Aku
mengikut Ikram ke rumah sewanya yang terletak di Seksyen 6, Shah Alam. Dia
hanya tinggal sendirian di flat usang ini. Flat yang menyeramkan. Flat ini
tidak terurus dan kelihatan sudah lama tidak dibaik pulih. Lampu di tangga
banyak yang tidak menyala. Pemegang di tangga sudah berkarat, sampah sarap
bertebaran di tangga. Aku kurang selesa dengan keadaan ini, tetapi aku harus
tumpang bermalam di rumah Ikram malam ini. Dan aku lebih seram bila Liza turut
mengikut kami ke dalam rumah.
“Minah ni memang duduk sekali dengan Ikram
ke?” aku musykil dan sedikit gusar. Aku gusar jika aku tidak mampu menahan
nafsu pada malam ini, maklumlah bila sudah duduk serumah ni, macam-macam boleh
jadi.
“Sayang, pergi la mandi dulu, ambil towel
dalam bilik tu” Ikram bersuara. Liza hanya menurut sahaja dan masuk ke bilik
Ikram lalu menutup pintu. Aku memandang kearah Ikram.
“Bro, Liza ni memang duduk sini ke?” aku
bertanya bagi merungkai segala pertanyaan.
“Tak la, cuma dia tidur sini malam ni,
sebab esok dia takde kelas, so dia nak lepak sini malam ni,hehehe” macam ada
nada gatal dalam gelak si Ikram.
“Owh belajar lagi, aku ingatkan dia dah
keje” aku membalas.
“Tak la, belajar lagi, ko jangan
kecoh-kecoh pulak, rileks sudah, hehehe” Ikram cuba mengingatkan aku agar
perkara ini tidak bocor.
“Hah ko jangan risau ar, itu hal ko, aku
tak campur”
Liza
keluar dari bilik dengan hanya bertowel pendek berwarna putih. Mata aku terus
sahaja melekat kearahnya. Dia memang cantik, dan badan dia menggiurkan.
Kulitnya yang putih melepak seakan memanggil-manggil lelaki yang berada di
hadapannya. Shit. Iman aku diuji.
Hey sexy lady
I like your flow
Your body bangin
Out of controoool…
Liza
terus sahaja masuk ke bilik air. Keadaan kembali normal diantara aku dan Ikram.
“Ko nak tidur dekat luar ke dalam bilik?”
Ikram bertanya.
“Dalam bilik la, aku nak privasi” aku
membalas.
“Butoh ko privasi, hahaha wei esok macamana
ni? Apa plan ko?”
“Ko hantar aku ke stesen bas esok boleh?
Aku nak balik rumah”
“Takde hal, boleh je, lagipun esok memang
nak keluar jugak, nak kena hantar si Liza tu”
Aku menyusun barang di dalam bilik. Bilik ini
sedikit berhapak, mungkin sudah lama tidak digunakan. Aku berbaring sambil
memikirkan apa langkah seterusnya untuk aku. aku sudah habis belajar dan aku
tanpa haluan. Aku tiada hala tuju. Aku perlu bekerja, tetapi di mana harus aku
bekerja? Berbekalkan degree yang tidak seberapa, majikan mana yang sudi untuk
menggajikan orang seperti aku?
Aku dikejutkan dengan bunyi pintu bilik air
yang dibuka. Liza sudah selesai mandi. Aku memerhatikan sahaja anak gadis ini
yang hanya bertowel pendek keluar dari bilik air. Aku nampak dengan jelas peha
putihnya itu, sehingga menaikkan adrenalin di dalam badan aku.
“Pehal pandang-pandang, tak pernah tengok
ke?” Liza marah-marah tatkala perasan yang aku memerhatikan tubuh badannya. Aku
tidak menjawab, sebaliknya aku mengangkat jari tengah kepadanya. Dia mencebik
lalu terus masuk ke bilik Ikram. Pintu bilik dihempas dengan kuat. Mungkin dia
marah kerana aku menunjukkan jari tengah kepadanya. Biarkan.
Aku duduk bersandar di dalam bilik
berseorangan. Aku memandang siling bilik. Kosong. Tiada kipas angin. Tiba-tiba,
aku dikejutkan dengan bunyi yang datangnya dari bilik sebelah. Kesunyian malam
membenarkan aku mendengar dengan jelas apa yang sedang berlaku di bilik
sebelah. Ada suara yang sedang mengerang kesedapan dan ada suara yang sedang
puas.
Aku mula berbaring sambil bunyi dari bilik
sebelah semakin kuat menganggu aku. perlahan-lahan aku memejamkan mata sambil
bermonolog sendirian di dalam hati.
“Untunglar la ko Ikram”
Pagi tepat jam 10, pintu bilik diketuk oleh
Ikram. Aku tersedar dan bingkas bangun.
“Bro, bangun la, pergi mandi pulak, kejap
lagi aku nak hantar ko, lepas tu nak bawak si Liza ni pergi shopping” Ikram
memberitahu rancangannya.
