C.l.i.c.k : Batu dan Matahari

cover click

“b, speedlite ni da pasang da,da boleh buat shoot da”

Terdengar jelas suara manis Dyan memecah ruang sunyi tapak photoshoot pada petang yang sudah mula beransur malam ini. Dyan, gadis tinggi lampai, sudah lama berpacaran dengan Ijoy, sentiasa hadir menemani tatkala Ijoy mahu mencampak keluar ideanya untuk dijadikan realiti. Setahun yang lepas, di malam kelahiran Dyan, Ijoy hadir di muka pintu sambil membawa kek harijadi yang terselit sekeping gambar Dyan yang dieditnya dengan penuh kasih sayang. Dyan sendiri tidak menyedari akan kewujudan gambar itu, yang diambil secara curi-curi oleh Ijoy ketika jamuan kelas,lama dulu. Dan bersaksikan bulan, Dyan jatuh hati melihat seorang lelaki yang perwatakannya keras boleh membuat perkara comel hanya untuk memenangi hatinya,dan dari saat itu, mereka mengikat janji untuk bersama.

“Fizo,kau shoot dulu la,nak test setting speedlite ni da ok ke belom”

“eh nape pulak aku Ijoy,ko suruh la Dyan dulu,dia susah payah setting speedlite tu,aku jap-jap lagi pon boleh”

“ha syg pegi posing,b nak try shoot ni”

“yeay!!!”

Ketika Dyan sedang galak posing, Hariz memerhati sekeliling tapak photoshoot mereka. Tempat itu sunyi, jauh dari rumah orang, hanya ada mereka berempat yang membuat huru hara ketika itu. Seingat Hariz, belum ada photographer yang menjadikan lokasi ini sebagai tempat untuk memacakkan tripod mereka. Samada mereka terlepas pandang atau tidak yakin tempat ini mampu memberikan latar yang cukup indah, hanya mereka yang ketahui. Pemilihan tempat ini bukti jelas akan sentuhan magis dari Ijoy.

“Hariz,ko nak amek gambar yang macam mana?”

“dia tu minat gambar awan je,hahahaha” Fizo menyampuk.

“hahaha,gambar awan lain kali pulak,aku plan nak amek gambar sunset hari ni”jawab Hariz.

Entah mengapa sunset menjadi obsesi pada Hariz lewat ini. Sunset kuat mencengkam jiwa Hariz untuk sama-sama meneroka akan keindahannya yang belum ramai orang sedari. Sunset ini unik, unik kerana tiap-hari ia akan memunculkan diri,tapi tiap kali muncul, ia tidak pernah serupa. Hariz masih ingat akan pesanan seorang photographer dari negeri bawah bayu yang dikenalinya melalui medium blog.

“jangan pernah berhenti amek gambar sunset,kalau ada port lagi bagus,kerana gambar sunset tidak akan pernah sama”

Ya memang benar, sunset tidak akan pernah sama, yang muncul hari esok tidak sama dengan yang bakal meninggalkan kita pada hari ini, juga berbeza dengan yang sudah hilang ditelan pekat malam semalam.

“sambil tunggu sunset,mai amek gambar dekat batu dulu,ko kan terer posing,hahaha”Ijoy memanggil Hariz untuk menyertai Dyan yang sudah berpuas hati dengan gambar yang diperolehinya hari ini.

“ha boleh-boleh,kebetulan aku bawak spek hari ni, baru ada style”

Hariz memakai kacamata rayban yang baru dibelinya itu. Segak,walaupun sedikit senget. Hariz memang jarang memakai kacamata. Seingatnya, kali terakhir dia memakai kacamata adalah semasa bersekolah rendah dulu. Itupun, spek mata kanak-kanak.

“ok,terbaik ar”

Hanya itu yang terpacul dari mulut Ijoy tatkala melihat gambar Hariz. Ya memang ada style. Semua mula mengerumuni Ijoy dan kameranya untuk melihat dengan lebih dekat hasil tangkapan Ijoy, bukan menangkap ikan tetapi menangkap gambar. Gambar yang diambil dengan setting ISO sebanyak 100, bukaan aperture 5.6 dan kepantasan shutter 1/125 sec itu mendapat pujian. Hasil sentuhan ajaib dari Ijoy dan jugak posing hebat dari Hariz.

