Surat buat Cikgu Sekolah Lama

Pepol Zainuddin
Jalan Matahari Putra
Kuala Lumpur



Kehadapan Cikgu Zul

Sudah lama kita tidak bersua, malahan saya sendiri tidak tahu di mana cikgu berada sekarang.  Seingat saya, kali terakhir kita berjumpa adalah semasa saya mengambil keputusan ujian UPSR.  Sesudah saya masuk sekolah menengah, kita tidak pernah bersua lagi.

Harapnya, cikgu masih lagi utuh menjadi warga pendidik dan mencurah ilmu kepada anak watan negara kita.  Segala ilmu yang pernah cikgu curahkan kepada saya satu ketika dahulu tetap kekal menjadi sesuatu yang amat berharga buat diri saya.  Masih teringat lagi akan situasi di dalam bengkel Kemahiran Hidup, dimana cikgu tenang memberi arahan demi arahan kepada saya bagi melengkapkan projek Kemahiran Hidup.

Akan tetapi, di sebalik segala ilmu yang telah cikgu curahkan kepada saya, masih ada satu benda yang tertinggal.  Perkara ini berterusan menghantui saya setiap hari walaupun perkara ini berlaku kira-kira 18 tahun yang lalu.  Jikalau cikgu tidak keberatan, saya berharap agar cikgu dapat memulangkan semula digimon saya yang cikgu rampas di sekolah.  Cikgu tidak perlu menggantikan bateri yang baru, semua itu akan saya lalukan kemudian.

Harapnya cikgu dapat mempertimbangkan permintaan saya ini.


Anak muridmu.


Penghuni Hati


Pepol Zainuddin
Jalan Matahari Putra
Kuala Lumpur



Kehadapan isteriku yang disayangi,

Ini surat pertama yang saya karang sesudah kamu berpindah ke dunia abadi genap seratus dua puluh purnama yang lalu.  Pada setiap dimensi dan waktu, dapat dirasakan kamu senantiasa dekat pada saya.  Tiap kali saya hendak keluar rumah, wajahmu masih ada di muka pintu, tersenyum, melambai dan mengucap "hati-hati memandu, moga lekas pulang".  Dan saya sering membalas "Tidak apa-apa jika lewat pulang, wajah kamu sudah melekat di setiap sudut mata saya, hadir di mana saya berada".

Hari ini, detik ini, saat ini, amanah yang tuhan kurniakan pada kita berdua masih utuh saya jaga.  Reza Saifulputra, anak laki-laki kita, sudah tumbuh menjadi jejaka betubuh kekar dan berakal cerdas.  Masa senggangnya sering dihabiskan dengan menggendong kamera ke hulu ke hilir memotret keindahan alam.  Islan Saifulputri, anak perempuan kita, juga sudah semakin meningkat umurnya, semakin mirip wajah ibundanya.  Mujur swafoto bukan kegemarannya, tetapi dapur yang sering menjadi laman permainannya.  Ada dia minta keizinan mahu sertai kelas penulisan puisi.  Saya turutkan aja kerna membunuh angan-angan anak muda itu besar dosanya bagi saya.

Saya tidak dapat meneruskan tulisan ini kerna saya bimbang meja kerja saya ini akan basah dek tetesan air mata.  Terima kasih kerna hadir memberikan keseimbangan dan menciptakan harmoni dalam kehidupan saya dan anak-anak kita.  Mata kamu yang cantik, indah memukau itu akan tetap menjadi pendamai hati saya yang utama.  Ingatlah, kamu ditakdirkan menjadi bahagian pada diri saya dan diri saya juga sudah menjadi bahagian dari diri kamu.

Yang benar,

Suamimu.


Peter AL Hamra : Senang Susah, Susah Senang

Ada masa, perkara susah itu datang terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan perkara senang.  Ada juga masa dan detik, perkara senang itu datang dahulu dan disusuli pula dengan perkara susah.  Ikut nasib dan apa yang telah ditetapkan oleh sang pencipta. 
     
Hari ini Peter AL Hamra dan Wan Yakudi bakal menempuh benda yang sama tetapi situasinya sedikit berbeza iaitu interview.  Kebetulan, Peter AL Hamra dan Wan Yakudi ditakdirkan untuk mendapat panggilan interview di hari yang sama.  Sudahlah sama kelas di universiti dahulu, menginap di rumah sewa yang sama, dan lebih menarik bergraduasi pun duduk sebelah-sebelah, kini interview pun di hari yang sama.  Mujur mereka mendapat panggilan interview di dua tempat yang berbeza, kalau tidak mungkin mereka akan menjadi rakan sekerja. 
     
Peter AL Hamra akan menghadiri panggilan interview di sebuah syarikat berstatus swasta manakala Wan Yakudi pula bakal menghadapi interview di sebuah jabatan kerajaan.  Besar perbezaan dia bila sebut swasta dan kerajaan ni.  Bermula daripada panggilan interview itu sendiri kita sudah boleh lihat perbezaan.  Seperti yang kita semua sedia maklum, hendak mendapat panggilan interview dari jabatan kerajaan itu sendiri sudah seperti menunggu bulan jatuh ke riba.  Tahun 2014 ini, ada kira-kira seratus ribu peluang pekerjaan disediakan oleh SPA, iaitu sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus kemasukan kakitangan awam.
     
Jadi, Peter sedikit iri hati melihatkan Wan Yakudi yang mendapat panggilan interview untuk bekerja di jabatan kerajaan yang kita semua tahu cukup mewah dengan pelbagai jenis elaun, kemudahan dan pengecualian pembayaran pelbagai benda.  Itu belum termasuk kemudahan untuk membuat pinjaman bank.  Peter melihat kepada dirinya yang hanya mendapat panggilan interview di sebuah syarikat swasta yang semua orang tahu amat senang untuk didapati. 
     
Peter membawa segala sijil yang dia ada, begitu juga dengan Wan Yakudi.  Peter membawa segala ilmu pengetahuan yang dia tahu berkaitan dengan syarikat swasta ini, begitu juga dengan Wan Yakudi, Cuma Wan Yakudi lebih kepada menghafal segala nama menteri-menteri kabinet yang tidak ramai orang muda hafal.  Itu baru sebut nama menteri, belum lagi sebut kawasan parlimen yang diwakili oleh menteri-menteri tersebut, lagi la ramai orang tidak tahu.
     
Interview sudah bermula, Peter dan Wan Yakudi cuba menyembunyikan perasaan gementar di dalam tutur bicara masing-masing.  Mereka berdua cuba “menjual” diri mereka sebaik mungkin dengan harapan para penemuduga berpuas hati dan merasakan mereka berdua ini layak diberikan tempat sekaligus menepikan calon-calon lain.  Peter cuba menerangkan akan dirinya begitu, begini dan bersikap begitu dan begini.  Peter berusaha menonjolkan sisi baik kehidupannya manakala sisi gelap kehidupannya cuba ditenggelamkan jauh ke dasar seperti kisahnya yang pernah gagal satu subjek di universiti dahulu.  Begitu juga dengan Wan Yakudi, beliau cuba mengaitkan dirinya dengan segala perkataan baik-baik dan yang membawa maksud positif sedangkan di dunia reality, semua orang tau dia seorang yang pemalas, membesar dengan meniru dan lebih padu, suka menggunakan agama untuk menawan hati wanita.
     
Akhirnya, sesi interview sudah tamat, maka pulanglah kedua mereka dengan harapan yang menggunung agar dapat diterima bekerja sekaligus menamatkan status penganggur terhormat yang dipegang rapi selama ini.  Kadang-kadang, Peter berasa pelik dengan kehidupan.  Setiap masa, kita sentiasa sahaja berada di dalam perlumbaan.  Kita sentiasa ingin berlumba dan bersaing dengan orang di sekeliling kita.  Kita berlumba siapa yang lebih cerdik, kita berlumba siapa dapat kerja dahulu, kita berlumba siapa ada harta yang banyak dan lebih parah, kita berlumba siapa bertemu jodoh dahulu.
     
