahnya pada cermin besar,terasa hendak saja dihantukkan wajahnya pada cermin itu,agar berakhir semua penderitaannya. di tepi kepala paip,terlihat gunting yang separa besar, dari mana datangnya senjata tajam itu langsung tidak diketahui.
tasha mengenggam gunting itu. dibeleknya gunting itu penuh minat,genggaman makin kuat. pintu bilik air dibuka,tasha menghampiri zarul dari belakang. saat zarul berpaling,gunting itu sudah selamat berada di perut zarul. darah memancut keluar,zarul merengus kesakitan. zarul kini terbaring dan tasha terkejut akan tindakannya. tasha duduk penuh sesalan,tidak terjangkau oleh akalnya akan apa yang baru berlaku tadi. tasha mula ketakutan,darah zarul membuak-buak keluar dari lubang hasil tusukan padu gunting yang digenggam oleh tasha tadi. kini semua sudah terlambat,segala-galanya telah punah ranah. tasha tidak keruan,apa nasibnya selepas ini.
apa tasha bersalah dalam hal ini?
p/s:selamat berpraktikal kepada kawan2 yang dah start praktikal..:D

"ok malam ni,set"
hanya pendek balasan mesej dari aku. menandakan aku tidak bersungguh untuk menjadikan pertemuan pada malam ini menjadi realiti. aku tidak percaya pertemuan yang dirancang pada malam ini akan menjernihkan kembali suasana,malah mungkin keadaan akan menjadi bertambah buruk. mungkin pelbagai pekung yang selama ini tersimpan rapi di dalam dada bakal terbuka. aku duduk berbaring sambil memandang sayu barisan jersi yang tergantung di dalam gerobok aku. jauh fikiran aku menerawang samada pilihan yang tepatkah untuk aku pergi menemui gadis berjilbab pada malam ini?
sesudah selesai mengerjakan solat maghrib,aku kini bersiap-siap untuk berhadapan dengan gadis berjilbab. sehelai jersi disarung bersama seluar jeans hitam,rambut seperti biasa disikat ke tepi. wangian tanpa alkohol disapu di pergelangan tangan dan belakang telinga menandakan aku kini bersedia untuk pergi bertemu seseorang yang dulunya sangat istimewa di dalam hati ini.
"sy dah sampai"
ringkas mesej dari aku untuk gadis berjilbab. saje aku memilih kedai makan yang agak jauh demi menjaga privasi kami berdua. aku sedar,perkara yang nak dibincangkan nanti agak serius,jadi perlu tempat yang tidak ramai orang,agar tidak menganggu orang lain.
"awk tunggu sekejap,kejap lagi sy sampai"
gadi berjilbab membalas. sudah menjadi kebiasaan perempuan akan mengambil masa yang lebih lama untuk bersiap jika dibandingkan dengan lelaki,walhal untuk pertemuan pada malam ini,tidak perlu bersolek bagai,cukup sekadar bersiap ala kadar. sambil menunggu kedatangan gadis berjilbab,aku sempat membuat pesanan makanan. seperti biasa,aku order hidangan kegemaran aku. sambil menunggu hidangan sampai,terimbau kembali kenangan kali terakhir aku duduk makan bersama dengan gadis berjilbab. pada ketika itu,beliau masih malu-malu dengan aku. cukup tertib dia ketika itu,ciri-ciri gadis melayu masih menebal pada dirinya. tidak menghairankan jika ramai lelaki yang tertarik padanya,bukan hanya pada kecantikan wajahnya sahaja,tapi kecantikan budi pekerti itu yang sebenarnya membuatkan ramai lelaki menaruh hati padanya.
"Assalamualaikum,blh duduk?"sapa gadis berjilbab.
"Waalaikumussalam,ha sila2"aku terkejut dengan gadis berjilbab yang tiba-tiba muncul di hadapanku.
"da lama awk tunggu?"
"baru je lagi,awk datang sorang je?"
