Assalamualaikum semua, yeah lama sungguh tak buat review buku, dan sebenarnya aku agak berdebar untuk menulis review kali ini. Ini kerana, aku bakal menulis review sebuah buku yang memuatkan tulisan-tulisan daripada sifu-sifu aku. Majoriti daripada penulis yang terlibat di dalam projek buku IRise ni adalah antara mereka-mereka yang sangat aku kagumi di dalam bidang penulisan, baik penulis cerpen atau penulis puisi. Buku IWeep ini sebenarnya buku kedua daripada projek buku bersiri IRise. Buku pertama ialah IFall yang tidak kurang hebatnya. Aku difahamkan, IRise ini bertemakan Kebangkitan Semula dari Perhubungan Yang Gagal. Jadi, ia sebenarnya membawa pembaca menyelami tentang fasa-fasa yang dilalui oleh seseorang pabila perhubungan yang tercipta terputus di tengah jalan. Dan, antaranya fasa yang terdapat ketika kita melalui detik-detik perpisahan ialah menangis. Dan buku ini berjaya menyelusuri fasa itu dengan baik sekali.
Cerpen yang menjadi kegemaran aku di dalam buku ini ialah hasil tulisan brader Sake yang bertajuk "Lelaki Yang Tidak Pernah Putus Cinta". Mungkin, membaca sesuatu yang pernah kita alami akan buatkan kita merasai apa perasaan penulis.
p/s : tengah draft novel kedua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 coretan ikhlas:
Post a Comment