Selepas berminggu menanti, akhirnya ada berita baik menjengah kehidupan Peter AL Hamra dan Wan Yakudi.  Kedua-duanya berjaya di dalam interview sebelum ini dan akan dipanggil bekerja tidak lama lagi.  Girangnya bukan main lagi, kerana sedikit sebanyak apa yang dihajatkan semasa menyambung pelajaran dahulu sudah tercapai.  Boleh dikatakan kitaran hidup seseorang itu sudah hampir lengkap apabila berjaya mendapat pekerjaan walaupun status pekerjaan itu boleh berbeza-beza samada pekerjaan idaman atau sekadar pekerjaan untuk mencari pengalaman terlebih dahulu. 
     
Peter akan memulakan tugas di sebuah syarikat swasta dan selayaknya digelar kakitangan swasta manakala Wan Yakudi akan bekerja di sebuah jabatan kerajaan dan seharusnya digelar kakitangan awam.  Wan Yakudi tersengih mengenangkan pelbagai elaun yang bakal dinikmati oleh beliau yang tidak diterima oleh Peter.  Manakala, Peter kembali tersengih memikirkan jumlah bonus yang bakal diterima jika berupaya menunjukkan mutu kerja yang cemerlang manakala Wan Yakudi mencebik mengenangkan jumlah bonus yang bakal diberitahu oleh Menteri Kewangan, biasanya pada bulan Oktober. 
     
Genap sebulan bekerja, Peter semakin tertekan dengan kerjanya.  Muka semakin berkeruh, tiap-tiap hari mengeluh dan mula kerap pulang lewat kerana bebanan kerja yang banyak.  Wan Yakudi pula semakin seronok dengan kerjanya.  Banyak masa terluang yang dinikmati oleh Wan Yakudi, boleh keluar minum dalam tempoh yang lama dan jika mahu, keluar minum petang pun boleh.  Hasilnya, Wan Yakudi mengalami pertambahan berat badan yang merupakan satu indikasi kepada betapa tidak tertekannya Wan Yakudi menghadapi dunia pekerjaan di sektor awam. 

Wan Yakudi : Peter, amacam kerja, ok ke tak?

Peter : Stress dow, banyak giler kerja, aku macam dah tak tahan je ni.

Wan Yakudi : Arghh rileks ar Peter, kerja aku rileks giler, bukannya ada kerja sangat, kejap-kejap keluar mengulor, hahaha.

Peter : Syoknya, aku ni apatah lagi nak mengulor, nak balik on-time pun tak sempat kalau kau nak tau.

Wan Yakudi : Itulah kau, kerja lagi swasta, tengok macam aku, kerja kerajaan, kan rileks je, hahaha.  Kerja kerajaan ni boleh la kau ibaratkan macam, susah dahulu, senang kemudian.  Nak mendapatkannya tu memang susah, tapi sekali dapat tu, memang senanglah hidup kau, hahaha.  Macam kau kerja swasta, nak dapat tu memang senang, tapi bila dah dapat tu, haa nanti kau rasa la susah dia macamana.  Apa kau cakap tadi, selalu balik lambat? Kah kah kah.


Peter : %^&*%*%*%@#

Peter AL Hamra : Tiga Pasangan Sejam

Kita biasa mendengar, ada perkara yang mudah, tetapi sengaja diubah menjadi sukar.  Ada perkara yang tidak perlu, tetapi diada-adakan, dan lebih teruk, ada pihak yang mengaut keuntungan.  Fokus Peter pada hari ni ialah mengenai hal perkahwinan.
Pada hari ini, Peter menghadiri dua majlis perkahwinan. Jika diikutkan pada invitation yang diterima di facebook, Peter AL Hamra ada lima majlis perkahwinan yang perlu dihadiri pada hari ini.  Namun, bila difikirkan akan masa dan jarak majlis yang agak jauh antara satu sama lain, maka Peter membuat keputusan untuk menghadiri dua majlis sahaja yang dirasakan praktikal dari segi masa dan jarak perjalanan.
Peter tidak pergi berseorangan, sebaliknya mengajak Zalina Winchester untuk menemaninya.  Pada Peter, adalah sangat “win” jika pergi ke majlis perkahwinan dengan membawa pasangan, lebih-lebih lagi jika pasangan yang dibawa itu berpernampilan menarik dan memang sesuai untuk dibawa ke majlis.
Zalina : Peter, kau bila pula nak kahwin?
Peter : Leceh ar kahwin ni, banyak sangat benda yang perlu dibuat.
Zalina : Leceh? Kau kena buat benda tu semua sekali je bro, bukan tiap-tiap hari.
Peter : Memang la, tapi kau tak rasa ke, yang benda kahwin ni sebenarnya mudah sahaja, tapi ditambah dengan macam-macam benda yang tak perlu?
Zalina : Hahaha, Melayu kan, biasa la penuh dengan adat, itu yang buat perkahwinan jadi macam terlalu rumit. Eh kau dah pergi kursus kahwin?
Peter : Kursus kahwin? Huh dengan kadar penceraian tiga pasangan dalam masa sejam di Malaysia, kau rasa benda tu betul-betul bermanfaat untuk pasangan yang bakal berkahwin atau diadakan untuk memberi peluang kepada orang Melayu untuk berniaga???
Zalina terkedu dan memilih untuk tidak menjawab pertanyaan Peter itu dan cuba untuk buat-buat sibuk memilih application di apps store.
p/s: aku akan bawa buku "Kenangan di Puncak" di acara Art 4 Grabs hujung minggu ini.

Peter Al-Hamra : Flat untuk Kita

Peter Al-Hamra baru sampai ke sebuah tempat yang belum pernah beliau jejaki sebelum ini, iaitu selatan tanah air.  Peter sungguh teruja mengenangkan bahawa beliau akhirnya menjejakkan juga kakinya ke sebuah negeri yang sudah lama beliau ingin lawati.

Peter hadir ke selatan tanah air ini bertujuan untuk menghadiri sebuah event yang menarik.  Kebetulan, beliau juga sudah lama tidak bertemu rakan karibnya di universiti dulu, Watt. Maka, Peter merasakan ini adalah peluang terbaik untuk beliau menyelam sambil minum air. 

Sebaik turun dari bas, Peter disambut oleh Watt.  Watt pantas mempelawa Peter agar menginap di rumahnya sepanjang Peter berada di sini.  Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dengan deras Peter mengangguk tanda setuju. 

Keluar dari terminas bas, Peter dialu-alukan oleh bandar besar ini dengan satu kesesakan jalan raya yang gila.  Peter masih berlagak tenang, kerana beliau tahu itu adalah resam tinggal di bandar besar, lebih-lebih lagi jika ia bersempadan dengan sebuah negara maju. 

Ketika menuju ke rumah Watt, Peter melewati sebuah kawasan elit yang sedang dan bakal dilimpahi dengan pelbagai kemudahan, keselesaan dan kemewahan.  Peter biasa nampak kawasan elit ini dihebahkan di dalam berita jam 8, hampir setiap malam.  Peter berasa sedikit kagum mengenangkan beliau berjaya melihat dengan mata kepalanya sendiri akan kemegahan kawasan baru ini.  Untuk kepastian, Peter bertanya kepada Watt, samada betul atau tidak, kawasan ini yang sering dimomokkan di dalam berita itu? Watt memberitahu inilah kawasan itu, kawasan yang dijangka akan memacu negeri ini menjadi sebuah negeri maju satu hari nanti.  Peter terus berasa kagum.