“ha da ada DP baru da si Hariz ni” Dyan cuba mengusik, mungkin sedikit jeles dengan gambar yang dimiliki oleh Hariz itu.

“hehehe”Hariz hanya ketawa sinis. Dia tau,itu bukanlah gambar yang paling diingininya pada petang yang hening itu. Dia percaya,ada sesuatu yang lebih besar menantinya selepas ini, sesuatu yang mengingatkan beliau kepada seseorang. orang yang selalu ada di hatinya, setapak kakinya melangkah, dua langkah ingatannya pada insan istimewa itu.

“saya suka tengok awan”

“saya pulak suka tengok sunset”

Itu dialog diantara mereka satu ketika dulu. Kedua-duanya saling mengagumi ciptaan Allah s.w.t yang berada di langit biru. Di hari pertemuan mereka itu, cuaca sungguh baik. Hariz kusyuk melihat awan yang sungguh cantik pada petang itu. Hariz sempat mengambil beberapa keping gambar awan yang maha cantik itu menggunakan kameranya untuk diedit di malam hari. Saat itulah, si gadis datang menyapa dengan anggapan bahawa si Hariz adalah seorang photographer.

“kalau ko nak tau Ijoy,si Hariz ni minat gambar sunset sebab dia ni tengah angau,hahaha” Fizo lantang bersuara.

“la yeke,dengan sapa Fizo?”

“arghh memandai je korang, jom la get ready,sunset idaman aku da nak keluar da ni”

Mereka semua tersenyum melihat sunset yang perlahan-lahan menginjak masuk ke ruang langit. Terasa seperti berada di syurga melihat agungnya ciptaan tuhan. Ketika Hariz menghalakan lensa kamera pada pemandangan indah itu,dia sempat berbisik.

“gambar sunset ini untuk awak”

p/s: fasa perubahan dalam hidup aku,ke mana aku juga kurang pasti

C.l.i.c.k : Minat itu Timbul

cover click

yeahh!!! Itu perkataan yang terpacul dari mulut Hariz. Gembira rasanya melihat gambar yang baru sudah dieditnya. Hasilnya agak memuaskan, persis seperti gambar yang dilihatnya di dalam majalah Digital Camera keluaran bulan Julai. Majalah yang berharga RM9 itu banyak membantu memberi idea kepada Hariz di dalam mengambil gambar yang menarik kemudian diedit dengan penuh timbang rasa. Tapi, masih ada yang tak cukup pada gambar awan itu di mata Hariz. Masih kurang garam bak kata anak kepada chef tersohor negara yang baru-baru ini terpalit kontroversi menipu di dalam resumenya.

“perghh cantik gambar ko edit” sapa Fizo yang tiba-tiba muncul dari belakang Hariz.

“gambar ini belum sempurna bro, aku rasa ko pon tau tang mana gambar ni kurang,al-maklumlah kamera aku tak boleh shot format RAW”

“arghh shot format RAW ke,JPG ke,sama je bro,terpulang macamana ko edit” Fizo mengeluarkan hujahnya yang membisukan terus mulut Hariz.

Fikiran Hariz menerawang kepada apa yang terjadi 3 bulan lepas. Di hadapannya ada sebuah buku kecil yang digunakan untuk membuat kira-kira ringkas. Segala duit yang bakal diterima dan bakal dibelanjakan termasuk di dalam kira-kira ringkas itu. Hariz mencongak-congak sambil menjeling ke luar tingkap. Jauh pandangannya sambil memikirkan dengan terperinci butir-butir perbelanjaannya.

“terlalu berisiko untuk aku angkat DSLR,maunya makan pasir aku hujung sem nanti”

Hati Hariz membisikkan bencana yang bakal terjadi jika dia berkeras mahu membeli sebuah DSLR. Hariz tertunduk sayu mengenangkan DSLR yang semakin jauh dari jangkauan. Hariz mencapai majalah HWM di atas meja computer yang agak berhabuk. Satu persatu muka surat dibelek sehinggalah sampai ke bahagian kamera. Diperhati satu persatu gambar kamera yang terpampang,dari DSLR sehinggalah kamera kompak. Mata Hariz tertancap pada satu kamera powershot yang berharga hampir sama dengan gaji pokok seorang kerani lulusan SPM. Hariz meneliti dalam-dalam spesifikasi kamera tersebut.

