Ada
masa, perkara susah itu datang terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan perkara
senang. Ada juga masa dan detik, perkara
senang itu datang dahulu dan disusuli pula dengan perkara susah. Ikut nasib dan apa yang telah ditetapkan oleh
sang pencipta.
Hari ini Peter AL Hamra dan Wan Yakudi
bakal menempuh benda yang sama tetapi situasinya sedikit berbeza iaitu
interview. Kebetulan, Peter AL Hamra dan
Wan Yakudi ditakdirkan untuk mendapat panggilan interview di hari yang
sama. Sudahlah sama kelas di universiti
dahulu, menginap di rumah sewa yang sama, dan lebih menarik bergraduasi pun
duduk sebelah-sebelah, kini interview pun di hari yang sama. Mujur mereka mendapat panggilan interview di
dua tempat yang berbeza, kalau tidak mungkin mereka akan menjadi rakan
sekerja.
Peter AL Hamra akan menghadiri panggilan
interview di sebuah syarikat berstatus swasta manakala Wan Yakudi pula bakal
menghadapi interview di sebuah jabatan kerajaan. Besar perbezaan dia bila sebut swasta dan
kerajaan ni. Bermula daripada panggilan
interview itu sendiri kita sudah boleh lihat perbezaan. Seperti yang kita semua sedia maklum, hendak
mendapat panggilan interview dari jabatan kerajaan itu sendiri sudah seperti
menunggu bulan jatuh ke riba. Tahun 2014
ini, ada kira-kira seratus ribu peluang pekerjaan disediakan oleh SPA, iaitu
sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus kemasukan kakitangan
awam.
Jadi, Peter sedikit iri hati melihatkan Wan
Yakudi yang mendapat panggilan interview untuk bekerja di jabatan kerajaan yang
kita semua tahu cukup mewah dengan pelbagai jenis elaun, kemudahan dan
pengecualian pembayaran pelbagai benda. Itu
belum termasuk kemudahan untuk membuat pinjaman bank. Peter melihat kepada dirinya yang hanya
mendapat panggilan interview di sebuah syarikat swasta yang semua orang tahu
amat senang untuk didapati.
Peter membawa segala sijil yang dia ada,
begitu juga dengan Wan Yakudi. Peter
membawa segala ilmu pengetahuan yang dia tahu berkaitan dengan syarikat swasta
ini, begitu juga dengan Wan Yakudi, Cuma Wan Yakudi lebih kepada menghafal
segala nama menteri-menteri kabinet yang tidak ramai orang muda hafal. Itu baru sebut nama menteri, belum lagi sebut
kawasan parlimen yang diwakili oleh menteri-menteri tersebut, lagi la ramai orang
tidak tahu.
Interview sudah bermula, Peter dan Wan
Yakudi cuba menyembunyikan perasaan gementar di dalam tutur bicara
masing-masing. Mereka berdua cuba
“menjual” diri mereka sebaik mungkin dengan harapan para penemuduga berpuas
hati dan merasakan mereka berdua ini layak diberikan tempat sekaligus menepikan
calon-calon lain. Peter cuba menerangkan
akan dirinya begitu, begini dan bersikap begitu dan begini. Peter berusaha menonjolkan sisi baik
kehidupannya manakala sisi gelap kehidupannya cuba ditenggelamkan jauh ke dasar
seperti kisahnya yang pernah gagal satu subjek di universiti dahulu. Begitu juga dengan Wan Yakudi, beliau cuba
mengaitkan dirinya dengan segala perkataan baik-baik dan yang membawa maksud
positif sedangkan di dunia reality, semua orang tau dia seorang yang pemalas,
membesar dengan meniru dan lebih padu, suka menggunakan agama untuk menawan
hati wanita.