"yup,housemate saya yang lain keluar"
"owh ok,awk order la makanan,sy tak order untuk awk tadi,sowi"
"eh tak pe la,sy pon nak minum je ni,petang tadi da makan da"
makanan yang di order tadi sudah pon sampai. aku mempelawa gadis berjilbab untuk berkongsi makanan itu dengan aku,tapi dia menolak dengan baik. ketika aku sedang menikmati makanan di restoran yang berkonsepkan ala thai itu,gadis berjilbab memulakan bicara yang lebih serius.
"awk nampak kejadian depan kelas ari tu?"
"yup,sy nampak,bukan setakat sy,chee boong pon nampak,so ada explaination?"
"ok,ni penjelasan dari sy,sy nak awk dengar betul-betul apa yang sy nak cakap ni,sy tak nak lepas ni,awk akan terus salah faham dengan sy"
"ok,boleh mulakan"
"lelaki yang awk nampak ari tu bf sy"
"heh bf,hahaha so selama ni awk ada bf la?"
"yup,memang sy ada bf"
"nape awk tak pernah bgtau sy?"
"la awk,sy tak nak la heboh2,lagipun bf je pon,bukannya tunang ke,suami ke"
"sampai hati awk kn tak bgtau sy pasal benda ni,awk langsung tak fikir pasal perasaan orang lain kan,sampai hati"
"perasaan orang lain?perasaan apa pulak ni awk?"
perasaan sy pada awk.."
Bersambung...
p/s:cerpen c.l.i.c.k,nantikan..
aku duduk bersandar di sofa empuk pembelian ibuku beberapa tahun dulu. di hadapan aku ada satu kotak televisyen dari zaman 70an. aku memandang dengan penuh hairan. dari mana datangnya benda old school ni. tidak mungkin benda ini datang sendiri,pasti ada orang yg meletakkannya.
di bahagian kanan ada beberapa butang kecil. aku mencari-cari remote televisyen ini. arghh ini keje giler, televisyen pada zaman itu mana ada remote lagi. aku memulas butang paling besar pada televisyen itu dan ia dihidupkan. hanya terdengar bunyi bising pada awalnya,sebelum perlahan-lahan keluar gambar di skrinnya. aku aneh melihat gambar yang keluar itu berwarna, dan bertambah aneh bila melihat gambar aku yang terpampang.
aku semakin pelik,terasa ada sesuatu yang tidak kena atau aku sedang bermimpi. tidak,aku yakin aku tidak bermimpi,bau kari hasil dari makan tengah hari tadi masih kuat melekat di telapak tangan kananku. aku memerhati penuh minat pada skrin televisyen itu. itu adalah paparan kehidupan aku semasa aku berusia 2 tahun. terlihat aku sedang dimandikan oleh ibuku. hingus mengalir deras tanpa disedari. ibu mengesat hingus tersebut sambil mencebok segayung air lalu dijiruskan ke badan aku. aku menggigil kesejukan. aku tersengih melihat gelagat aku ketika itu. serba serbi aku harapkan ibu aku,hatta mandi pon.
paparan di skrin televisyen terus berjalan. kini aku memakai seragam kotak2 tadika kemas. rambut disisir rapi ke tepi. ini di zaman aku berusia 5 tahun. aku duduk di dalam kelas. sudah tiba masa untuk pulang,tapi ada halangan besar perlu dilepasi terlebih dahulu. rakan2 berlumba-lumba mengangkat tangan utk menjawab teka-teki. aku seperti biasa tidak mengangkat tangan. bila pelajar sudah berkurangan,seperti biasa,aku cabut lari dari kelas. ketawa berdekah-dekah melihat telatah aku ketika itu. sampai ke hari ini,aku tak boleh blah jawab teka-teki.