“Boleh la ni sebagai permulaan”

DAPP!!!

Daun pintu ditutup kuat,mengejutkan Hariz dari lamunan. Fizo berdiri tegak di hadapannya sambil mengangkat kening sebelah kanan. Hariz faham benar akan isyarat itu, suruh bersiap untuk pergi makan sambil cuci-cuci mata melihat makwe orang. Baju putih bertulis “THE SIBLING” di bahagian dada disarungnya. Terbit semacam perasaan bangga tiap kali menyarung baju putih ini pabila mengenangkan corak yang terpampang di atasnya adalah hasil dari idea kreatif sendiri. Itu kerja beberapa tahun dulu, di saat Hariz menubuhkan sebuah group di facebook dengan aksara “THE SIBLING”, besar harapannya ketika itu untuk melihat rakan-rakannya yang punyai sifat berbeza,asal keturunan yang pelbagai dan tinggal di seluruh pelosok negara untuk bersatu hati umpama adik beradik,tapi itu cerita lama dulu, Hariz sedar impian itu terlalu besar untuk dijadikan realiti,di saat kita hidup berpuak-puak kini.

Tidak ramai orang di medan selera pada malam ini, mungkin mengenangkan hari ini hari minggu, makwe-makwe sekalian merasakan lebih afdal untuk mereka menghabiskan puluhan ringgit di Seoul Garden. Sambil melantak, boleh diambil gambar dengan sebelah tangan memegang chopstick,langsung diupload ke facebook dengan seribu kemegahan kerana mampu makan di tempat sebegitu. Gambar dengan jumlah like paling banyak mungkin bakal beroleh diskaun 10 peratus, barangkali.

“Hariz,jadi tak plan kita petang esok ni?”

“plan apa?”

“Ijoy ajak kita join dia amek gambar petang esok,jom ar join”

“kalau petang esok boleh je,kalau sempat aku nak try amek gambar sunset”

Ijoy memang sinonim dengan dunia fotografi Hariz dan Fizo. Ijoy ibarat mentor kepada dua orang protege ni . walaupun tidak pernah masuk tv seperti artis-artis lain yang pernah menjadi mentor di dalam rancangan Mentor terbitan TV3, tapi Hariz dan Fizo yakin akan kemampuan Ijoy dalam menurunkan ilmu dunia fotografi kepada mereka sekaligus melahirkan lejen baru di dalam dunia fotografi yang sebelum ini hanya tertumpu kepada KUKUBESI dan ANNASEASKAY semata-mata.

“Bro,aku tengok ko power edit,jom la lepak dengan aku,boleh tukar-tukar skills”

“alamak bro,aku edit gambar untuk suka-suka je,takde plan pon nak jadi pro”

Dialog beberapa bulan lepas melintas laju di benak Hariz. Saat itu, Ijoy masih belum benar-benar Hariz kenali, ada serba-sedikit yang Hariz tau dan selebihnya dari cakap-cakap orang. Ijoy antara pelajar yang terawal memiliki DSLR yang kini menjadi igauan ramai pelajar. Pada masa itu, upload gambar dengan model menyarung shawl di kepala sambil melentikkan badan belum menjadi trend lagi. Cuma yang betul-betul berbakat jadi model akan diberi peluang mengambil gambar sebegitu rupa,tapi kini sudah lain benar jadinya, semua sudah mampu bergelar model, samada syok sendiri atau tidak.

Ijoy suka memberi kritikan dengan cara pedas dan berasap. Itu yang disampaikan oleh teman-teman sekuliah Hariz. Pernah juga dulu sekali Hariz terdengar cerita yang Ijoy memberi komen yang agak kasar terhadap seorang siswi yang begitu naïf dalam ilmu fesyen. Ditegurnya dengan bahasa yang agak kasar melihat telatah si gadis memakai tudung, baju dan seluar dengan warna yang langsung tidak sepadan. Apa mau pergi ke kelas atau ingin menjadi badut di majlis hari jadi? Tapi Hariz yakin,teguran lantang dari Ijoy itu bukan berniat mahu memperkecilkan hati sesiapa, sebaliknya beliau ikhlas ingin melihat satu perubahan yang utuh dari gadis itu untuk kebaikan dirinya sendiri. Kritikan secara keras yang sering lancar dari mulut Ijoy itu bukanlah bermakna dia jahat, tapi mungkin itu adalah cerminan kepada dirinya yang berbintang virgo. Jauh di sudut hati Hariz, beliau tau benar akan kemampuan Ijoy dalam melahirkan idea-idea kreatif lagi mengancam tatkala lensa kamera dihalakan pada subjek, dan harapnya,idea itu mekar berbunga-bunga pada petang esok. InsyaAllah.

