Satu Hari di Hari Raya

Hari ini merupakan hari raya. Jika dilihat di kalendar, ini hari kedua umat Islam di Malaysia beraya, umat islam di negara lain aku tak berapa tau sangat kerana ada negara yang berbeza tarikh bermulanya Hari Raya Aidilfitri. memandangkan ini hari raya yang kedua, jadi aku tidak berbaju melayu, cukup hanya dengan berseluar jeans dan menyarung jersi. ringkas, tapi maintain ensem. rambut seperti biasa di sisir ala-ala Shahz Jaszle, owh ye, dia da tukar nama, sekarang Shahrizal Jaszle, macam-macam.

target aku pada hari ini ialah rumah di hujung kampung sana, bersebelahan rumah tok siak. Sumber-sumber tidak rasmi mengatakan di rumah itu ada ramai makwe, jadi terasa agak ralat jika tidak berpeluang untuk berziarah. jadi, aku bangun lebih awal dari biasa hari ini, hanya untuk pergi ke rumah yang sudah ditarget dari malam semalam lagi.

Sampai sahaja di hadapan rumah yang dimaksudkan, sudah terlihat ramai makwe-makwe hijabista....eh ke hijabster? aku juga kurang pasti gelaran yang mana lebih tepat,silap aku jugak tak rujuk Nadya Syafanis dulu sebelum menulis entri ini. Dari jauh lagi aku sudah nampak golongan hijabista yang berwarna-warni seolah memeriahkan suasana hari raya ini. Di hari biasa, mereka sudah berwarna-warni, apatah lagi di hari lebaran ni ye dak?

Aku meminta laluan untuk masuk ke dalam rumah sambil sempat jugak menjeling ke arah hijabista sekalian ini. Comel jugak yang bertudung hijau itu. Cepat-cepat aku alihkan pandangan dan masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah, terlihat ada 3 orang hijabista. Sorang kaler merah, sorang oren dan sorang lagi kaler biru. Lama aku memerhati yang kaler biru itu, rasa macam pernah dilihat sebelum ini, tapi di mana ya? owh baru aku teringat, rupanya ini rumah makwe satu sekolah dengan aku dulu. Ya, aku hampir terlupa. melihat kepada tetamu yang tidak ramai, aku menghampirinya dengan niat ingin bertanya khabar sambil mengambil tahu perkembangan terbaru diri beliau, dengar cerita sudah bekerjaya di Kolumpo.

aku :Hai..

Hijabista : eh hai..

aku : lama kan tak jumpa, buat apa sekarang?

Hijabista : yup, lama kan kita tak jumpa, emm saya da kerja da sekarang, dekat KL, awak pulak?

aku : owh,kerja Kolumpo, saya ada sini je, tolong mak kemas rumah,hehehe

Hijabista : hahaha,kelakar la awak ni, macam dulu jugak, tak berubah

aku : hehehe, ni cuti raya berapa hari ni, lama ke?

Hijabista : tak lama la awak, dua hari je, bengang giler dengan bos, patut bagi la lama sikit, orang ni nak beraya, mana la cukup setakat 2 hari, baju pon 5 pasang tu, belum kira ngn shawl, syria bagai lagi, kalau setakat dua hari je cuti, time bila nak pakai semua-semua tu? takde otak betul bos ni, geram je pot pet pot pet pot pet

aku : awak, bersyukurlah dapat cuti 2 hari, cuba awak tengok pekerja Bangladesh dekat negara kita ni, agak-agak, da berapa tahun dieorang tak balik beraya dekat negara dieorang??

p/s: takut betul aku memikirkan tahun depan mybe aku kena bagi duit raya pulak,siot betul


Beza Budak Dulu dengan Budak Sekarang

Budak Dulu

Exists - Alasanmu
Exists - Dirantai Digelangi Rindu
Exists - Masih Terserlah Ayumu

Budak Sekarang

Super Junior - BonaMana
Big Bang - La La La
CN Blue - Love Girl

Risau jugak aku dengan fenomena k-pop ni.

p/s:tahun ni aku langsung tak layan lagu raya,pelik jugak

Sesuatu yang Hebat tapi Belum Berjudul

Zairo menghampiri bungkusan makanan yang dibelinya di gerai tepi jalan yang hanya 10 langkah dari pintu pagar sebuah sekolah rendah. Hari ini, makcik pemilik gerai itu bermurah hati memberi nasi lebih banyak dari biasa kepada Zairo. Mungkin makcik ini juga perasan akan perubahan badan Zairo yang semakin melidi sejak akhir-akhir ini. Hanya ucapan terima kasih yang mampu Zairo lafazkan tatkala melihat makcik itu menyenduk nasi lebih ke dalam polisterinenya.

“Nak,makan banyak sikit nak,dah makin kurus makcik tengok kamu tu”

“InsyaAllah makcik, saya akan cuba, makcik sorang je ke hari ini, anak makcik ke mana?”

“Owh anak makcik ke bandar, buat apa tu orang panggil medical cek ke apa entah, tak reti makcik nak menyebutnya, ala yang suruh doktor cek tu, nak tengok ada penyakit ke tidak”

“Owh itu medical check-up makcik, kenapa dia buat medical check-up,ada nak sambung belajar ke mana-mana ke makcik?”

“Ha ah, dia dapat sambung belajar ke UiTM,syukur Alhamdulillah,tak sangka dapat jugak dia sambung belajar,harapnya nanti dapat dia ubah nasib keluarga kami ini”

“InsyaAllah makcik, InsyaAllah” Zairo hanya mengukir senyuman.


p/s:jaga-jaga dan selamat membaca

Wordless Wednesday : Sweet Couple

sweet couple

p/s:tahun ni,tak terasa langsung nak beraya

Maafkan Aku

" Maafkan aku, mungkin ini entri terakhir dari aku,buat sementara waktu ini, dan aku mengambil keputusan untuk merehatkan blog ini buat sementara waktu, aku hilang semangat untuk menulis usai sahaja membuka emel daripada uitm, sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk aku tanggung sendiri, dan aku amat mengharapkan sokongan dari pembaca sekalian agar aku dapat menempuhi dugaan ini dan melepasinya, mungkin jika aku berjaya melepasi dugaan ini nanti,aku akan menulis semula, akhir kata, maafkan aku.."



p/s: di kala mereka melonjak kegembiraan, mungkin ada di kalangan kita yang tertunduk kesedihan, dan mereka yang tertunduk kesedihan ini, amat memerlukan sokongan daripada mereka-mereka yang melonjak kegembiraan itu tadi