Mereka kemudian melewati sebuah kawasan perumahan mewah yang serba cantik.  Peter memandang sambil tidak berkelip biji mata.  Peter bertanya kepada Watt, tidak teringinkah beliau untuk membeli rumah di kawasan ini.  Watt menjawab, hampir lapan puluh peratus yang membeli rumah di kawasan ini adalah bukan penduduk negara ini, ia milik warga negara jiran yang diketahui umum, lebih mampu membeli hartanah mewah. 


Setelah hampir satu jam memandu, akhirnya Watt dan Peter sampai ke sebuah rumah flat yang begitu sarat dengan penghuninya.  Watt memberitahu, bahawa di sinilah dia duduk menyewa.  Peter membuka pintu kereta sambil berfikir “warganegara sendiri hanya mampu tinggal di rumah flat, manakala rumah teres dan banglo didirikan untuk mampu dibeli oleh warganegara asing”.  

p/s : tulisan ini juga boleh dibaca di www.yespepol.tumblr.com

Peter Al-Hamra : Tumpuan Perempuan

Setelah berminggu-minggu makan nasi bungkus, hari ini Peter mengambil keputusan untuk mengubah selera.  Dia berhajat untuk makan di sebuah medan selera yang sering menjadi tumpuan kakitangan kerajaan yang terlibat di dalam perkhidmatan kesihatan. 

Sampai sahaja di medan selera berkenaan, Peter nampak akan sebuah meja yang masih belum disinggahi oleh sesiapa.  Pantas, Peter melabuhkan punggung di atas kerusi plastik yang tersedia.
Selesai memberi order kepada pelayan yang bertandang, Peter mencapai senaskhah surat khabar yang berada di atas meja.  Nasib Peter baik, pelanggan-pelanggan yang berada di meja-meja sebelah lebih berminat bersembang sesama mereka berbanding membaca surat khabar.

Peter membuka halaman depan surat khabar arus perdana yang sering menyiarkan berita berat sebelah dan lebih memihak kepada satu pihak sahaja.  Peter membaca dengan teliti berita-berita yang disiarkan.

Peter tertarik akan sebuah berita yang memberitahu seorang pelakon lelaki berwajah tampan yang pernah digilai ramai gadis satu ketika dahulu sudah bernikah untuk kali kedua di selatan Thailand.  Peter pantas membuka akaun facebook di telefon pintarnya.  Seperti yang dijangka, berita itu sudah hangat di rangkaian social ini.  Peter dapat melihat, perempuan cukup terusik dengan berita ini.  Mereka memaki hamun, mencerca dan melemparkan perkataan yang bukan-bukan kepada si pelaku. 
Peter membelek pula di muka surat sebelah.  Ada satu berita yang menarik perhatian Peter.  Kisah seorang artis yang berkahwin dengan seorang pemain bola ternama.  Namun, rumah tangga mereka berantakan.  Lebih memilukan, si isteri ditinggalkan begitu sahaja oleh sang suami tanpa sebarang nafkah zahir atau batin selama hampir 2 tahun. Memeritkan.


Usai membaca kedua-dua berita itu, membuatkan Peter berfikir.  Peter berasa sedikit sangsi.  Mengapa perempuan berapi-api membela nasib seorang perempuan yang dimadukan di dalam berita pertama, tetapi diam membisu terhadap nasib seorang perempuan yang menjadi mangsa suaminya sendiri di dalam berita kedua? Pada pandangan Peter, sekurangnya perempuan di dalam berita pertama itu masih punyai suami, kesakitannya cuma perlu berkongsi kasih dengan orang lain, itupon dengan kaum sejenis dengannya. Berbanding nasib perempuan di dalam berita kedua, yang dibiarkan hidup terkontang kanting seorang diri, ternyata beliau lebih memerlukan pembelaan dari kaum sejenis dengan beliau.  Jujur, Peter tiada jawapan untuk itu.

p/s: cerita ini juga boleh dibaca di www.yespepol.tumblr.com    

Peplum Hijau untuk Dia

horizon cinta1

Aku punya impian, dan aku yakin, semua orang juga punya impian. Tapi, impian ini bukan hak milik diriku seorang. Aku bina impian itu bersama seseorang yang sentiasa buatkan hari-hariku cemerlang.  

“Abang, bila nak pergi tempat hari tu, ayang ada nak beli something la” itu suara manja yang terbit dari mulut kecil seorang perempuan yang sering jadikan hari-hariku cemerlang, seperti yang aku ceritakan di atas tadi. Dia ialah suri hatiku, yang sentiasa menjadi pelengkap kepada diriku.

“Eh ayang, bukan minggu lepas kita baru pergi sana ke, ayang nak beli apa lagi ni dekat sana” aku cuba mencungkil apa sebenarnya kemahuan isteriku yang masih belum tertunai.

“Alaa abang ni, ayang nak beli peplum warna hijau tu, cantik, ayang takde lagi peplum warna hijau, abang pon tau kan, kan kan” dia memberitahu tujuan utama ingin ke tempat itu semula. Aku cuba mengingat-ingat kembali semua baju peplum yang pernah aku belikan untuk dia. Ada merah, ada biru, ada kuning, ada jingga, tidak lupa warna pink. Semuanya sudah aku belikan, cuma satu warna yang masih tertinggal dari koleksi dia, warna hijau.  

“Ayang, abang bukan taknak pergi lagi tempat tu, tapi abang risau” aku meluahkan apa yang terbuku didalam hati.

“Apa yang abang risau, kan uptown je, ada apa-apa ke ni abang, meh share dengan ayang meh, ayang sudi mendengar” perempuan memang mampu mencairkan hati semua lelaki. Betul.

“Ayang tak ingat apa jadi masa kali terakhir kita pergi sana? Kereta kita nyaris kena langgar dekat simpang tu, bahaya la ayang, abang takut apa-apa yang kurang elok terjadi nanti”

“Hahaha abang ni, jangan la serius sangat, hari tu kan abang yang tak berhenti dekat simpang , itu yang nyaris kena langgar, kelakar la abang ni,hehehe”

Aku diam. Fikiranku ligat memikirkan apa yang terjadi pada minggu lepas. Ketika itu, kami sudah mahu pulang ke rumah. Tiba di satu simpang, muncul sebuah kereta yang hampir melanggar kenderaan kami. Sejak itu, aku semacam sedikit fobia untuk ke sana lagi.

“Esok kita pergi ye abang, sayang abang, hihihi”

Aku cuba tersenyum. Kelat. Berat hati aku untuk mengizinkan permintaan isteri aku kali ini, tapi sayang mengatasi segalanya. Aku memberi keizinan walau ada sedikit kerisauan di dalam hati.

Malam menjelang. Kami sedang bersiap. Dia tidak bersolek tebal dan buatkan mata aku tidak berkedip memandangnya.

“Cantik isteri aku ni”

Kami tiba di tempat yang menjadi kesukaan isteriku. Dia menghampiri gerai yang menjual aneka baju peplum. Terus dicapainya baju peplum hijau yang menjadi dambaannya. Aku Cuma tersenyum melihat telatahnya. Duit dihulur dan barang diambil.

Usai membeli beberapa barangan lain, kami mula bergerak pulang. Kenderaan tidak banyak pada malam ini, sekaligus melancarkan perjalanan pulang. Tiba di satu simpang, tidak semena-mena, muncul sebuah kereta yang dipandu dengan agak laju. Kereta itu bergerak ke kanan dan kiri, pemandunya seolah berada di bawah pengaruh alcohol. Kereta itu meluru laju kearah kenderaan kami. Aku cuba mengelak tetapi kereta itu menghentam dengan kuat sisi kiri kereta kami. Aku menjerit.


