2022 : Kisah Masa Hadapan #2

cover kisah masa depan

"yup da kawen da,ni ha anak aku Danial, Danial mari sini salam dengan uncle pepol ni,meh sini"

"perghh uncle??aku muda lagi la wei"

"banyak la ko muda,cepat Danial salam dengan uncle pepol"

"hye Danial, Danial ni berapa tahun?"

"Danial 4 tahun uncle"

"owh da 4 tahun,comel la Danial ni"

"terima kasih uncle"jawapan jujur yang keluar dari mulut Danial.

"comel anak ko ni,hey si papa nya tak datang ke?"

"papa nya tak dapat datang,pegi outstation ke sabah tu ha"

"aiseh,tak dapat aku nak jumpa suami ko,kah kah kah"

"suami aku biasa-biasa je la,ha ko ni,mana si isterinya?"

"woit,aku tak kahwin lagi la"

"ko biar betik tak kahwin lagi ni,arghh sudah la ko,tipu"

"ek eleh,motif aku nak tipu ko,kalau da kawen,takde aku datang sorang-sorang camni"

"amboi3,apa yang korang duk borakkan ni,dari tadi lagi"

aku dan laila dikejutkan dengan satu suara yang datang dari belakang.bukanlah suara hantu,tapi suara yang biasa aku dan seisi kelas dengar 10 tahun yang lalu,suara yang biasa menuturkan nasihat kepada kami semua,dengan lagak ala2 seorang ibu, dia tegas memberikan nasihatnya agar kami semua tidak lalai menempuhi kehidupan di kampus. itulah dia bonda. nama sebenarnya bukanlah bonda, tapi diberi gelaran sebegitu kerana peranan beliau yang lebih kepada seorang ibu di dalam kelas kami itu.

"hey bonda,bonda da berisi la,kah kah kah"aku gelak dengan sedikit jahat.

"hahaha,banyak la ko pepol,ko pon da gemuk sikit bonda tengok,hihihi"

"hello,gua maintain je beb"

"eh laila,da lama sampai ke?"tanya bonda kepada laila.

"eh tak la,baru je lagi,bonda datang ngan sape?"

"datang ngn Aleesya ni ha,malas nak tinggalkan dia dengan bibik,papa dia kerja"

"alaa tomey-tomey Aleesya,berapa tahun ni bonda?"tanya laila.

"nak masuk 5 tahun da,ha ko ni pepol,mana orang rumahnya?takkan datang sorang je,hihihi"

"dia tak kahwin lagi la bonda"jawab laila sekaligus membuatkan aku tidak perlu membuka mulut.

"hah ko tak kahwin lagi pepol,biar betul ko ni pepol,asal tak kahwin lagi ni?"

aku dah agak dah soalan-soalan macam ni akan menjadi topik perbualan paling hangat malam ni. ini baru dua orang ni, belum lagi yang lain-lain sampai ni. kalau semua da berkumpul nanti, memang masak la aku jawabnya nak menjawab soalan-soalan maut tu. dan yang paling aku takutkan ialah soalan-soalan itu nanti mungkin akan membuatkan aku berkecil hati dengan mereka. aku menyedut rokok yang sudah separuh terbakar. asapnya aku hembus perlahan-perlahan sehingga menghasilkan bentuk "love".Comel.

"rileks lu bonda,enjoy dulu,da boring nanti baru kahwin,leceh la kahwin muda-muda ni"

"muda hapa nya umur da 34, ko tu bonda bukannya tak tau,memilih sangat, dulu da elok-elok ngan gadis berjilbab,pastu tak nak"

"hahahaha"laila ketawa.

tengok tu,dieorang ungkit balik apa yang berlaku 10 tahun lepas. benda tu da lama berlalu,aku pon da lupakan memori tu. dieorang takkan paham apa yang sebenarnya terjadi masa tu. kalau aku cerita semula pon dieorang takkan paham. situasi ketika itu tidak memihak kepada aku. biarlah, benda tu da jadi kenangan pon pada aku,yang aku gelar kenangan di puncak.

"hahaha,gadis berjilbab ek,die apa cite sekarang?"aku bertanya kepada bonda.

"hah ko tunggu la kejap lagi dia sampai,ko tanya la sendiri pada dia,jangan ko pengsan kejap lagi sudah,hahaha"

"motif aku nak pengsan,aku cool je,wei kita ni memang nak lepak luar je ke?jom ar masuk dalam,nyamuk ar lepak luar ni"

"sabar la dulu,tunggu semua da sampai,kumpul kat sini,baru la kita masuk ke dalam"jawab bonda penuh berhemah yang menyerlahkan ciri-ciri mengapa dia digelar sebagai "bonda".

"wokeh"jawab aku ringkas.

sambil bergelak ketawa,tiba-tiba kami semua ternampak sebuah kereta Audi model terbaru sedang memasuki parkir yang terletak di hujung sana. kereta Audi model apa tidak pula aku ketahui kerana aku tak follow sangat benda-benda kereta ni tapi satu benda yang aku pasti,kereta ni mahal.

"woo,sape pulak ni pakai kereta Audi?"aku bertanya kepada laila dan bonda.

"you guess??"

Bersambung

p/s:insyaAllah,cerpen click akan dilancarkan pada 12hb 3 nanti,hehehehe

Liverpool Power!!!

IMG_5951
bukan dengan team liverpool


London,26 Februari - Kelab terbaik dunia,Liverpool FC telah berjaya memenangi piala yang menjadi idaman kelab-kelab terbaik di dunia iaitu Piala Liga atau juga dikenali sebagai Piala Carling atas sebab-sebab penajaan selepas menewaskan kelab biasa-biasa sahaja,Cardiff City. Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley itu dihadiri oleh puluhan ribu penyokong dari kedua-dua belah kelab yang bertanding. Stadium Wembley dipenuhi dengan lautan biru dan merah walaupun di akhirnya, peminat yang berjersi merah bersorak kegembiraan manakala yang berjersi biru tertunduk sedih.

