P.Ramlee : Dimanakan Ku Cari Ganti : Satu Indiepretasi

As-salam semua..semoga sihat hendaknya..amacam, masih excited dgn kemenangan malaysia ke atas vietnam smlm??hehehe good job k. rajagopal dan team malaysia..skrg tinggal 90 minit je lagi sblm team malaysia blh melangkah ke final...but jgn overconfident, team kite blh score dua gol kt cni dan dieorg jugak blh score dua gol kt vietnam..bola itu bulat...ok stop cite sal bola..kali ni nk cite pasal seniman agung kite, Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee..sape xknl p. ramlee baik xyah duk malaysia la..org luar pon ramai yg knl p. ramlee..so no wonder la kisah hidup die blh disiarkan kt history channel..so antara karya agung seniman kite ni ialah melalui filem2 dan juga lagu2 yg dihasilkan..siyes filem2 yg dihasilkan mmg terbaik dan even da tgk byk kali pon tapi still x boring..dan yg menambahkan lagi perisa kpd filem beliau ialah lagu2 yg dihasilkan..penuh dgn maksud yg mendalam..di samping korg lyn lagu2 dari band2 indie kt luar tu,ape kate try lak layan lagu dari seniman agung kite ni..btw klu korg xtau, baru2 ni sebuah album khas telah diterbitkan utk mengenang jasa seniman agung kite ni, dan lebih menarik lagi, lagu2 allahyarham telah diberi nafas baru oleh barisan penyanyi indie(bukan semua,tapi majoriti yg terlibat dlm album ni artis indie)...so kt bwh ni ad list2 lagu2 ny...
gambar sekadar hiasan

1. Hujan - Tunggu Sekejap

2. Sevencollar T-Shirt - Jangan Tinggal Daku
3. One Buck Short - Pok Pok Bujang Lapok
4. Couple - Menche Che Bujang Lapok
5. Altimet feat Imran Ajmain - Maafkan Kami
6. Subculture - Bunyi Gitar
7. Monoloque - Tiada Kata Secantik Bahasa
8. Azlan & The Typewriter feat AG & Co - Jeritan Batin Ku
9. Bittersweet - Getaran Jiwa
10. Pesawat - Ai Ai Ai Twist
11. The Ramlees (A supergroup featuring Yuna, Liyana Fizi, Mira(Tilu),Najwa) - Itulah Sayang
12. Pop Shuvit - Aci Aci Buka Pintu
13. Awanband - Malam Bulan Dipagar Bintang
14. Grey Sky Morning - Malam Pesta Muda Mudi
15. They Will Kill Us All - Sepanjang Riwayatku
16. Yuna - Gelora Jiwa
17. Meet Uncle Hussain feat Hazama - Ya Habibi Ali Baba
18. Kugiran D’Tepi Pantai - Nujum Pak Belalang

19. Vince, Ella, Stacy, Ning Baizura, KRU,Shahir, Aizat, Atilia, Bunkface, Jac & Lan (TTW) - Di Mana Kan Kucari Ganti.mp3

so, sy da sempat dgr lagu no. 1, 2, 3, 11, 16, 17 dan jugak 19..dan yg paling bez stkt ni ialah lagu no11 tu..wwooww...tu je la yg blh ckp bile dgr lagu ni..gabungan yg cukup sempurna dan paling gempak part ada muzik lagu stay tu...pergghhh siyes mmg bez...so sape yg blm dgr blh la dwload kt 4shared, dan klu nk lagi ok baik korg bli trus album ni xpon dwload trus ke anset korg..coz sy dgr hasil jualan album ni akan dimasukkan ke dlm tabung p. ramlee yg ditubuhkan oleh Arkib Negara..yg nk dwload tu sy suggestkan lagu no 11 dan no 19..chill

p/s:
Tanya sama hati pernahkah merindu,Ingat masa lena apa mimpi mu,Masa berjauhan apa nan dikenang,Bila difahamkan itulah sayang...lalala..

10 Muharram


Assalamualaikum semue, semoga sihat hendaknya, kite skrg berada di bulan muharram, bulan yg pertama di dlm tahun hijrah, so insyaAllah pada hari esk, jika dipanjangkan umur oleh Maha Pencipta, kita akan berpeluang utk menyambut 10 Muharram..10 Muharram juga disebut sbg hari "Asyura", ini kerana byk peristiwa penting yg mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan berlaku pada hari "Asyura" ni. jadi, antara peristiwa yg terjadi pada 10 Muharram ialah:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
bila disebut 10 Muharram ni, benda yg selalu org buat ialah berpuasa, niat puasa ny ialah..
"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

banyak manfaat yg boleh kite perolehi jika berpuasa pada 10 Muharram ni,selain itu, perkara yg disunatkan pada 10 Muharram ialah:

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
jadi, itulah serba sedikit info mengenai 10 Muharram, semoga dpt kite melalui ny dgn penuh kesyukuran....

p/s:mane lagi meriah, sambutan maal hijrah atau sambutan tahun baru??(sepatutnya sambutan maal hijrah)