Akhirnya, sesi interview sudah tamat, maka
pulanglah kedua mereka dengan harapan yang menggunung agar dapat diterima
bekerja sekaligus menamatkan status penganggur terhormat yang dipegang rapi
selama ini. Kadang-kadang, Peter berasa
pelik dengan kehidupan. Setiap masa,
kita sentiasa sahaja berada di dalam perlumbaan. Kita sentiasa ingin berlumba dan bersaing
dengan orang di sekeliling kita. Kita
berlumba siapa yang lebih cerdik, kita berlumba siapa dapat kerja dahulu, kita
berlumba siapa ada harta yang banyak dan lebih parah, kita berlumba siapa
bertemu jodoh dahulu.
Selepas berminggu menanti, akhirnya ada
berita baik menjengah kehidupan Peter AL Hamra dan Wan Yakudi. Kedua-duanya berjaya di dalam interview
sebelum ini dan akan dipanggil bekerja tidak lama lagi. Girangnya bukan main lagi, kerana sedikit
sebanyak apa yang dihajatkan semasa menyambung pelajaran dahulu sudah tercapai. Boleh dikatakan kitaran hidup seseorang itu
sudah hampir lengkap apabila berjaya mendapat pekerjaan walaupun status
pekerjaan itu boleh berbeza-beza samada pekerjaan idaman atau sekadar pekerjaan
untuk mencari pengalaman terlebih dahulu.
Peter akan memulakan tugas di sebuah
syarikat swasta dan selayaknya digelar kakitangan swasta manakala Wan Yakudi
akan bekerja di sebuah jabatan kerajaan dan seharusnya digelar kakitangan
awam. Wan Yakudi tersengih mengenangkan
pelbagai elaun yang bakal dinikmati oleh beliau yang tidak diterima oleh
Peter. Manakala, Peter kembali tersengih
memikirkan jumlah bonus yang bakal diterima jika berupaya menunjukkan mutu
kerja yang cemerlang manakala Wan Yakudi mencebik mengenangkan jumlah bonus
yang bakal diberitahu oleh Menteri Kewangan, biasanya pada bulan Oktober.
Genap sebulan bekerja, Peter semakin
tertekan dengan kerjanya. Muka semakin
berkeruh, tiap-tiap hari mengeluh dan mula kerap pulang lewat kerana bebanan
kerja yang banyak. Wan Yakudi pula
semakin seronok dengan kerjanya. Banyak
masa terluang yang dinikmati oleh Wan Yakudi, boleh keluar minum dalam tempoh
yang lama dan jika mahu, keluar minum petang pun boleh. Hasilnya, Wan Yakudi mengalami pertambahan
berat badan yang merupakan satu indikasi kepada betapa tidak tertekannya Wan
Yakudi menghadapi dunia pekerjaan di sektor awam.
Wan
Yakudi : Peter, amacam kerja, ok ke tak?
Peter
: Stress dow, banyak giler kerja, aku macam dah tak tahan je ni.
Wan
Yakudi : Arghh rileks ar Peter, kerja aku rileks giler, bukannya ada kerja
sangat, kejap-kejap keluar mengulor, hahaha.
Peter
: Syoknya, aku ni apatah lagi nak mengulor, nak balik on-time pun tak sempat
kalau kau nak tau.
Wan
Yakudi : Itulah kau, kerja lagi swasta, tengok macam aku, kerja kerajaan, kan
rileks je, hahaha. Kerja kerajaan ni
boleh la kau ibaratkan macam, susah dahulu, senang kemudian. Nak mendapatkannya tu memang susah, tapi
sekali dapat tu, memang senanglah hidup kau, hahaha. Macam kau kerja swasta, nak dapat tu memang
senang, tapi bila dah dapat tu, haa nanti kau rasa la susah dia macamana. Apa kau cakap tadi, selalu balik lambat? Kah
kah kah.
Peter
: %^&*%*%*%@#
1 coretan ikhlas - Add Yours
Top 100 Casinos Near Harrisburg - MapyRO
Harrah's Philadelphia Casino and Racetrack features 전라남도 출장안마 3,500 slot machines and 200 고양 출장샵 table games and has a number of 의정부 출장마사지 slot machines and 계룡 출장안마 video 전라북도 출장샵 poker games.
Post a Comment