“Ayang!!!!!!” Dia sudah tidak bernyawa. Badannya dibaluti darah. Ironinya, kereta durjana itu berwarna hijau. 

p/s : kadang-kadang,terlalu berharap buat kita jadi sakit

Penjenamaan

IMG-20130519-WA001

Apabila kita memulakan sesuatu, kita pasti berharap agar ia akan berkekalan selama-lamanya. Tetapi, pabila sudah sampai satu tempoh masa tertentu, kita dengan rela atau secara kurang rela, perlu untuk melakukan sedikit perubahan atau penyesuaian bagi memastikan ia kekal relevan dan berdaya saing. Satu nafas baru perlu disuntik bagi meningkatkan profil sesuatu perkara itu.

Sehubungan dengan itu, kami dari Sen Studio setuju untuk melakukan transformasi terhadap logo kami, selaras dengan prinsip transformasi yang sering diuar-uarkan di seluruh saluran televisyen milik parti pemerintah. Kami dengan berbesar hati dan dengan penuh sifat tawaduk, ingin memperkenalkan logo baru untuk Sen Studio. Insyaallah, selepas ini, setiap produk atau bahan bacaan yang steady dari Sen Studio akan menggunakan logo baru ini. Bagi mereka yang belum kenal atau masih kurang pasti akan apa itu Sen Studio, bertenang dan usah khuatir. Di sini ada penerangan ringkas mengenai Sen Studio. Sen Studio itu ditubuhkan untuk menjadi pengeluar buku yang steady, menghasilkan buku-buku dan zine yang steady, untuk bacaan masyarakat madani yang steady dan juga bagi melahirkan kelompok masyarakat yang steady.

Niat kami tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyemarakkan semangat membaca di kalangan kita semua. Tidak salah untuk bermula dengan membaca bahan bacaan yang bersifat ringan terlebih dahulu sebelum beralih kepada bahan bacaan yang bersifat berat dan menagih fikiran yang tajam untuk memahaminya. Sedarlah kalian bahawa membaca itu jauh lebih mulia daripada menonton video Bobo atau gadis-gadis comel yang berhot pants. Nauzubillah. Jadi, kepada mereka yang ada facebook, ada twitter, boleh mula mengenali Sen STudio dengan berpandukan link di bawah. Klik sahaja dan follow apa yang patut dan nikmatilah hidup yang lebih steady. Power  power!!!

www.facebook.com/SenStudio
www.twitter.com/SenStudio1

Cerita Bulan dan Bintang

yang meniti di bibirku hanya nama mu
yang tersimpan di hatiku hanya cinta mu
yang terindah di duniaku hanya senyum mu
yang termanis ku dengar hanya lagu mu

ku mahu kau tunggu walau tak berdaya
kerna aku tak mahu hilang tercari diri mu
simpan semua cerita kita, nanti malam 'kan menjelang
bisikkan rindu mu pada bulan dan bintang,
bisikkan rindu mu pada bulan dan bintang

selimutkan aku dengan bisik cinta mu
jaga tidurku hilangkan semua mimpi buruk ku
kejutkan aku dengan senyum dan tawa mu
lukiskan sebuah kisah cinta kekal di kalbu

peganglah tangan ku jangan pernah kau lepas
kerna aku tak mampu hilang tercari diri mu
jangan ragu tentang kita
nanti esok 'kan menjelang
kita doakan semua baik saja,
kita doakan semua baik saja,
(kau dan aku melihat bulan yang sama)
(cinta kita ku lukiskan antara bintang)

ceritakan pada bulan, petiklah satu bintang
kita melihat langit malam yang sama

p/s: aku tengah giler duk dengar lagu ni dari Karl Miller, nak beli cd dia boleh jenguk sini, http://thisiskarlmiller.blogspot.com

Logo Baru Sen Studio

official sen

Selari dengan perkembangan semasa, kami di Sen Studio, merasakan logo di atas perlu diganti dengan satu logo yang lebih steady dan berketrampilan, bagi menonjolkan imej kami sebagai sebuah syarikat penerbitan yang berketrampilan dan juga tenang menghasilkan karya yang steady. Jadi, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan dan berkemahiran untuk mencuba nasib menghasilkan logo baru Sen Studio bagi menggantikan logo di atas. Jika kalian berminat, boleh pm di page Sen Studio atau boleh pm pepol bagi berbincang secara mendalam, kriteria apa yang kami mahukan untuk logo baru Sen Studio. Ayuh, hantar karya anda dan jadi sebahagian daripada sejarah Sen Studio.

p/s : aku juga mungkin memerlukan seorang photographer dan juga seorang graphic designer untuk novel baru aku nanti

Review Buku : IWeep

iweep

Assalamualaikum semua, yeah lama sungguh tak buat review buku, dan sebenarnya aku agak berdebar untuk menulis review kali ini. Ini kerana, aku bakal menulis review sebuah buku yang memuatkan tulisan-tulisan daripada sifu-sifu aku. Majoriti daripada penulis yang terlibat di dalam projek buku IRise ni adalah antara mereka-mereka yang sangat aku kagumi di dalam bidang penulisan, baik penulis cerpen atau penulis puisi. Buku IWeep ini sebenarnya buku kedua daripada projek buku bersiri IRise. Buku pertama ialah IFall yang tidak kurang hebatnya. Aku difahamkan, IRise ini bertemakan Kebangkitan Semula dari Perhubungan Yang Gagal. Jadi, ia sebenarnya membawa pembaca menyelami tentang fasa-fasa yang dilalui oleh seseorang pabila perhubungan yang tercipta terputus di tengah jalan. Dan, antaranya fasa yang terdapat ketika kita melalui detik-detik perpisahan ialah menangis. Dan buku ini berjaya menyelusuri fasa itu dengan baik sekali.

Cerpen yang menjadi kegemaran aku di dalam buku ini ialah hasil tulisan brader Sake yang bertajuk "Lelaki Yang Tidak Pernah Putus Cinta". Mungkin, membaca sesuatu yang pernah kita alami akan buatkan kita merasai apa perasaan penulis.

p/s : tengah draft novel kedua

Mungkin Ada Mungkin Tiada

Aku berpakaian ringkas hari ini. Tiada pakaian berjenama, sebaliknya hanya t-shirt yang di dadanya terpampang logo rekaan aku sendiri. Di bahagian bawah, tersarung seluar jeans lusuh dan aku selesa bersepatu getah jenama fipper. Aku sedang menaiki eskalator. Ada empat kesemuanya yang harus aku naiki sebelum tiba ke destinasi yang ditujui. Sepanjang aku menaiki eskalator, pelbagai ragam manusia yang boleh aku lihat. Paling aku ingat, seorang gadis yang menjengil kembali kepadaku usai menyedari mataku tidak lepas dari memandang kearahnya.

Jujur, dia berjaya menarik perhatianku. Kalung yang tersarung di lehernya membuatkan aku tidak lepas dari memandangnya. Aku sudah sampai di tingkat empat. Mata aku meliar memandang kearah premis yang tidak pernah gagal memberi ketenangan kepada aku. Entah mengapa, aku semacam rasa selesa bila berada di dalam premis ini. Mungkin kerana semasa di dalam, aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang sealiran dengan aku. Mereka-mereka yang bisa mengeluarkan kertas-kertas bernilai dari saku hanya untuk membeli bahan bacaan, berbeza dengan golongan yang lebih kepingin menjadikan persalinan berlabel antarabangsa sebagai keutamaan. 

Melangkah masuk ke dalam, aku terus menuju ke bahagian yang menempatkan buku-buku terbitan baru. Aku sudah temui apa yang aku cari. Sebuah buku yang menghimpunkan koleksi kisah hitam bandaraya yang sedang aku huni. Aku masih belum puas. Aku mahu mencari keseronokan di sini. Aku berjalan-jalan sambil mata liar memandang sekeliling. Aku sampai di ruangan yang menempatkan pelbagai buku berbahasa Inggeris. Ruangan yang kurang aku gemari. Terlihat seorang gadis genit sedang membelek-belek buku.