Perlawanan ini ternyata berat sebelah apabila perlawanan jelas dikuasai oleh kelab terbaik dunia,Liverpool FC. sampai ada satu ketika, bola langsung tidak berjaya dikuasai oleh pemain Cardiff City, seolah-olah hanya pemain Liverpool FC sahaja yang berada di atas padang. semenjak dari awal permainan, pasukan Liverpool FC melakukan serangan bertali arus yang menyebabkan barisan pertahanan Cardiff City berhempas pulas mempertahankan gawang gol mereka dari dibocori.

sementara itu,gol pertama yang dijaringkan Joe Mason dari Cardiff City ternyata merupakan gol belas ihsan dari Liverpool FC. bagi mereka yang menonton di stadium atau di kaca televisyen boleh melihat dengan jelas bagaimana pemain-pemain pertahanan Liverpool FC membiarkan sahaja para pemain Cardiff City membawa bola dan menjaringkan gol. Malah,penjaga gol Liverpool FC, Pepe Reina sengaja membiarkan bola lalu di celah kakinya bagi memberi sedikit kegembiraan kepada pemilik Cardiff City,Tan Sri Vincet Tan yang baru-baru ini melepaskan jawatannya selaku pengerusi B-Group.

sebaik sahaja gol pertama yang dijaringkan oleh Cardiff City itu, pasukan Liverpool FC terus meningkatkan serangan mereka. namun, mereka ternyata mempermainkan perasaan para peminat mereka yang sedia menanti di hadapan kaca televisyen walaupun hari sudah larut malam. hanya pada minit ke-60 barulah mereka menjaringkan gol walaupun sebelumnya mereka dihidangkan dengan deretan peluang keemasan untuk menjaringkan gol. gol jaringan pertahanan kental Liverpool FC, Martin Skrtel membawa para penyokong Cardiff City kembali berpijak di bumi yang nyata.

Sementara itu, kapten pasukan Liverpool FC, Steven Gerrard berkata, beliau sengaja tidak menjaringkan gol semasa penentuan sepakan penalti kerana ingin menambahkan elemen dramatik pada penentuan sepakan penalti itu. Gerrard dipetik berkata"jika saya jaringkannya,pasukan kami akan menang lebih awal,sy tidak sanggup lakukan itu kepada penyokong Cardiff City,mereka datang dari jauh,mereka berhak untuk nikmatinya". kenyataan Gerrard itu turut disokong oleh rakan sepasukan,Charlie Adam. Adam yang turut gagal menjaringkan sepakan penalti senada dengan Gerrard bahawa jika kedua mereka menjaringkan gol melalui sepakan penalti itu, perlawanan akhir itu akan hilang debarannya.

Kenny Dalglish,pengurus pasukan Liverpool FC,nyata tidak teruja dengan kemenangan ini sebaliknya berasa sedikit kecewa dengan tindakan FA Inggeris yang tidak membenarkan mereka menurunkan hanya 10 pemain ketika menentang pasukan Cardiff City. Dalglish berkata"mengapa kami perlu menurunkan sehingga 11 pemain,sedangkan kami mampu memenangi perlawanan ini dengan hanya 10 pemain,kami pasukan hebat,bukan pasukan picisan seperti arsenal,chelsea ataupun spurs,mungkin kami kelihatan sedikit bongkak tapi para peminat yang menyaksikan kami bermain pada malam ini boleh menilai sendiri apa yang sy cakapkan ini"

diharapkan dengan kemenangan ini, ia akan menjadi motivasi terbaik pasukan Liverpool FC. rata-rata para peminat yang ditemui di perkarangan Stadium Wembley percaya selepas ini akan ada banyak lagi piala yang bakal mereka menangi dan mereka perlu mengumpul duit untuk menghadiri perlawanan akhir yang lebih kerap selepas ini. mereka juga percaya pasukan tebaik dunia ini perlu memperbaiki kedudukan mereka di dalam Liga Perdana Inggeris, kerana hanya pasukan dari tangga pertama hingga tangga keempat yang akan diberi kelayakan bermain di dalam kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, bukan kepada pasukan di tangga ketujuh liga seperti yang dinikmati mereka sekarang ini.

sekian dari pepol yang melaporkan dari wembley,untuk Kilau Harian.

p/s:entri ini entri yang penuh dengan elemen sarkastik,harap pembaca semua paham,wink

2022 : Kisah Masa Hadapan #1

cover kisah masa depan

2022. sudah sepuluh tahun berlalu selepas kenangan di puncak. jika dikira dari tahun, memang sudah lama, tapi sebenarnya 10 tahun tidak la lama mana, masa kini bergerak pantas,jumaat bertemu jumaat tanpa kita sedari. aku juga sudah hampir terlupa akan apa yang telah terjadi 10 tahun yang lepas. nikita willy entah ke mana menghilang, gadis berjilbab juga sudah lost contact dengan aku, mungkin sudah berkahwin dengan anak orang kaya.

aku duduk di hadapan laptop sambil melayari blog-blog politik. baru sebentar tadi aku melihat video kempen dari Pengerusi Parti Dacing, Dato' Wan Hamizi. ohh yeah, negara kita tidak lagi diperintah oleh Parti Dacing, sebaliknya oleh parti lagi satu itu. sudah dua pilihanraya berturut-turut Parti Dacing tewas dan Wawasan 2020 sudah berkubur. negara semakin tunggang langgang, agama berterusan dijadikan modal politik dan perpaduan diantara kaum sudah lama renggang. pada tahun depan,bakal diadakan pilihanraya umum ke 15, Dato' Wan Hamizi yakin dia akan mampu membawa kemenangan pada Parti Dacing sekaligus memerintah negara. harapan aku padanya hanya sedikit,agar dia dapat menyediakan pelan kesihatan dan struktur gaji yang lebih baik untuk pekerja bawahan seperti aku ini,itu sahaja.

aku menutup laptop. aku melihat jam di dinding,sudah pukul 7 malam. aku harus bersiap, malam ini ada perkara besar bakal berlaku. pada pukul 8 malam nanti,bakal diadakan satu reunion bagi mengeratkan kembali silaturahim di antara seluruh classmate aku. aku masih ingat ketika mereka merancang reunion ini 10 tahun lepas. macam-macam ramalan yang keluar. yang perempuan semestinya sibuk meneka-neka bilangan anak mereka bila tiba hari reunion nanti. tapi entah mengapa,aku tidak rasa excited dengan reunion ini, mungkin aku malu dengan diri aku sendiri. sepanjang 10 tahun ni, tiada pencapaian yang membanggakan dari aku, masih di takuk lama. jauh bezanya dengan mereka, ada yang sudah menjadi pengarah di hospital, ada yang sudah kerja di Dubai sana dan ada juga yang sukses dengan bisness sendiri.