paparan diteruskan lagi. kini aku sudah berada di sekolah rendah. dengan songkok di kepala,aku menuju ke kantin dengan berbekalkan duit belanja sebanyak satu ringgit. pada ketika itu,ada duit belanja sebanyak satu ringgit sudah dikira mewah,jauh bezanya dengan hari ini. aku berbaris panjang untuk membeli makanan. dari jauh,aku sudah nampak nasi ayam tersusun kemas di dalam pinggan. nasi ayam di kantin sekolah ini memang sedap,sampaikan aku kena turun lebih awal ke kantin jika berhajat untuk membelinya. aku tersengih melihat betapa kusyuknya aku menikmati nasi ayam yang dibeli itu,dan aku terpikir,mungkin inilah sebabnya sehingga ke hari ni nasi ayam sentiasa menjadi pilihan pertama aku bila mencari makanan tika waktu tengah hari.
paparan di televisyen bergerak laju. aku kini berada di sekolah menengah. muka yang sebelumnya suci bersih kini sudah mula dihinggapi parasit jerawat. di sekolah ketika itu, budaya hip hop mula mengganas. sapa yang tak kenal malique ngan joe flizzow memang tak ikut peredaran betul time tu.banyak group hip hop yang tumbuh time tu. mizz nina pon tengah selenge lagi kat teh tarik crew. member2 aku yang jiwang2 layan exist time tu. habis sume lagu exist di hafalnya,sanggup bli kaset original sebab nak dapat lirik lagu. member2 laen yang bajet omputih layan linkin park time tu. sapa yang tak tau lagu "in the end" time tu ye dak?
paparan diteruskan dengan aku kini sudah selesai menjawab paper SPM aku. ada cuti yang panjang di hadapan aku. aku mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah kedai handset kepunyaan tokey cina. tapi,banyak yang dipelajari sepanjang tempoh aku disana,terutama mengenai sifat manusia. sifat manusia ini ada macam2,dan kita takkan mampu untuk memahami kesemuanya. bekerja di kedai ini juga membuatkan aku lebih faham bagaimana cara kaum cina menjalankan business,patut la mereka jauh meninggalkan kita. korg rasa ada tak kedai handset melayu yang bukak pukul 8 pagi??
suara di televisyen kian perlahan. owh kini rupanya aku sedang duduk di tepi pantai hadapan uitm dungun. aku berada di sini kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. buat pertama kali aku keluar dari negeri kelahiran aku dan duduk berjauhan dengan kedua ibubapa tercinta. duduk di negeri orang,memahami cara hidup dan budaya yang berbeza, bergaul dengan rakan2 dari seluruh negara, membuatkan aku lebih matang. aku tersengih bila melihat seorang lecturer memuji aku kerana dapat markah highest utk kuiz, satu memori yang sangat aku rindu sehingga ke hari ini.
tiba-tiba,suara di televisyen agak kuat. owh rupanya itu bunyi hiruk pikuk di hari pendaftaran student degree di uitm puncak alam. macam2 kerenah,aku mengusung laggage sambil menaiki lif utk ke kolej kediaman aku. duduk di kolej yang ala2 apartment ni memang seronok. satu rumah ada 4 bilik,lengkap dengan internet. internet yang tanpa had ni la menyebabkan aku belajar apa itu on9 sampai lebam.tapi langit tak selalunya cerah,aku hanya berada satu semester di kolej sebelum aku ditendang keluar untuk menginap di rumah sewa pulak.
kini suara di televisyen perlahan. terdengar bunyi ayam berkokok. owh suasana di pagi hari. agak aneh visual aku di televisyen ketika ini. aku cuba memahami apa yang sedang berlaku. owh rupanya aku sudah pon tamatkan pengajian di uni dan kini sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja. enjin kereta dihidupkan,dan aku duduk di tempat duduk pemandu. 5 minit kemudian, kereta aku sudah meluncur menuju ke tempat kerja. sampai di tempat kerja,aku menerima mesej dari si isteri. ketika baru hendak membaca mesej itu,tiba2 televisyen terpadam. tiada lagi visual,hanya gelap gelita. aku menepuk nepuk televisyen itu beberapa kali,tapi masih tidak berhasil.
"Dem,aku tak sempat nak tengok sape yang jadi isteri aku!!"
p/s:da ramai yg stat panggil aku retis,aku bukan retiss la wei,aku blogger.
Subscribe to:
Posts (Atom)