Dia mengambil sebuah buku yang diatasnya tertera tajuk "How To Understand Men". Aku sedikit terkejut melihat tajuk buku itu. Kerana pada aku, lelaki tidak sekompleks perempuan untuk difahami. Seraya itu juga aku berfikir "masih wujudkah perempuan yang ingin memahami lelaki atau mereka lebih gemar menggunakan frasa, semua lelaki adalah sama??"

p/s: kepada mereka yang ingin mendapatkan saki baki naskhah Kenangan di Puncak, boleh dapatkan di #PSP Shah Alam sabtu ini, insyaAllah aku juga bakal berada di sana

Cadangan untuk Sambungan Novel Kenangan di Puncak

Aku berkira-kira untuk membuat sambungan kepada novel Kenangan di Puncak, tetapi ada satu masalah ketika ini. Aku tiada idea untuk letak tajuk apa bagi novel sambungan ini nanti. Sebolehnya, aku tidak mau gunakan tajuk "Kenangan di Puncak 2" kerana terlalu "lame" bunyinya, jadi aku membuka peluang kepada para pembaca semua, jadi ada cadangan, sila titipkan di ruangan komen di bawah. Tajuk yang terpilih nanti bakal peroleh novel itu secara percuma. Owh yeah!!!

p/s: moga tuhan murahkan rezeki aku dan boleh aku travel pusing satu Malaysia

Horizon Cinta : Ingatan

horizon cinta1

Jam 9 pagi. Aku bangkit dari tidur. Mata dikeroyok dengan kuat menandakan masih tersisa rasa mengantuk. Aku membetulkan bantal yang sudah menjauh dari anggota badanku yang paling atas. Tengkuk masih terasa kebas, mungkin disebabkan oleh kegagalan aku mengawal stress. Tangan meraba-raba mencari phone yang entah mana duduknya. Phone ditemui. Mata terus menangkap beberapa notifikasi yang kurang penting. Aku memejamkan mata kembali. Terasa fikiran aku kosong. Hampir seminit aku berkeadaan sebegitu, aku mencapai earphone yang berselirat di bucu katil. Aku betulkan  semula wayarnya dan sambungkan ia pada phone. Ibu jari giat bermain-main di atas skrin, mencari  icon pemain muzik. Muzik dimainkan, dan aku kenal benar akan intro lagu ini. Lagu yang menjadi kegemaran seseorang. Aku amati dalam-dalam lirik lagu ini. Lagu ini ada persamaan dengan dia, atau lebih tepat lagi, lagu itu menceritakan tentang dirinya. Kebetulan. Dia seorang gadis polos yang kelam kabut, tetapi amat teliti dalam memilih pasangan hidupnya. Mungkin, kisah silamnya banyak mengajar dirinya akan liku-liku di dalam perhubungan. Betapa kuatnya aku cuba menyakinkan dirinya bahawa aku insan yang tepat untuknya, semakin kuat rasa curiganya terhadap aku. Dan tidak keterluan, rasa curiganya itu yang telah memusnahkan segalanya. Hancur. Lagu yang dimainkan tadi tamat, dan aku bingkas bangun dari pembaringan. Tanpa aku sedari, mengalir air mata jantan yang amat mahal harganya itu di kedua pipiku. Aku kesat perlahan-lahan air mata itu sambil menepuk-nepuk dada untuk menguatkan semangatku. Aku kuat, cuma kadang-kadang, aku teringat....

p/s: tidak terlalu berharap

#SeksiOvari

Aku sedang membaca sebuah buku puisi tulisan Fazleena Hishamuddin yang bertajuk Seksi Ovari, dan aku paling suka puisi yang satu ini.

Kau boleh meyandar pada seribu bahu kalau kau mahu,
tapi kau memilih untuk yang satu itu, yang paling dungu,
yang buat kau bersandar sambil airmata kau jatuh bertalu,
dan hati kau pecah beribu.........

p/s: terima kasih kepada para pelajar UiTM Puncak Perdana dan UiTM Segamat yang sudi mendapatkan novel tulisan aku, Kenangan di Puncak, maaf jika novelnya masih ada kurang sana sini, percubaan pertama tidak semestinya akan terus cemerlang :)

Horizon Cinta : Nyata Kita Berbeza

horizon cinta1

Kita memang berbeza, dari serba serbi, atas bawah, kiri kanan. Tapi, kita masih tegar bersama. Dan hari ini, kita meluangkan masa untuk bersama, hanya selepas beberapa bulan kita merancang, baru hari ini ia dimakbulkan oleh tuhan yang satu.

Aku tiba dengan menyarung kemeja biru kotak-kotak di badan dan seluar jeans biru lusuh. Ringkas. Aku duduk di atas bangku bersebelahan pancuran air sambil mengunyah Snicker yang dibeli di kedai serbaneka 24 jam sebelum aku tiba di sini. Ketika di kunyahan terakhir, aku terbayang akan kehadiran kau di hadapan aku. Lengkap berpakaian warna biru, sama seperti apa yang aku gayakan hari ini. Tidak perlu kotak-kotak, cukup sekadar kau memakai sepersalinan yang sama warna dengan aku. Dan tidak semena-mena, kau muncul di hadapan aku, mungkin untuk memeranjatkan aku. Jujur, aku terperanjat, tapi bukan kerana kehadiran kau, tetapi melihat warna baju yang kau pakai. Merah. Nyata kita berbeza.

Aku meneruskan langkah ke dalam pusat membeli belah sambil diiringi oleh kau. Kau masih pakai perfume yang sama, perfume pemberian aku. Aku masih ingat akan baunya, tidak terlalu keras dan nyaman untuk dihidu oleh hidung. Sepanjang berjalan di sebelah kau, kita tidak banyak berbual. Dan kadangkala, aku berasa agak sedikit kekok. Mungkin ini kesannya pabila kita lama tidak bersua. Aku menghampiri kaunter tiket. Kita sudah berjanji untuk menonton wayang bersama. Aku mencadangkan filem arahan Mamat Khalid, tetapi kau tegas ingin menonton aksi terbaru Bruce Willis. Dan akhirnya, kita membeli tiket berbeza dan menonton di hall berlainan. Nyata kita berbeza.

Cerita sudah ditayangkan selama 30 minit tetapi tiada satu babak pon yang melekat di dalam kepala aku. Ternyata, fikiran aku di tempat lain dan bukan pada wayang yang sedang dipertontokan. Aku bangun dari kerusi, membetulkan seluar dan terus keluar. Saat aku menolak daun pintu itu, hanya satu yang bermain di kepalaku.

"Aku tidak mau jumpa kau lagi, nyata kita berbeza"