jam sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. aku menyerang jersi yang sudah menjadi trademark sejak dari dulu lagi. selesai mengerjakan solat maghrib,aku menghidupkan enjin kereta proton Tuah warna putih milikku. sudah 6 tahun aku pakai kereta ni, itupun aku beli secondhand dari rakan sekerja aku. hajat di hati memang ingin bertukar kepada kereta lain, tapi apakan daya, beban hutan PTPTN masih lagi menghantui aku setiap hujung bulan. aku sudah tidak larat untuk menghantar kereta ini ke bengkel, ada sahaja problemnya, aku ingatkan proton sudah berubah,tapi yang berubah hanya nama model kereta,masalahnya tetap kekal diwarisi dari model yang terdahulu.

tepat jam 8 malam,aku sudah sampai di restoran yang bakal menjadi venue pertemuan pertama kami selepas 10 tahun. restoran ini tidak la terlalu mewah dan tidak pula terlalu rendah martabatnya. restoran apa yang dipilih tidak la menjadi hal kepada aku, ini kerana tujuan asal lebih kepada ingin berjumpa semula rakan seperjuangan, bukannya hendak makan,ambil gambar dengan mulut muncung dan kemudian upload di facebook, itu semua kerja budak-budak yang baru nak up. kami semua da berumur 34 tahun,jadi itu bukan lagi keutamaan kami. sudah banyak kereta memenuhi parking di luar. tapi aku masih belum ternampak wajah-wajah yang dulunya pernah aku gelakkan kerana bersungguh-sungguh membuat presentation di hadapan. mungkin aku antara yang terawal sampai.

aku nyalakan sebatang rokok sambil menunggu mereka sampai. di celah samar-samar malam,aku nampak wajah yang biasa aku lihat di dalam kelas dahulu. wajah seorang pelajar cemerlang,yang sering duduk di hadapan kelas, begitu tekun mendengar lecturer mengajar. perlahan-lahan dia berjalan menghampiri aku.

"hye pepol,awalnya ko sampai?"

"hye laila,yup dari dulu lagi aku selalu sampai awal,pegi kelas pon aku yang selalu sampai awal,eh ko cam lagi aku ek?"

"hahaha,banyak la ko sampai awal,selalu lambat je,hahaha mesti ar cam,ko tak banyak berubah pon,camtu jugak"

"aku dari dulu maintain,hehehe"jawab aku sambil menghembuskan asap rokok.

"eh kau hisap rokok sekarang ni?sebelum ni tak hisap kan?"

"kadang-kadang je,yeah rokok boleh hilangkan stress"

"asal ko nih,stress sangat ke?tak elok la hisap rokok,bahaya la"

"hey chill laila,ko ape cite sekarang ni,dengar kata dah kawen da"

Bersambung..

p/s: takut mengenangkan masa depan yang tidak menentu

Kisah Halimah,DL dan Angan-Angan

angan

petang itu aku hanya duduk-duduk sahaja di hadapan rumah. melihat kereta-kereta dari kelantan yang meluncur laju menghala ke kuala lumpur. nak kata pegi bershopping,lambat lagi hari raya aidilfitri. so,aku assume ada perlawanan yang membabitkan Red Warrior di Lembah Klang aje la. aku memerhati jugak ke arah langit sana. sudah lama aku tak ambil gambar awan. kebetulan bateri kamera juga sudah habis, seharian aku abiskan untuk caj semula kuasanya,tapi haram tak masuk. mungkin aku perlu beralih kepada bateri lain pula selepas ini. sedang aku duduk termenung itu, terlihat kelibat dua orang wanita yang sedang berjalan menuju kearah rumah aku. yang seorang itu badannya masih solid manakala yang sorang lagi sudah out potongan badannya.

"assalamualaikum,mak kamu ada di rumah?"tanya Mak Temah kepada aku.

"waalaikumussalam,ada mak temah,jemput la masuk ke rumah"pelawa aku kepada Mak Temah.

rupanya Mak Temah datang berkunjung ke rumah aku bersama anak daranya, Halimah. sudah lama jugak Mak Temah tidak datang berkunjung ke rumah aku ini. semenjak tewas di pemilihan JKKK aritu, semacam berlaku sedikit pergeseran diantara mak aku dan jugak Mak Temah, mungkin mak aku ada calon pilihannya yang tersendiri yang dirasakan mampu membawa kemajuan kepada kampung ini. sementara Mak Temah memulakan sesi sembang di dalam rumah bersama mak aku, aku mempelawa Halimah untuk sama-sama melihat kereta lalu lalang di hadapan rumah. melihat akan Halimah ni, terus aku teringat akan perihal ayahnya yang menangis kerana Kuch Kuch Hota Hai tempoh hari.

"hai awk,jauh termenung"

"merenung masa depan awk"

"amboi,tak lama lagi cerah la kan masa depan awk"

"eh mane tau awk"

"ye la,tak lama lagi da nak abes blaja kat uitm tu kan,lama kan awk blaja"

"emm tu la,da 5 tahun da,sy bukannya apa awk study lama-lama ni,sy kalau boleh nak belajar setinggi mana yang sy mampu, sy nak majukan diri sy,sy nak majukan penduduk kg ni,sy nk majukan bangsa kita, bila sy belajar tinggi-tinggi ni,nanti boleh la sy apply kerja bagus-bagus,jadi manager,pakai tie,duduk dalam opis ada air-cond, lagipun awk tau je la kan,sy anak sulung keluarga sy,nanti akan tiba masanya untuk sy support pulak perbelanjaan adik-adik sy,sampai bila nak harapkan ayah sy sorang je, sikit masa lagi pencen la ayah sy tu, jadi sy yang akan ambil alih untuk membantu adik-adik sy di dalam pelajaran nanti, selain itu, satu hari nanti sy akan berkeluarga awk, sy akan kawen,ada anak,dan membina sebuah keluarga bahagia. perbelanjaan untuk membina sebuah keluarga ni bukannya murah awk,nak-nak pulak kalau hidup di bandar,serba serbi berbayar,nak pegi kerja ngan tol nya lagi,pastu duit minyak lagi, nak beli rumah lagi, harga rumah bukannya murah sekarang ni awk,semua maen setengah juta keatasnya, tu belum lagi dicampur ngan loan PTPTN lagi,bil air,bil elektrik,bil streamyx,cukai pintu,cukai jalan,banyak la lagi awk,sebab tu la sy belajar tinggi-tinggi dengan harapan nanti sy dapat kerja bagus dengan gaji yang juga bagus."