Bersambung.....

p/s: sudah cukup sudah,woo bez woo lagu ni

10 Hari Mencari Cinta #2

cover 10 hari

Selasa. Aku pergi ke sekolah seperti biasa tapi dengan semangat yang sedikit luar biasa. Masakan tidak, pelajar baru semalam telah berjaya memberi dorongan kepada aku untuk ke sekolah. Bas sekolah juga memberi respond yang baik dengan menjemput aku awal 5 minit pada pagi ini. Terima kasih abang driver bas. Sampai saja di kelas, hanya ada beberapa orang pelajar yang sudah sampai. Kesemuanya perempuan, hanya aku pelajar lelaki. Mereka semua sedang leka mentelaah pelajaran. Jangan kita pernah lupa bahawa waktu pagi masa yang paling afdal untuk mengulangkaji pelajaran. Tapi itu bagi mereka,aku masih lagi kuat berpegang kepada amalan,esok exam malam ini baru study. Itu cara aku.

Aku sedikit resah melihat pelajar baru itu belum sampai. Mungkin tersangkut di dalam kesesakan jalan raya. Mana mungkin, ini bandar kecil sahaja, kesesakan jalan raya itu satu benda yang agak asing, apatah lagi kalau disebut laluan bertol. Sudah 10 minit. Dia belum sampai. Aku hanya berdiri di belakang kelas sambil memandang sudut mata pelajaran yang hidupnya cukup segan tapi tidak pula mahu mati. Aku tidak ingat mata pelajaran apa yang aku perlu sediakan bahan untuk ditampal di belakang kelas, mungkin biologi. Arghh biarkan je la. Tiba-tiba, apa yang ditunggu kini menjelma. Pelajar baru itu tiba dengan menggalas beg di bahu, tangan kanan memegang buku teks biologi dan tangan kiri memegang satu botol air. Membawa botol air ke sekolah adalah satu fenomena biasa, aku juga bawa,tapi masih maintain macho. Ketika aku ingin memulakan langkah menegur pelajar baru ini, sudah ramai pelajar yang mula hadir ke sekolah. Potong betul. Malu la aku kalau nak tegur time camni. Mesti teruk aku kena bahan nanti. Nak tak nak, aku harus menunggu pada waktu rehat pula. Nama dia pon aku tak ingat. Ada dia sebut namanya semasa sesi memperkenalkan diri semalam,tapi aku ralit melihat wajahnya sehingga terlepas part dia memberitahu namanya. Celaka betul.

Kringgg!!!! Loceng yang tergantung di tepi pejabat berbunyi menandakan tiba masa untuk mengalas perut di kantin. Aku perhatikan si dia masih di tempat duduknya. Tidak berganjak. Aku dalam dilema. Nasi lemak telur memanggil-manggil aku. Apa harus aku pergi memenuhkan perut aku atau menggunakan peluang ini untuk mendekati si dia?aku sedikit keliru. Bahu aku ditepuk oleh Daus. Tidak sakit tapi mengejutkan aku dari lamunan.

“woit,mengelamun je kejenya”

Daus ni memang dikenali di sekolah ini. Sudah berapa ramai makwe yang berjaya dia tackle di sekolah ini. Ini semua berlandaskan kepada keberanian beliau di dalam berhadapan dengan makwe. Beliau cukup konfiden, takde langsung perasaan takut. Tahap keyakinan yang serba tinggi.