p/s: tangga pertama sudah aku daki

Looser Abadi part 5


“Woi!! Kau pandang apa ni ha??”
“Fuyoo, pink kaler siot, hahaha”
Liza pantas menutup lurah dadanya yang terdedah ketika dia menunduk tadi. Dia sangat yakin, lurahnya sudah menjadi tatapan mata Azne. Azne sudah kenyang sebelum sempat menjamah nasi di dalam polisterine. Dia geram melihat Azne yang tersengih-sengih miang di hadapannya. Ikram tiada di rumah. Jika tidak, boleh dia menyuruh Ikram menumbuk sepupunya yang miang itu.
Kisah lurah dada dilupakan dan mereka mula membuka bungkusan masing-masing. Nasi berlauk kurma ayam menjadi pilihan Liza manakala Azne tidak sabar untuk menelan nasi berlauk daging masak kicap. Kipas ligat berpusing diatas kepala manakala mereka di bawah giat mengisi perut. Tiba-tiba, timbul idea nakal dalam kepala Liza. Dia mahu menguji sejauh mana gatalnya si Azne ini, dan mampukah Azne menahan nafsu lelaki yang satu itu?
Liza dengan beraninya perlahan-lahan membuka butang baju paling atas kemejanya. Azne perasan akan perilaku Liza, dan mula membulatkan mata kearah dada Liza.
“Siot, apahal dia ni pergi bukak butang atas baju dia?” Azne mula hairan, tetapi syukur dengan rezeki di depan mata. Azne terus menikmatinya.
Liza perasan yang Azne sudah mula menjadikan dirinya sebagai tontonan. Dan Liza semakin galak untuk menguji Azne. Dia mula menundukkan badannya dan lurah dadanya kini sudah semakin jelas kelihatan. Azne sudah semakin tidak keruan. Mulutnya masih mengunyah tetapi pandangannya tetap kearah Liza. Azne cuba menguatkan dirinya dengan berkata kepada diri sendiri, bahawa gadis ini makwe kepada sepupu merangkap kawan baiknya sendiri. Jangan sailang jangan sailang.
Azne sudah selesai makan, lebih pantas dari Liza. Liza masih lagi menunduk dengan butang atas kemejanya yang terbuka. Azne ke dapur untuk membasuh tangan dan membuang polisterinenya. Ketika ingin menuju kearah Liza yang masih makan, timbul idea jahat. Jika tadi Liza sengaja menguji beliau dengan mendedahkan lurah dadanya, kini giliran Azne pula ingin menguji Liza. Mampukah Liza menahan nafsunya yang disemarakkan lagi dengan keadaan mereka yang hanya berdua sahaja di dalam rumah itu.
Azne pantas membuka t-shirt hitam berlogo Brother Hood di bahagian hadapan. Teserlah badan kurus Azne. Liza tidak terkejut dengan tindakan Azne, kerana dia sudah pernah melihat lebih dari itu. Liza menjangka sampai di situ sahaja tindakan Azne, tetapi dia silap. Azne sedang membuka tali pinggangnya. Liza mula tergamam, seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Tangan Azne kini rakus membuka butang seluar jeans birunya. Dan sepantas kilat, Azne melorotkan seluar jeansnya ke bawah. Terbeliak biji mata Liza tatkala melihat Azne kini hanya berboxer di hadapannya.
Liza masih diam seribu bahasa, masih tergamam dengan apa yang dilihatnya. Dia mula membayangkan apa yang berada disebalik boxer berwarna kelabu itu. Azne sedar Liza memerhatikannya, atau lebih tepat kearah boxernya.
“Apa yang kau tengok tu Liza, sampai tak berkelip mata?? Hahaha”
“Ehh ehh, kau ni bangang la, pakai la seluar tu gila, tak senonoh, kau ingat aku heran ke kau pakai macam tu??!!”
“Ikut aku la nak pakai macamana pon, kau peduli apa!!”
“Pakai la semula seluar tu, kalau tak, aku keluar dari rumah ni”
“Lol, aku memang nak halau kau, hahaha” ketawa aku mengundang kemarahan Liza. Muncung itiknya jelas satu indikasi terhadap apa yang dia rasa terhadap aku. Tanpa kerelaan, aku menyarung kembali seluar. Sekali lagi aku tewas. Perempuan sentiasa ada cara untuk buat lelaki mengikut segala kata mereka. Respect.
“Eh Liza, kau orang mana ek? Kau tak pernah beritahu pon” aku cuba memujuk kembali Liza yang nampaknya masih marah dengan idea jahat aku tadi. Biasalah, perempuan cantik mana yang tak pernah kena usik.
“Penting sangat ke kau nak tau aku asal mana? Aku bukan Perdana Menteri yang serba serbi orang nak tau, huh” masih ada nada marah dalam percakapan Liza. Apa yang perlu aku buat untuk mententeramkan gadis yang garang macam dia ni?
“Hey rileks la, kau ni pon, garangnya, kau memang nak lepak sini ke? Ikram tak marah kau lepak dengan aku?”
“Ha ah, memang nak lepak sini, aku nak tidur kejap lagi ni, semalam aku tidur lewat siapkan assignment, pagi tadi straight kelas sampai tengah hari, mengantuk betul ni, arghh Ikram tu takde hal, dia open”
Hebat betul si Ikram ni. Berani dia benarkan awek dia yang hot ni tinggal berdua dengan seorang lelaki. Walaupun aku sepupu dia, tapi aku masih seorang lelaki, yang nafsunya pada seorang perempuan, apatah lagi perempuan secantik dan seksi seperti Liza. Aumm!!
“Owh takpe la, kau tidur la dulu, aku nak main gitar dulu, perut kenyang lagi, tak boleh nak tidur lagi”
“Wokeh” ringkas dari Liza. Seraya itu, pintu bilik Ikram ditutup dan terdengar punat pada tombol ditekan, menandakan pintu bilik dikunci dari dalam. Melepas.
Aku mencapai gitar kapuk yang terletak di penjuru bilik. Berhabuk. Sibuk betul Ikram sampai gitar kapuk ini terbiar begitu sahaja. Aku meletakkan gitar di atas peha. Lama aku tidak bermain gitar.seingat aku, kali terakhir ialah ketika majlis sambutan hari jadi lecturerku. Itupun, aku dipaksa untuk mempersembahkan sebuah lagu. Aku bermain bukan atas kerelaan aku sendiri. Nyanyian aku sumbang dan petikan gitarku berterabur. Majlis bertukar menjadi hambar. Ketika keputusan peperiksaan diumumkan, aku sangkut paper dengan lecturer tu. Apakah ini balasan? Shit.
Ruangan bilik yang sedari tadi sunyi kini mula bergema dengan petikan gitar dari aku. Aku masih mencari-cari tune yang sesuai dan juga lagu yang sesuai. Antara chorus yang paling aku suka ialah dari lagu ini.
Welcome to the Hotel California
Such a lovely place (such a lovely place)
Such a lovely place
Plenty of room at the Hotel California
Any time of year (any time of year)
You can find it here

Aku rancak bermain gitar sambil mulut menyanyi-nyanyi bait lagu popular ini. Tiba-tiba, terdengar jeritan perempuan dari bilik sebelah.

“Woi diamlah!! Aku nak tido,grr!!!”

“Hahaha, ok la sweetheart”

Aku menamatkan feel jiwang aku pada petang itu. Gitar diletakkan di sisi dan aku mula berbaring. Mata aku tak berkelip memandang siling bilik. Aku masih teringatkan Liza, yang sudah lena di bilik sebelah. Entah mengapa, aku berasa sesuatu sejak pertemuan pertama aku dan dia. Kadang-kadang, aku berasa cukup dekat dengannya, seolah aku pernah berjumpa dia sebelum ini, atau memang begitu perasaannya bila kita bertemu jodoh kita?

My life is brilliant
My love is pure
I saw an angel
Of that I’m sure
She smiled me on the subway
She was with another man
But I won’t lose no sleep on that
Cause I’ve got a plan

Wajah Liza masih bermain-main di dalam kepala. Aku seakan tidak dapat melupakan wajah itu. Wajah itu mengingatkan aku kepada seseorang, tetapi siapa? Aku masih mencuba.

“Owh ye, baru aku teringat, muka Liza ni macam muka Ramnah, budak kelas aku, bezanya Cuma Ramnah bertudung tetapi Liza tidak” akhirnya terungkai segala persoalan aku selama ini. Ramnah, berasal dari negeri yang diperintah pembangkang semenjak tahun 1990, memang diketahui ramai punyai wajah yang cantik. Malah, kulit putih melepak yang dimilikinya dikatakan adalah trademark untuk anak gadis yang datang dari negeri itu. Aku Cuma kurang pasti, apa Liza juga berasal dari sana?

Lamunan aku terhenti tatkala sekeping mesej masuk ke ruangan inbox. Sekeping mesej dari rakan seperjuangan semasa degree dulu membenihkan harapan baru untuk aku.