"wah awk,hebatnya awk bercakap,kagum sy,awk ni mesti pandai kan orgnya"

"eh takde la awk,sy biasa-biasa je"

"semalam result uitm da kua kan?boleh tak sy nak tau awk dpt pointer bape?mesti dpt DL kan,hihihi"

"DL??errr,lebih kurang la tu kot"

fikiran aku terus melayang kepada result yang aku cek semalam. dapat DL??kah kah kah,kirim salam je la.

p/s:2022 : Kisah Masa Hadapan,cerpen baru ke?

Kenangan di Puncak Part 15

cover kenangan di puncak


"malam ni??tak free kot awk,sebab plan nak keluar ngan member sy,nape awk?"

"owh camtu ke,emm takpe la,takde pape awk"

mulut kata tidak tapi hati kata lain. kecewa juga aku saat mendengar jawapan dari mulut nikita itu. memang aku ingin keluar bersamanya pada malam itu kerana aku rasakan,masa yang aku luangkan bersamanya tadi belum cukup. terlalu singkat nikita, terlalu singkat untuk aku mengenalimu hanya pada pertemuan pertama. tolak masa tersengih-sengih,tolak masa berblushing,tolak masa mengunyah makanan,tolak masa ketawa sambil tutup mulut,hanya berapa minit saja berbaki untuk aku menyelami hati budi kamu. tak cukup wahai nikita tak cukup.

petang itu aku hanya berehat sahaja di rumah. cuaca yang agak terik menghalang aktiviti rewang aku pada petang itu. rakan rewang aku, kudi juga sedang berada di alam lain. tidak mungkin aku keluar rewang seorang diri, itu bukan rewang namanya,tapi seorang loser yang dah tak tau apa yang nak dibuat. sedang aku berbaring itu, terlihat roomate sedang menggoreng gitar kapoknya. pelbagai lagu yang digorengnya,tapi majoritinya lagu berbahasa inggeris yang langsung tidak pernah aku ketahui. bagi mengelakkan perkara ini berterusan, aku pancing dia dengan satu pertanyaan ringkas sebegini.

"bro,aku nk request lagu, boleh tak?"

"ko nak request lagu apa?"

"lagu hujan,kotak hati"

1,2,3 go. perlahan-lahan jari menari-nari di tali gitar. mula-mula perlahan,kini semakin rancak. irama yang tadinya kelam kabut sudah mula mendapat rentak. aku menunggu dengan penuh sabar sebelum aku mencelah.

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

mulut aku terkumat kamit menyanyikan lagu ini sambil diiringi alunan gitar oleh roomate aku. roomate aku sedikit curiga akan perlakuan aneh aku pada petang itu. biasanya, aku tidak sejiwang ini. sambil aku masih lagi menyanyi, ingatan aku terus kepada nikita willy. apa yang sedang dibuatnya ketika ini?mungkin tengah tidur kot sambil berdengkur. ketika asyik membayangkan wajah nikita willy itu, tiba-tiba wajah gadis berjilbab turut melintas dengan laju. berapa kelajuannya itu tidak pula sempat aku kira. apa sudah jadi pada dia?semenjak peristiwa malam itu, dia sudah tiada lagi dalam hidup aku. dia ibarat musuh kepada aku, mungkin kasar bunyinya,tapi aku tak mampu menipu perasaanku. apa yang dibuat olehnya tidak mampu untuk aku maafkan. Sorry seems to be the hardest word girl. tapi,aku tidak mendengar habis penjelasan darinya pada malam itu. mungkin ada perkara penting yang aku terlepas, yang mungkin boleh membetulkan kembali persepsi aku kepada dia. seperti yang biasa aku baca di majalah terbitan Karangkraf, antara kesilapan semasa bercinta adalah tidak memberi ruang secukupnya kepada pasangan untuk menjelaskan hal sebenarnya. emm,whatever la.

pada malam itu,aku chat bersama nikita willy. aku sempat bertanya dengan siapa dia keluar tadi, dia hanya menjawab dengan member. aku menerimanya dengan nada positif,walaupun kadang-kadang terbit perasaan sangsi akan jawapan itu. chat pada malam itu tidak berlangsung dalam tempoh masa yang lama. penat katanya, jadi dia meminta izin untuk mengundur diri dari medan chat kerana hendak tidur. aku turutkan sahaja permintaannya. sebelum dia melelapkan mata,aku sempat menghantar sekeping mesej.

"sebelum awak tidur,cuba awak dengar lagu ni, McFly - All About You..:D"

"bez ke lagu tu awk,jap ek"

aku menanti dengan sabar akan respons dari dia. sudah 5 minit berlalu, terasa seperti 5 tahun. arghh lamanya, dah tido ke minah ni?aku terus menanti sehinggalah handset aku berdering menandakan ada satu mesej.

"wah bez la,lagu ni untuk sy ke?thanks awk..:D"

"yup,untuk awak la,hehehe"

"hehehe,k la awk,nak tido dlu,nites"

hari sudah cerah,pelbagai urusan menanti aku pada hari ini. kelas, assignment,research dan juga perlu study untuk menghadapi test yang berlambak- lambak sepanjang minggu ini. nak tak nak,hal berkaitan nikita willy dan gadis berjilbab perlu ditolak tepi dulu buat sementara waktu. kudi juga sama,perlu ditolak tepi,kalau melayan kerenah dia,memang tak lulus test la aku jawabnya. perkara test ni bukan boleh dibuat main, kalau tak score masa test,nanti carry mark akan rendah,bila carry mark rendah, peluang untuk lulus menjadi tipis,apatah lagi dapat A. bila peluang nak lulus tu rendah,mula la berdebar tak ingat dunia bila nak cek result, dan bila lulus setakat dapat c je, memang takkan dapat DL la,dan bila tak dapat DL, mula la dipandang rendah nanti. jadi,semuanya bermula dengan test yang bakal aku hadapi ini.