“Owh ok kejap-kejap, perghh macam meriah je
semalam bro, hahaha” aku mengusik Ikram yang nampak gembira semacam pagi ini.
Mungkin tak terkata nikmatnya malam semalam.
“Hahaha, biasa ar bro, nikmat woo, ko bila
lagi nak rasa macam ni? Hahaha”
“Hahaha, ko takde ajak aku pon semalam, aku
tunggu je,hahaha”
“Hahaha, siot ko, takkan aku nak ajak ko
sekali giler”
“Amboi, makan sorang nampak, hahaha”
“Hahaha,dah-dah, pergi mandi cepat, Liza dah bersiap
tu, kang bising pulak dia kalau ko lambat”
Selesai bersiap, aku terus turun ke bawah.
Ikram dan Liza sudah menanti di dalam kereta. Cepat betul dieorang bangun. It’s
a awkward moment. Hari minggu dan pukul 10 lebih, aku sudah bersiap untuk
pulang ke kampung.
“Bro, ko nak makan dulu?” Ikram di kerusi
hadapan bersuara. Aku di kerusi belakang cuma menggelengkan kepala. Liza di
kerusi hadapan juga tidak bersuara. Suasana senyap seketika. Mungkin semua
masih mengantuk. Sedang aku mengelamun sendirian di belakang, lagu Fallen
Leaves nyanyian Billy Talent terngiang-ngiang di telinga aku.
I hitched a
ride
Until the
coast
To leave
behind
All of my
ghosts
Searching for
something
I couldn’t
find at home
Can’t get no
job
Can you spare
a dime?
Just one more
hit
And I’ll be
fine
I swear to
God
This be my
one last time!!
In a crooked
little town
They were
lost and never found
Fallen
leaves, fallen leaves, fallen leaves..On the ground
Run away
before you drown
Or the
streets will beat you down
Fallen
leaves, fallen leaves, fallen leaves..on the ground
Kereta Myvi Ikram sedang mengharung kesesakan
jalan raya menuju ke stesen bas Pekeliling. Jalan jem teruk. Hari minggu, jadi
aku tidak hairan. Aku benci jalan raya yang sesak. Aku tidak faham, bagaimana
orang Kuala Lumpur boleh tahan dengan masalah ini. Apa dieorang memang ultra
sabar atau aku yang kurang sabar?
Kereta langsung tidak bergerak. Kami
terperangkap di dalam kesesakan. Ikram menyalakan rokok dan Liza mula tarik
muka. Aku masih steady di kerusi belakang.
Kami semua sampai di stesen bas Pekeliling
tepat jam 12.15 tengah hari. Suasana di stesen bas agak sesak, memandangkan
hari ini hari minggu. Kemudahan yang tersedia di sini agak menyedihkan, tiada
tempat menunggu bas yang selesa serta berhawa dingin seperti yang terdapat di
TBS. Keadaan di stesen bas ini tidak mencerminkan negara kita sedang menuju
kearah menjadi negara maju. Ini membuatkan aku terfikir, apa dosa rakyat Pahang
sehinggakan kerajaan memandang sebelah mata stesen bas yang menempatkan
perjalanan ke Pahang sedangkan kerajaan kini diketuai oleh seseorang yang berasal
dari negeri Pahang?. Aku tiada jawapannya. Mungkin rakyat Pahang tidak pandai
untuk meminta-minta.
Aku membeli tiket untuk perjalanan ke Raub.
Bas akan bergerak kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Ada kira-kira 10 minit
lagi. Ikram mahu lekas pulang dan tidak mahu menunggu aku naik bas terlebih
dahulu. Aku syak Liza yang menghasutnya. Bimbo ni memang nak kena dengan aku. Dia
dah pisahkan aku dengan sepupuku yang paling rapat. Ikram berlalu pergi di
celah-celah manusia yang setia menunggu bas. Liza mengekornya di belakang.
Sedang dia berjalan, dia sempat berpaling kearah aku. aku mengenyitkan mata
kepadanya. Dia terkejut, spontan dia menjelirkan lidahnya kepada aku. Siot.
Aku beratur untuk menaiki bas. Ada barisan
panjang di hadapan aku. Cuma aku terperanjat melihat orang-orang yang beratur
di hadapan aku. Ada 4 orang Cina, 3 orang India, 6 orang Indonesia dan 9 orang
Bangladesh. Mana Melayu?? Aku sorang sahaja Melayu yang berbaris untuk menaiki
bas ini. Celaka, Raub ni dah tak ada Melayu ke apa?
p/s: sabar menantikan kelahiran novel Kenangan di Puncak
6 coretan ikhlas:
huk aloh
suka watak aku tuh....Liza liza apa nak jadi...ahahha btw the story just like current issues...
part 3 plz comes.. :)
anon..hihihi
eja..hehehe,itulah realitinya..
she..hehehe,sabo2
Post a Comment