“Bro, kau dah keje belum?”

“Belum lagi, awat?”

“Tempat aku keje nak pakai orang, kalau nak, aku boleh tolong kau”

“Aku orait je”

“Tapi gaji kecik la, kerja macai pulak tu, aku beritahu dulu ni”

“Belasah je la bro, at least aku ada keje”

“Wokeh, nanti email resume kau dekat aku, asap”

Melihatkan dia menulis asap, aku bingkas bangun dan mengetuk pintu bilik Ikram.

Bersambung...

p/s : kadang-kadang, kita terlalu meraikan apa yang sudah menjadi kebiasaan kepada orang lain

Projek Baru

InsyaAllah, aku dalam proses untuk menghasilkan projek baru di bawah label Sen Studio. Aku akan cuba curi sedikit masa untuk menyudahkannya, tunggu sahaja.

p/s: 1001 macam perkara sedang bermain di dalam kepala aku

Zairo part 2


Jam 8.30 pagi. Di sebuah kawasan perumahan yang menjadi pilihan kepada para pelajar sebuah universiti awam terbesar di dunia untuk menyewa.

“Morning my sweetie” Zairo menghantar mesej kepada seseorang yang amat istimewa dalam hidupnya.

“Morning dear, awalnya bangun”

“Ye la, nak kejutkan my sweetie ni, tak bangun-bangun..:p”

“Hey dear, I dah lama bangun ok, dah siap basuh baju pon, you tu yang baru bangun kan, gedik..:p”

“Hahaha, okok I mengaku I baru bangun, terus hantar mesej dekat you, macam mana dengan date kita ,jadi tak?”

“Cepat you mandi dan bersiap, cepat la kita dapat keluar, I da siap da ni..:p”

“Hah serious you dah siap?? Okok give me 15 minutes, I nak mandi dan bersiap ni, take care my sweetie”

“Hahaha, I belum mandi pon lagi dear, ni baru nak mandi, take ur time ok, jangan rush sangat, nanti jatuh dalam bilik air..:p”

“Hahahaha, gedik..:p”

Zairo mula membuka pakaian dan mencapai tuala yang tergantung di jendela. Sambil masuk ke bilik air, Zairo tersengih-sengih kerang menandakan dia tidak sabar untuk berjumpa dengan si pengarang jantung hatinya pada hari ini. Pertemuan mereka pada hari ini bakal istimewa kerana ada sesuatu yang bakal diraikan oleh mereka berdua.

Sementara itu, dalam sebuah bilik air di sebuah rumah sewa yang hanya terpisah 5 lorong dari rumah sewa Zairo, terlihat seorang gadis berkulit putih mulus sedang ligat menggosok gigi. Julia, memang sering lambat bersiap. Tapi, hari ini, dia berazam untuk bersiap lebih cepat daripada biasa. Dia sudah tidak sanggup lagi menahan telinga tiap kali Zairo membebel kerana dia lambat bersiap. Hari ini dia nekad ingin membuat Zairo memujinya kerana sudah siap sebelum Zairo tiba di hadapan pintu rumah sewanya ini. 

Tepat jam 9.00 pagi, Julia membawa keluar blouse merah yang sudah di gosok sejak malam semalam lagi dari almari bajunya. Julia tersenyum melihat blouse merah pemberian Zairo ini, cantik. Blouse merah ini diberikan oleh Zairo semasa ulangtahun kelahirannya beberapa bulan lepas. Memang ada beberapa orang rakan baik Julia yang kurang senang dengan pemberian Zairo ini, kerana mereka berpendapat, tidak sesuai memberi baju kepada seseorang yang kita sedang menjalin perhubungan bersamanya, ini kerana, pabila warna baju itu mulai pudar, perhubungan itu juga akan turut pudar dan akhirnya terlerai di tengah jalan.

“Emm korang jangan la cakap macam itu, I sayang perhubungan ni, I tak nak terputus di tengah jalan, I nak bina masa depan I dengan Zairo” Julia bersuara.

“Iyee Julia, tapi kau kena hati-hati, selalunya kapel-kapel yang dapat present baju ni, hubungan dieorang tak kekal lama” Asmah cuba menambahkan cuak di hati Julia.

“Arghh mengarut la ko Asmah, aku dengan Johan ok je sampai sekarang, dah dua tahun kot kiteorang kapel, ok je takde apa masalah, kiteorang lagi la, 1st time jumpa pon Johan da bagi baju dekat aku, rileks je, takde clash-clash pon” Rozie menyampuk dan memberi sedikit kelegaan kepada Julia.

“Pray for you Julia” Asmah masih cuba menakut-nakutkan Julia.

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Suasana di luar masih lagi sunyi, memandangkan hari ni hari minggu.

“Emm mana si buah hati ni, lambatnya, da pukul 9.30 da” Julia bermonolog sendirian di dalam hati.

PIN PIN!!

Terdengar bunyi hon sebuah kereta dari luar rumah. Zairo sudah berada di hadapan rumah Julia. Julia terus mencapai beg tangannya dan mengangkat tangan kepada Zairo sebagai isyarat agar tunggu sekejap. Zairo sabar menunggu di dalam kereta sambil mendengar telatah Johan di dalam rancangan bual bicara pagi yang diberi nama Johara Pagi Era.

“Hey sweetie, awal you bersiap hari ni, selalunya bila I sampai depan rumah you ni, you tengah terhegeh-hegeh lagi bersiap,hehehe” Zarul agak hairan melihat Julia bersiap lebih awal hari ini.

“Hehehe, awal ke dear? Ye la da tak tahan da, asyik kena bebel je bila lambat, kalau orang tu yang lambat, I takde bebel pon” Julia cuba mengusik Zairo.

“Eleh, ada-ada je la you ni, mana ada I suka bebel, I Cuma beritahu you je, hey kita nak ke mana dulu ni?” Zairo membalas usikan dari Julia.

“Emm ikut you la dear, I tak kisah, lagipun you yang ajak keluarkan,hehehe” Julia memberi kebebasan kepada Zairo untuk membawa beliau ke mana sahaja.

“Ha kalau macam tu, kita pergi Siam la dear, menikah dekat sana, nak tak?hehehe” Zairo melontarkan idea yang tidak masuk akal.

“Hey, you ni,giler ke apa, sapa yang nak kahwin dengan you tu hah? Da la tak handsome, euww please la, dah jangan mengarut, cepat-cepat pergi, I dah lapar ni tau” Julia mula membebel.

“Ok dear, kita breakfast dekat mall la nanti, tak sesuai pulak nk breakfast dekat mamak bila tengok you pakai macam ni,hehehe” Zairo berterusan mengusik Julia.

“Hey kenapa pulak, tak cantik ke I pakai macam ni, you ni, saje tau, you tak ingat ke sapa yang bagi baju ni?” Julia mula merajuk.

“Hahaha, tak la dear, I gurau je, you look so beautiful today, my sweetie, hehehe” Zairo memuji kecantikan Julia.

“Ok dah-dah, cepat gerak, nanti housemate I pelik pulak tengok kita lama-lama dekat depan ni tak gerak-gerak lagi”

Begitulah ragam setiap hari pasangan ini, ada sahaja benda yang menjadi gurauan pada mereka. Hari ni, seperti biasa, mereka akan menghabiskan hujung minggu mereka bersama, tetapi, pertemuan mereka pada hari ini sedikit berbeza. Ada sesuatu yang bakal diraikan oleh mereka berdua, Zairo juga sudah merancang satu kejutan khas buat pengarang jantung hatinya, Julia.

Mereka berdua kini menuju ke sebuah pusat membeli belah yang terletak di Klang, bandar diraja Selangor. Memang pusat membeli belah ini sering menjadi pilihan warga universiti ini kerana pusat membeli belah inilah yang paling hampir sekali. Sampai sahaja di sana, sudah terlihat banyak kenderaan yang berpusu-pusu masuk. Zairo sedikit runsing memikirkan tempat letak kereta yang sememangnya agak terhad di pusat membeli belah ini.