ketika menjawab test,aku perasan akan sepasang mata yang sering curi-curi pandang kepada aku. aku cuba berlagak cool. kadang-kadang,aku jual mahal jugak. tapi,macam rugi pula kalau jual mahal sangat. jadi,aku membalas jelingan itu. yeah jelingan yang tak lain tak bukan ialah dari gadis berjilbab. sayu juga hati tatkala melihat dia. please gadis berjilbab, jangan buat aku rasa bersalah sebegini, aku mahu teruskan hidup aku tapi bukan dengan kamu. selesai menjawab test, aku lekas pulang ke rumah. terbit satu rasa kepuasan bila beban test sudah berjaya dibuang jauh. aku mau meraikan kebebasan sementara yang aku nikmati ini bersama nikita willy. yeah weekend ini aku mau luangkan masa bersamanya.

sudah 15 minit aku terpacak menunggu nikita di sebuah pusat membeli belah yang alamatnya ada tertera bukit,tapi tidak la terletak di atas bukit,hanya di atas tanah rata sahaja. orang ramai semakin ramai yang lalu lalang di hadapan aku. ada juga beberapa kapel yang lalu sambil berpegangan tangan. dari kejauhan,aku nampak kelibat nikita willy bersama beberapa orang temannya. dia paling menyerlah diantara mereka,mungkin ada elemen bias di dalam kenyataan aku ini. apabila sudah hampir dengan aku, teman-teman seakan faham dan mula melencong kearah lain dan membiarkan aku hanya berdua bersama nikita. aku berjalan beriringan bersamanya,kami tidak berpegangan tangan, kerana masing-masing bukan muhrim.

"awak,sy nk cakap sikit dengan awk ni"

"yup,cakaplah,sy mendengar"

"sy rasakan,sy dah jatuh cinta la"

"erkkk,biar betul awk ni,dengan sapakah?"hati aku berdegup kencang mendengar kenyataan dari nikita itu. dia jatuh cinta dengan siapa pulak ni?

"awak ingat tak ada malam tu sy cakap sy keluar dengan member sy"

"ha yup ingat-ingat,malam sy bagi lagu kat awak tu kan,then?"

"sebenarnya sy jumpa someone malam tu,hihihi"

"owh ye ke,means lelaki la kan?"jawab aku sedikit hampa.

"yup,actually sy da lama kawan dengan dia,then malam tu dia buat surprise untuk sy,dan yang lebih surprise lagi,dia propose sy"

"owh macam tu ke,so awk terima la?"tanya aku dengan suara yang tersekat-sekat.

"belum lagi,sy mintak masa dari dia untuk pikir dulu,but now,i will"

jantung aku bagaikan luruh sehingga ke kaki tatkala mendengar pernyataan itu dari mulut dia. apa yang aku takutkan akhirnya terjadi juga. dia terlucut dari genggaman aku, aku terlambat,ada orang lain yang terlebih dahulu menyatakan perasaan cinta terhadap dirinya.

"hey,nape awk diam je ni?"

"hehehe,takde pape,btw selamat berbahagia awk..:D"

"thanks awk,awk ni memang kawan yang baik, eh ada member sy kan,dia selalu tanya kat sy pasal awk,dia minat kat awak kot,nanti sy kenalkan pada awk k"

"eh takpe la awk,sy ni bukannnya ensem pon,huhuhu"

pertemuan yang diharapkan menjadi momen bahagia itu bertukar menjadi derita. Hambar. tiada apa yang menyeronokkan lagi. dia bakal menjadi hak milik orang lain sedikit masa lagi. orang yang mungkin lebih berhak untuk menerima cinta dia. aku redha akan ketentuan ini, mungkin tuhan sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. mana kita tau kan.

aku pulang ke rumah sewa dengan hati yang sayu. pilu. masih berbekas kesedihan itu di hati ini. perlahan-lahan aku menongkat motorku di sebelah motor kudi. aku tidak terus masuk ke rumah,sebaliknya memerhati kelibat kanak-kanak yang sedang asyik bermain bola sepak. seronoknya menjadi kanak-kanak,hidup tanpa masalah. tiba-tiba,terasa getaran di dalam poket seluar. handset nokia hitam merah dikeluarkan,ada sekeping mesej yang baru masuk. mesej dari gadis berjilbab. ringkas sahaja mesejnya yang berbunyi begini...

"saya dah break dengan bf sy"

TAMAT...

p/s: terima kasih kepada semua pembaca kenangan di puncak,aku amat menghargainya, buat masa ini,aku masih berbaki satu semester lagi di puncak alam, jadi perihal kenangan di puncak season 2 itu aku sendiri pon belum pasti,kalau ada,ada la,kalau tiada,sampai di sini sahajalah,biarlah tuhan yang merencanakannya,kan2..:D

Pakcik Sentimental

pakcik sentimental

petang ini agak redup,mungkin hujan bakal turun tidak lama lagi. logik jugak,memandangkan sebuah tempat di Pahang ini yang dulunya pernah menjadi ibu negeri sudah beberapa hari tidak ditimpa hujan. terlihat seorang tua sedang duduk termenung di hadapan rumah PPRT hasil pemberian kerajaan yang disayangi ramai. jauh pakcik itu termenung,sesekali dia menghisap rokok gulung yang tembakaunya dibeli di kedai Haji Ali di seberang jalan sana. yeah Haji Ali orang kaya di kampung ini, tidak cukup dengan ladang kelapa sawit,dibukanya pula sebuah kedai runcit yang berterusan menekan penduduk kampung ini. tapi apa pilihan mereka,di sini tiada Tesco,Giant atau Econsave untuk mereka membeli barang keperluan.

aku kini berjalan menghampiri rumah pakcik ini. hajatnya ingin ketemu sama anak gadis suntinya bernama Halimah. anak gadisnya ini memang cantik, jauh bezanya dengan Halimah Jongang yang biasa kita lihat di saluran tv berbayar itu. memandangkan kini cuti semester, aku merasakan perlu untuk aku pergi menjenguk Halimah,mana tau dia sudah putus dengan bf kereta Wiranya tu ke,boleh la aku menjadi tempat dia bersandar pula. aku masih ingat memori semasa di sekolah dulu, aku pernah berkongsi bekal yang aku bawa bersama dia,makan bersama-sama dia, arggh malaslah aku nak ingat balik memori itu,buat sakit hati je.

