Zarul dan Maria


Malam sudah bermula. Buktinya, Buletin Utama sudah memulakan propagandanya. Entah apa lagi yang hendak ditipu atau dipolitikkan, kita semua tidak tahu. Sementara itu, di dalam sebuah bilik yang terletak di kawasan kejiranan yang mendamaikan, terlihat seorang lelaki berusia awal 20an sedang menyanyi-nyanyi riang sambil menyarung seluar jeans hitam bersaiz 32. Mungkin malam ini, ada sesuatu yang istimewa dalam hidup Zarul, kalau tidak, masakan pula dia menyanyi riang sebegitu. Zarul, seperti yang diketahui oleh rakan-rakan di universitinya, seorang yang berwajah tampan. Jika Karl Shafek digelar handsome oleh ramai gadis, Zarul juga apa kurangnya. Malah, ramai yang cuba mendekati Zarul, kepingin untuk menjadi kekasih Zarul. Tapi, siapa yang menjadi kekasih Zarul kekal misteri. Di facebook, di ruangan status, Zarul tidak meletakkan apa-apa sekaligus menimbulkan andaian bahawa Zarul masih single atau jugak mungkin seorang yang gay. Tapi, Zarul sering membaca yasin ketika malam jumaat, mustahil pula kalau Zarul seorang yang gay.
“yeay, malam ni nak jumpa Maria!!” Zarul menjerit di dalam bilik.
“Da lama kau tak jumpa Maria kan, enjoy the night bro!!” Abu membalas jeritan dari Zarul tadi.
“Yeah,thanks bro!!”
Zarul turun dari tingkat empat apartmentnya dan terus menghidupkan enjin motorsikal. Perasaan tidak sabar jelas terpancar di wajah Zarul. Sudah lama Zarul tidak bertemu dengan Maria. Zarul terus menuju ke tempat biasa dimana dia sering bertemu Maria.
“Maria….Maria…mari dekat sini, abang datang nak jumpa Maria ni…”
Zarul masih menunggu kelibat Maria. Dua minit kemudian, kelibat Maria sudah kelihatan. Maria masih seperti selalu, bulunya sentiasa rapi.
“Maria, mari makan, abang ada bawak friskies untuk Maria”
“Meoww, meow…” hanya itu yang keluar dari mulut Maria.
Maria makan dengan lahapnya friskies yang ditabur oleh Zarul. Sambil itu, Zarul mengusap-usap leher Maria sambil tersenyum. Zarul pencinta kucing rupanya. 
p/s:  susah,susah,susah

Preview Kenangan di Puncak Part 16 versi novel

part 16

p/s:terima kasih Adi Wafi sudi membaca tulisan aku di dalam zine 100

Dapatkan Zine 100

zine 100

Assalamualaikum semua, di sini ada satu perkhabaran yang ingin aku khabarkan, aku ingin mengajak kalian untuk mendapatkan sebuah zine yang super awesome yang diberi nama "Zine 100". Zine ini menghimpunkan seramai 100 orang penulis dan bertemakan rokok. Aku juga terlibat di dalam penghasilan zine ini dengan aku menyumbangkan satu cerita. Terima kasih diucapkan kepada saudara Rayhan Ahmad yang memberi peluang kepada aku untuk terlibat sama di dalam projek zine ini. Zine ini akan dilancarkan di JB Writers & Readers Festival bertempat di Johor Bahru pada 16 September ini. Jadi, jika kalian berkesempatan untuk pergi atau berada berhampiran, kalian boleh mengunjungi event ini dan dapatkan zine ini di situ. Mau membaca cerita yang aku tulis? cari sahaja nama pepol dengan tajuk cerita "Empat Perkataan". Untuk pembelian secara online, aku masih kurang pasti, jika ada perkhabaran terbaru, akan aku maklumkan nanti, jika mau tau akan details event ini, klik sahaja pada gambar di bawah.

Poster JBWRF2012

p/s: sedang rewrite "Kenangan di Puncak" versi novel, mungkin akan ada sehingga 30 part, lebih 15 part dari versi blog

Tangguh part 1

cover tangguh

Aku rasa, hari ini aku harus beritahu dia. Mungkin, apa yang bakal aku beritahu ini akan menghancurkan hati dia, tapi itu lebih baik sebenarnya. Ahh, aku bukannya mahu batalkan, cuma mau minta tangguh, itupun tidak la terlalu lama, 6 bulan, setahun, entah aku pon tidak tahu berapa lama, tapi yang pasti, memang aku ingin mintak tangguh.

Aku mencapai handset pintar keluaran sebuah syarikat dari Korea. Aku leretkan jari di atas permukaan skrinnya sambil mata tercari-cari akan nombor telefon si dia. Sudah ditemui, langsung aku menelefon si dia yang bergelar tunangan kepada aku kira-kira 11 bulan yang lalu. 5 saat. Telefon masih belum berangkat. Dia sibuk barangkali. Aku masih menunggu. Telefon diangkat, suasana latar belakang agak bingit.

"Hello darling, you dekat mana tu? macam bising sangat je" aku memulakan bicara.

"Hye darling, sorry sorry, i dekat Jalan TAR ni, tengah cari barang sikit untuk majlis kita, kenapa you ada important things ke?"

"Emm agak penting la, i ada something nak cakap dengan you, we should meet darling"

"Owh cakap by phone tak boleh ke dear? "

"Emm tak berapa sesuai dear, emm i sebenarnya nak tangguhkan perkahwinan kita"
aku bercakap dengan nada terketar-ketar.

"What??!!! you ni gila ke apa?? Majlis kita next month you!!"

"Dats why i nak jumpa you dulu, kita discuss dulu"


Telefon diletakkan. Aku dapat rasakan aku kini berhadapan dengan masalah yang besar. Jika diajukan kepada sesiapa pon, pasti mereka akan marah, hanya orang yang kurang waras sahaja akan menerima penangguhan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak sampai sepurnama pon lagi.

Tapi, aku bukan sengaja mengutarakan idea gila ini. Aku bukan sengaja. Aku rasakan macam, perkara ini terlalu terburu-buru, aku cuma inginkan sedikit ruang untuk aku berfikir sejenak. Apakah keputusan yang aku ambil ini tepat? Setahun yang lepas, aku memang yakin dengan keputusan aku ini, tapi dua bulan kebelakangan ini, aku terasa macam, aku perlukan lebih waktu sebelum aku menamatkan zaman bujang aku. Arghh aku bukannya mintak dibatalkan perkahwinan ini, aku cuma mau ditangguhkan dahulu.

Satu mesej diterima. Aku membuka mesej itu, tertera nama tunangan aku.

"I nak jumpa you, sekarang!!!"

Melihat kepada bilangan tanda seru itu sahaja aku sudah mengerti bahawa dia sedang marah, dan jugak mungkin kecewa. Tapi, dia belum tau perkara ini dengan jelas, jadi tidak salah untuk dia berasa begitu. Akan aku huraikan sejelas mungkin akan permintaan aku ini sebaik mata aku bertentang dengan matanya.

Bersambung...

p/s: tidak salah untuk kita doakan yang baik untuk kawan-kawan kita

Wordless Wednesday : Bertemu Lejen

sign pipiyapong

p/s:bertemu lejen dan mendapatkan tandatangan lejen..