“Tengok ni dear, awal pagi pon dah ramai orang yang datang, mampus la nak cari parking kalau macam ni” Zairo mengeluh pada Julia.

“Sabar la dear, hari minggu kan, memang hari ni la orang nak keluar tengok wayang, dating, shopping bagai, dear sabar k, ada tu parking nanti, jangan risau” Julia cuba memujuk Zairo.

Zairo meneruskan usaha mencari parking. Parking di luar sudah dipenuhi oleh kereta, maka Zairo terpaksa mencari parking di bahagian atas bangunan pusat membeli belah ini. Kali ini, nasib mereka baik. Masih banyak petak parking yang masih kosong di atas ini. Zairo terus parkir kenderaannya di dalam petak yang disediakan. Usai mengunci pintu kereta, mereka berdua jalan beriringan sambil berpegangan tangan.

“Dear, kita pergi makan dulu k, lepas tu baru kita tengok wayang” Zairo memberitahu rancangannya kepada Julia.

“Ok darling” Julia memberi persetujuan sambil tersenyum.

Mereka mengambil tempat di sebuah restoran makanan segera. Usai membuat pesanan dan membayar di kaunter, Zairo mengangkat makanan sambil ditemani Julia. Mereka memilih meja yang agak terpencil kedudukannya, di satu sudut restoran ini, mungkin mahukan lebih privacy. Sambil menikmati makanan, Julia menceritakan kepada Zairo perihal Asmah yang kurang senang dengan tindak tanduk Zairo yang menghadiahkannya sehelai blouse. Zairo mendengar dengan penuh minat. Sekali sekala Zairo mengangguk. Julia terus rancak bercerita.

“Kalau macam tu, cuba nanti dear bagi baju jugak dekat Asmah tu, tengok pudar ke tak relationship korang,hahahaha mengarutlah korang ni” Zairo memberi cadangan kepada Julia.

“You nak I bagi betul-betul ke? Boleh je kalau nak bagi, hahaha” Julia membalas.

“Hey dah-dah, cukup mengarut tu, makan cepat, kejap lagi wayang nak start dah, tiket tak beli lagi ni” Zairo memberi arahan kepada Julia.

“Ok dear, kejap ye”

Mereka menghabiskan makanan dan terus menuju ke tingkat atas. Di tingkat atas, kelihatan ramai orang sedang berbaris untuk membeli tiket menonton wayang. Zairo mula rungsing, jika dia turut beratur, sudah tentu mereka tidak berpeluang untuk menonton wayang yang bakal bermula sebentar lagi. Zairo mundar mandir sambil memikirkan jalan terbaik. Tiba-tiba, Zairo terpandang akan kelibat Hazwan yang sedang berbaris. Kedudukan Hazwan agak baik, cuma ada 3 orang sahaja lagi di hadapannya sebelum dia sampai ke kaunter tiket. Zairo menghampiri Hazwan.
“Bro, kau nak beli tiket ke?” Zairo menegur Hazwan.

“Yup, takkan nak beli boxer pulak dekat sini, nape bro?” Hazwan membalas.

“Hahaha, macam ni, aku nak mintak tolong ko sikit ni, nak mintak tolong kau belikan tiket untuk aku dengan awek aku, couple seat punya, wayang dah nak start kejap lagi ni, please please please bro” Zairo merayu kepada Hazwan.

“Takde hal, ko pergi la tunggu sana dulu, kejap lagi aku datang bawak tiket ko” Hazwan memberi persetujuan.

“Wokeh bro, trimas”

Zairo menunggu di satu sudut bersama-sama Julia. Hazwan datang menghampiri mereka bersama-sama makwenya.

“Nah tiket ko”

“Owh yeah, thanks dude, terbaik ar”

“Wei nanti borak, aku dah nak masuk ni,chow”

“Wokeh bro, thanks bro”

Zairo mengajak Julia untuk memasuki panggung. Tayangan bakal bermula sebentar lagi. Mereka berjalan beriringan. Di dalam panggung, keadaan agak sesak, hampir semua seat terjual. Mata Zairo tercari-cari akan couple seat yang masih kosong.

“Dear, dekat sini seat kita” Zairo memberitahu Julia yang kelihatan masih terpinga-pinga mencari seat.

Tidak sampai 3 minit mereka melabuhkan punggung di atas seat, wayang sudah bermula. Mereka menikmati filem ini bersama-sama. Sebuah filem cinta, yang sering menjadi pilihan untuk mereka yang sedang asyik dilamun cinta. Filem yang berdurasi sejam 30 minit itu dinikmati oleh mereka. Masing-masing berpuas hati dengan filem yang ditonton hari ni. Sebaik keluar dari panggung, Zairo dan Julia merayau-rayau di dalam pusat membeli belah ini. Julia ingin mencari sepasang kasut dan sehelai baju. Zairo turutkan sahaja.

Hari sudah menginjak petang. Julia juga sudah mendapat apa yang diidamkannya, sepasang kasut dan juga sehelai baju. Kini, Zairo merasakan sudah tiba masanya untuk dia mempersembahkan kejutan yang sudah dirancang terlebih awal.

“Hey dear, jom la pergi tempat lain pulak, dah boring la dekat sini” Zairo cuba memancing Julia.

“Ok dear, jom la”

Mereka sudah keluar dari pusat membeli belah dan kini Zairo sedang memandu menuju ke Shah Alam. Di dalam kepala Zairo, sudah terbayang akan Tasik Seksyen 7 Shah Alam yang terletak di belakang bangunan Kompleks Belia Selangor. Zairo ingin membawa Julia ke sini.

“Dear, kita nak pergi mana ni dear?” Julia bertanya kepada Zairo.

“Ada la dear, dear sabar tau, duk diam-diam situ,hehehe” Zairo masih cuba merahsiakan rancangannya.

“Eeii, tak suka la you ni, suka rahsia-rahsia dengan I” Julia mencebik.

“Sabar la dear, dah nak sampai ni” Zairo memujuk Julia.

Mereka sudah sampai di Tasik Seksyen 7. Orang agak ramai, ada yang bersantai, ada yang bersenam, dan ada juga yang sedang berdating. Zairo pula datang untuk berdating. Zairo mengeluarkan sebuah kotak yang agak besar dari bonet dari kereta.

“Kotak apa ni dear? Besarnya” Julia agak hairan dengan gelagat Zairo.

“Hehehe, meh sini dear, ikut I”

Zairo memimpin tangan Julia ke gazebo yang agak jauh sedikit. Sampai sahaja di gazebo, Zairo menyuruh Julia duduk. Julia masih lagi terpinga-pinga, tidak faham. Julia duduk dan Zairo mempersembahkan kotak itu kepadanya. Julia terus membuka kotak itu dengan seribu persoalan bermain di kepala. Usai membuka kotak itu, Julia menjerit sambil menutup mulut dengan kedua belah tangannya.
Di dalam kotak itu, terdapat kek berbentuk hati dengan di atasnya tertera “Genap 5 bulan kita bersama”.
Serentak dengan itu, Zairo mengeluarkan satu kotak kecil dari poket seluarnya. Penutup kotak itu dibuka. Di dalamnya terlihat seutas rantai lengkap dengan loket berbentuk hati berwarna merah jambu. Julia mengeluarkan air mata terharu. Zairo membawa keluar rantai itu dan memakaikannya di leher Julia. Mereka saling berpegang tangan sambil menikmati momen indah ini bersama.

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin aku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu                                                                            yuna – terukir di bintang

Bersambung...

p/s: aku sedang melalui fasa2 sukar dalam hidup aku, moga aku mampu mengharungi segalanya