aku sudah sampai di hadapan rumahnya. saat aku ingin menegur pakcik itu, air matanya jatuh bercucuran. aku sedikit kaget,apa sentimental sangat ni sampai menangis pulak. bila melihat pakcik ini bercucuran air mata, aku teringat akan kisah hidup pakcik ini semasa mudanya. hidupnya memang susah,seperti biasa orang selalu tulis, kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. beliau membanting tulang untuk membesarkan anaknya si Halimah yang comel dan bermata galak itu. namun apabila Jepun menguasai Tanah Melayu,segalanya berubah. Pakcik ini ditangkap dan dihantar ke Burma untuk menjadi buruh paksa bagi menyiapkan sebuah landasan keretapi yang dipanggil landasan keretapi maut. ramai yang mati ketika menjadi buruh paksa itu tapi nasib pakcik ini baik,berjaya pulang ke Tanah Melayu dengan selamat. mungkin pakcik ini terkenangkan kisah masa lampaunya itu sehingga menitis air mata.



"salam pakcik,kenapa pakcik sedih,teringat kisah lama ke?"

"pakcik sedih tengok cite Kuch Kuch Hota Hai dekat tv3 tadi"

"owh ok"

p/s:aku dengar cite,UiTM bagi semua A tuk result sem ni,so tak payah cek la kn,ke cmne?

Kenangan di Puncak Part 14

cover kenangan di puncak

"hai nikita"

"hai awk,eii awk ni,selalu panggil sy nikita,sy bukan nikita la"

"alaa,sy suka panggil awk nikita,tak salah kan?"

"salah tu tak la,tapi nikita tu kan comel,sy pulak tak comel"

"amboi cik nikita kita ni,merendah dirinya dia,hey awk kelas sampai pukul berapa esok?"

"esok sampai pukul 12,why?"

"ok cantek,sudikah cik nikita temankan sy makan tengah hari esok?"

"hahaha,kelakar la awk ni,emm boleh kot, lagipun sebelum ni sy pernah cakap one day sy akan keluar dengan awk,so mybe tomorrow is the best day for me to fullfil my promise"

"wow,thats great,so kita nak makan dekat mana esok,ada cadangan?"

"dekat cafe Plaza Satelit B(PSB),ada berani??hihihi"

"alamak cik nikita,ramainya orang kat situ,awk tak kisah menjadi bahan gosip kalau kita makan dekat situ?"

"hey bahan gosip??never mind,sy saja nak uji awk,hihihi"

"eh uji sy?ujian apakah ini?"

"eh tak2,takde pape"

begitulah serba sedikit chat yang terjadi diantara kedua mereka di laman sosial ciptaan seorang yang berbangsa yahudi. aneh bukan dunia ini, baru sekejap tadi, aku ditimpa kekecewaan yang sungguh celaka,tapi sekejap saja selepas itu,tuhan turunkan pula bunga-bunga cinta supaya aku boleh tidur dengan lena pada malam ini. hal berkaitan gadis berjilbab yang berlangsung hangat di kedai makan tadi sudah mula hilang dalam pekat malam. ternyata penangan nikita willy begitu kuat sehinggakan hati yang hancur tadi sudah mula bercantum kembali. aku tidak tau apa jampi atau bomoh mana yang kau jumpa wahai nikita. dengan hanya chatting saja pon kau sudah mampu mengembalikan senyum manis di bibir ini yang hilang entah ke mana ketika bersama gadis berjilbab tadi.

aku berbaring di atas tilam,memandang ke arah siling. hanya ada dua ekor cicak yang sedang memadu kasih.aku hanya tersenyum simpul. tiba-tiba, aku rasakan ada hentakan di pergelangan kaki kiriku. terlihat satu kelibat raksasa sedang memandang tepat ke arah aku.

"ko pehal senyum2 macam kambing ni?"kudi menegur melihat tindak tanduk aku yang tersengih sorang-sorang.

"takde pape,kudi tutup lampu"

lampu kini sudah ditutup. hanya cahaya dari skrin laptop kudi yang menerangi bilik. aku mencapai handset aku dan alarm disetkan. aku harus tidur awal pada malam ini, kerana ada perkara penting yang bakal berlaku esok. aku akan memulakan hidup baru, bersama dengan orang baru, sambil memakai jersi baru(yang last tu tipu).bak kata budak-budak muda sekarang ni,move on ke ape tah,yeah aku perlu move on,lupakan kekecewaan lampau itu,dan bina kebahagiaan baru,dan aku hampir pasti orang itu tidak bukan ialah....nikita willy.

"hye nikita,sy tunggu dekat cafe angsana k?"

"hye,ha okok,kejap lagi sy sampai,sabar tau"

ringkas saja perbualan aku bersama nikita di telefon pada tengah hari itu. ya mungkin korang merasa pelik,di awalnya berjanji mahu berjumpa di Plaza Satelit B(PSB),tetapi mengapa nama cafe angsana pula yang naik ini? yup aku menukar plan di saat akhir. mujur nikita tidak membantah aku menukar venue date pertama itu malah menerima saja dengan hati yang terbuka. mungkin dia juga sedar, bertemu dengan aku itu jauh lebih mustahak dari makan di PSB sebenarnya,cewahh. sebenarnya,aku cuma mahukan sebuah tempat yang tidak terlalu ramai manusia, sebuah tempat yang aku rasakan selesa untuk berbicara dan juga makan pada masa yang sama. PSB aku rasakan terlalu bingit, tidak sesuai untuk aku memulakan sebuah perhubungan yang baru disitu. pasti ramai mata-mata yang akan memerhati segala tindak tanduk di situ,menambahkan lagi ketidakselesaan aku. dan menjelang petang, pasti gosip mengenai aku akan tersebar secara meluas,dan kita boleh nampak,pengaruh negatif yang dibawa oleh rancangan Melodi.

"jom kita amek makanan"

"jom awk"

ringkas ajakan aku kepada nikita willy sebaik saja dia melabuhkan diri di atas kerusi berwarna oren itu. mata aku terpaut pada dirinya yang cukup ringkas pada hari ini. tiada solekan tebal,tiada kaler rambut yang terlalu blonde,dan tiada baju yang seksi sehingga menampakkan apa yang sepatutnya hanya dilihat oleh sang suami. walaupun dia belum bertudung,tapi aku yakin satu hari nanti dia akan bertudung,bukan untuk aku,kerana aku pon belum pasti apakah aku ditakdirkan bersama dengan dia nanti, tetapi biarlah dia bertudung, sebagai bekalan untuk dia ketika menghadap Tuhan yang Maha Esa nanti.