“aku tau ko minat dekat budak baru tu,pegi ar usha,sebelum budak kelas ujung usha”

“aku tengah tunggu masa yang sesuai,hehehe”

“masa yang sesuai kepala otak ko,aku bagi ko masa 10 hari untuk usha budak izah tu, kalau tak,aku sendiri yang usha nanti,ingat 10 hari je,start hari semalam”

“celaka!!!aku ada 8 hari je lagi,tapi aku sudah tau nama dia,izah”bisik aku di dalam hati.

Bersambung...

p/s:aku berhasrat untuk memilikinya,tapi aku belum mampu..

10 Hari Mencari Cinta #1

cover 10 hari

Hari ini hari isnin. Terasa malas hendak ke sekolah. Mengapa tidak saja diberi cuti 3 hari seminggu?arghh manusia,jika diberi 3 hari,nanti akan diminta 4 hari,diberi 4 hari,diminta pula 5 hari,manusia mana pernah puas,sentiasa meminta lebih. Kadang-kadang, meminta yang bukan-bukan. Usahanya sedikit,tapi mau ganjaran serba mewah.puii.

Mentari pagi ini bersinar terang. Kicau-kicau burung jelas kedengaran. Hari yang baik untuk mengadakan perhimpunan. Semua pelajar mula menuju ke-arah padang dengan hati yang berat,dan tidak lupa dengan muka yang sedikit boring. Yang perempuan berlenggang kangkung sambil membicarakan perihal konsert mentor malam semalam. Katanya suara Fiq tak sedap mana,hanya menumpang populariti Amy Search.

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Pahang dan lagu sekolah. Kemudian sedikit report daripada guru yang bertugas minggu lepas. Tiba giliran guru yang bertugas pada minggu ini pula memberi sedikit kata alu-aluan. Sebarang permasalahan boleh diajukan kepadanya. Tapi aku kurang pasti jika masalah kerja sekolah yang sering aku gagal siapkan boleh diajukan juga kepadanya.

Usai guru tersebut memberi ucapan, kini tiba kepada detik kemuncak perhimpunan ini. Tuan pengetua sudah bangun dari kerusi empuknya sambil memegang sebuah buku nota kecil. Di dalamnya tertulis isi-isi penting amanat yang bakal disampaikan kepada para pelajar yang dicintai sebentar lagi.

Tuan pengetua memulakan bicara dengan menegur tahap disiplin pelajar yang sedikit menurun. Sudah ramai pelajar lelaki yang berambut panjang dan menyisir rambut mereka dengan pelbagai fesyen yang boleh kita lihat di dalam majalah hiburan. Ini perlu diperbetulkan. Sekolah adalah tempat memupuk professionalism di dalam diri pelajar supaya apabila dewasa kelak,akan menjadi orang yang patuh kepada undang-undang. Itu apa yang tuan pengetua ucapkan, aku hanya mengangguk walaupun aku kurang bersetuju sebenarnya.

Selepas saja upacara spot check dijalankan, maka semua mula menuju ke kelas masing-masing. Aku tidak terkecuali. Sepanjang perjalanan ke kelas tadi, aku sempat singgah di sebuah pondok yang terletak di hadapan tandas. Situ memang jadi pot bagi pelajar lelaki untuk melihat-lihat pelajar perempuan yang cantik. Pelajar perempuan ini biasanya sesudah habis perhimpunan akan ke tandas dulu. Jadi, memang murah rezeki la kalau duduk di pondok itu.

Aku mula melangkah ke dalam kelas sesudah boring di pondok tadi. Ada yang sudah masuk ke kelas, ada yang hilang entah ke mana. Cikgu juga belum masuk lagi ke kelas. Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi. Aku memandang ke hadapan kelas. Ada satu meja kosong. Selepas pemergian Farah ke MRSM,belum ada pelajar yang duduk di situ. Tiba-tiba, guru kelas muncul di pintu kelas dan menyebabkan kelas sedikit kelam kabut. Aku juga tidak terkecuali,mula membetulkan duduk ku. Sebaik cikgu melangkah, ada seorang pelajar perempuan yang berjalan di sisinya. Semua pelajar seolah tergamam dan terkedu melihat kejadian ini. Ini cerita dongeng. Seorang pelajar perempuan yang cantik manis sedang berada di hadapan kelasku dan mula mengambil tempat yang Farah tinggalkan itu.

Bersambung...

p/s:kita tidak pernah tau bila dan di mana kita akan jatuh cinta