"hey sikit je awk makan,takde selera ke?"

"yup,kurang selera la awk"

"kenapa ni awk,ada masalah ke?masalah ngan gf la ni kan,pelik tau tengok orang yang cukup petah kt chat boleh jadi monyok camni"

"hahaha,nampak monyok ke?takde la awk,sy ok je,yeah ada masalah sikit semalam?"

"owh really,taknak share dengan pemain sinetron macam sy ni ke?hihihi"

aku ketawa besar mendengar kata-kata dari nikita willy itu. ternyata,dia pon sudah mula menerima aku memanggilnya dengan nama nikita. aku menceritakan segala apa yang terjadi diantara aku dan gadis berjilbab. kau lihat wahai gadis berjilbab,betapa besarnya pengaruh kau terhadap aku, tengok la,ketika aku duduk dengan gf baru aku pon, nama kau masih lagi meniti di bibir aku, tapi kau tak nampak itu semua,yang kau nampak lelaki tu. apalah nasib badan.

"wow tragisnya kisah awk ni,macam sinetron jugak,hihihi"reaksi nikita sebaik saja aku habis berbicara pasal gadis berjilbab.

"emm,btw do you know her?"

"who,gadis berjilbab?tak kenal,sy jarang kenal orang,orang yang selalu kenal sy,hihihi"

"amboi,tiru ayat orang,cepuk kang"

"hihihi,awk tu la,selalu sangat guna ayat tu,tau la blogger,bajet femes letewww"

aku ketawa berdekah-berdekah. alahai nikita,kau memang pandai mengambil hati aku kan. kalau aku tau tadi,tak payah aku makan,tengok telatah kau ni pon da cukup buat aku kenyang da,tapi nanti bila kau balik,aku lapar la semula. perbualan aku bersama dia berlarutan sehingga ke jam dua. kalau boleh,aku mau lanjutkan sehingga ke jam 4,tapi cafe tempat aku melepak ni di sebelahnya surau, apa kata mereka nanti melihat aku masih belum menunaikan solat zuhur sedangkan waktu zuhur sudah lama berlalu?jadi menamatkan perbualan aku dan kini aku sedang berjalan berdua bersama nikita di luar cafe.

"so,macamana dengan date pertama kita tadi?"

"hey date ke tadi,just makan tengah hari je kan,btw not bad la,bez lepak dengan awk"

"so awk free tak malam ni?"

Bersambung...

p/s:tinggal satu part je lagi,apa korg rasa yang bakal terjadi pada 3 watak utama ni?yg watak kudi tu tolak ketepi la

Benda Salah

benda salah

pagi itu sejuk sekali. penyaman udara yang dipasang kuat beserta suhu yang rendah membuatkan aku terasa seperti hendak terkucil. aku duduk di kelas, suasana sungguh sepi sekali. hanya bunyi "ketuk ketak ketuk ketak" dari sepatu lecturer memecahkan kedinginan pagi itu. hari ini telah berlangsung satu test untuk subjek yang boleh tahan jugak susahnya. mungkin bagi para tahfiz, paper ni kacang je,tapi bagi aku yang sering terminum air dimasuki semut,test pagi ni boleh tahan dahsyatnya.

semalaman aku menghadap buku dan bukan muka buku,hanya untuk lulus test pada pagi ini. aku optimis, pengorbanan aku ini akan membuahkan hasil. tapi, apakan daya, aku hanya merancang, apa2 pon tuhan yang akan menentukannya. apa yang aku baca semalam,langsung tak keluar der. aku musykil jugak,apakah ada konspirasi untuk menggagalkan aku?arghh tidak baik untuk tuduh semberono sebegitu.

aku kini mula tidak keruan. kepala yang tidak gatal digaru-garu. matlamat asal untuk lulus kini di dalam bahaya. aku tidak mahu gagal lagi,subjek ini killer,lagipun malu la aku nanti bila lecturer umum aku dapat markah paling rendah. aku memerhati sekeliling, kelihatan para pelajar dekan sedang kusyuk menulis sambil menundukkan kepala. ternyata,soalan sukar sebegini tidak menjadi kudis kepada mereka.

aku memalingkan muka aku ke sebelah kiri. terlihat kudi sedang kusyuk menulis. terbit perasaan hairan di dalam diri aku melihat dia boleh menjawab dengan tenang soalan itu. aku memerhatikan lagi tindak tanduknya. sedang die menulis,tiba2 dia menyelak kertas jawapannya dan menampakkan nota di bawahnya. aku terkejut,patutlah dia steady je jawab,rupanya ada toyol.

"wei,passing dekat aku,aku nak tau jugak jawapan"

"kejap2"

aku terus menanti toyol yang dijanjikan oleh kudi,namun hampa. sampai ke sudah,dia tidak memberikan toyol yang dijanjikan itu pada aku. selesai menghantar kertas jawapan yang hampir kosong itu,aku sudah tidak sabar untuk cepuk kepala di luar kelas.

"woit,apasal ko tak bagi jawapan dekat aku tadi,ko nak makan sorang ek?"

"bukan macam tu,biarlah aku sorang je yang tiru,aku taknak kau terbabit sama,biarlah aku sorang je masuk neraka,aku tak nak kau ikut sama"

aku berlalu pergi sambil mengesat air mata terharu yang menitis laju.

p/s:

Fulzam dan blognya

blog-wordle

Fulzam,yeah nama aku Fulzam, mungkin kedengaran agak pelik,tetapi itulah yang ditulis oleh seorang nurse comel sebuah hospital kerajaan pada sekeping kertas yang digelar surat beranak satu masa dulu. terbit rasa hairan yang amat tinggi pada diri mengapa nama aku sebegitu rupa. persoalan ini aku ajukan pada papa aku yang baru sudah menikmati juadah ikan sardin yang menjadi kegemarannya semenjak alam kampus lagi.

Fulzam : papa,kenapa nama along Fulzam?macam pelik je

Papa : owh fulzam nak tau ye,nama fulzam tu papa amek sempena nama seorang blogger,saiful zamir,blog die bez, tak macam blog papa,failed terus. papa cantumkan nama depan dan belakang dia,so jadi la fulzam.

Fulzam : owh macam tu,ha nak tanya lagi,kenapa orang panggil papa "kudi"??dari mana papa dapat nama panggilan tu?

Papa : Err...err...err

agak lama aku menanti jawapan dari papa, tetapi hanya err yang keluar, mungkin papa belum bersedia untuk membongkar kisah hidupnya pada aku. aku membuka laman blog yang dimaksudkan, ternyata beliau rajin menulis. tapi entri di blognya terhenti pada satu tarikh,tiada lagi update selepas itu,ini mengundang persoalan kepada aku,apakah dia sudah hilang minat untuk menulis?atau internet di rumah beliau sudah dipotong,ataupun ada makhluk asing yang datang menculik sehingga menyebabkan dia tidak boleh update blog lagi?arghh ke situ pula aku melalut,biarkanlah dia,kini tiba masa untuk aku pulak buat blog.

aku mahukan sebuah blog yang simple tapi kemas. tiada widget2 yang memedihkan mata dan membuatkan mereka yang on9 guna broadband sakit hati menunggu untuk semua widget tu abes loading. aku mau sebuah blog yang ringan dan cukup pantas bila loading,aku mahukan pembaca memberi perhatian pada apa yang aku tulis,dan bukannya menilai dari cantik buruknya template,hensem atau huduh pemiliknya atau jumlah follower. lagipun itulah tujuan berblogging bukan,menulis dan org baca.

aku tak mau blog aku dipenuhi dengan gambar pasangan aku di bahagian tepi,ini blog aku,bukan blog pasangan aku. lagipun,aku tidak mau timbul masalah di kemudian hari. sudah banyak cerita yang aku dengar, time kapel,bukan maen lagi letak gambar makwe/pakwe dekat tepi,pastu tulis caption "ini buah hati sy,jangan curi tau"(owh,sumpah aku geli). kemudian bila perhubungan putus di tengah jalan,mula la sibuk nak buang semua gambar2 tu,dan akan ada satu entri khas mengenainya yang bertajuk "Awak tiada lagi dalam hidup sy".owh,sungguh naif.

aku tak mau blog aku kelihatan seperti utusan online versi blog. owh man, we are blogger, not a reporter. aku tak mau blog aku hanya ada entri2 yang ceritanya tengah panas. petang semalam whitney houston mati, dan pada malamnya,akan naik la entri yang bertajuk "Whitney Houston Meninggal Dunia",segala isi kandungannya hanyalah di copy paste dari website2 berita, dengan sedikit penambahan dari tuan empunya blog,maka terhasillah entri yang boleh menjana ribuan trafik. woo,itu bukan cara aku.

besar harapan aku untuk melihat apa yang aku angankan ini menjadi kenyataan. "selamat datang ke dunia blog,fulzam".aku berbisik di dalam hati.

p/s: entri ni terlampau banyak benda yang tersirat,pandai2 la korg tafsir sendiri

Kenangan di Puncak Part 13

cover kenangan di puncak


"perasaan awk pada sy??eh chopp,awk ada perasaan pada sy ke?"

"yup,da lama da,dari dulu lagi,apa awk tak sedar?"

"tak,sy tak tahu pon awk, sy tak sedar,awk tak pernah cakap pon pasal hal ni"

"apa perlu sy cakap baru awk akan tau?tak boleh awk tafsir sendiri dari cara sy layan awk,bercakap dengan awk,ambil berat pasal awk,tak ke awk nampak semua benda tu?"

"ya sy tau awk layan sy baik sekali,selalu ambil berat pasal sy,selalu ada bila sy perlukan seseorang untuk luahkan masalah sy,tapi sekadar kawan je awk,cinta sy pada bf sy,bukan pada awk"

serentak dengan itu, aku rasa ada satu benda yang sedang meletup di dalam badan aku. ya benda itu, yang dipanggil hati, kini sudah hancur, musnah dibom oleh seorang perajurit yang ayu berjilbab, ternyata dia begitu keras untuk berani memusnahkan hati seorang jejaka yang dipenuhi ego ini. Sekadar kawan je. 3 perkataan yang membentuk ayat ringkas ni berpusing-pusing di dalam kepala otak aku. arghh seksanya bila difikirkan kembali, aku hanya membuang masa selama ini. aku keluarkan perasaan cinta aku pada gadis yang perasaan cintanya ada pada lelaki lain. Bebal. mata aku berkaca, aku tak boleh menangis, mungkin nanti,tapi bukan di hadapan dia, jangan biarkan dia tau bahawa aku cukup sedih mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir manisnya itu tadi.

"owh,takpe la kalau camtu"

hanya itu yang mampu terpacul dari mulut aku. mustahil aku masih mampu petah berbicara atau mengeluarkan jenaka kasar yang pernah tidak disenangi oleh beberapa kenalan sebelum ini.

"ya Allah,bawa aku pergi dari sini,tolong ya Allah".

cebisan hati yang sudah hancur tadi berbisik-bisik. aku mau segera pergi dari sini, aku tidak mahu menyambung perbualan, cukuplah,aku sudah mendapat jawapannya, yang langsung tidak menyebelahi aku. kau kejam wahai gadis berjilbab, sampai hati kau rahsiakan perkara sepenting ini,membiarkan aku berkhayal setiap hari bahawa akan tibanya hari di mana kita berbahagia bersama.

"sy nak balik"

"eh cepatnya,awk kn tak abes makan lagi,lagipun banyak lagi benda yang saya nak cakap"

"tak pe la,next time,sy ada hal dengan kudi ni"

"eh nantilah dulu"

aku bingkas bangun, membuat bayaran di kaunter,dan langsung menuju ke arah motor. enjin dihidupkan,dan aku sempat menjeling ke arah gadis berjilbab, terlihat dia terpinga-pinga akan tindak tanduk dari aku,masih kelihatan comel walau dalam keadaan sebegitu, arghh comel dia bukan untuk aku, untuk si pengarang jantung hatinya. jangan dikacau gadis yang sudah menjadi hak milik orang, apa kalian ada ilmu taekwando yang cukup untuk bergasak dengan teman lelakinya nanti?aku cuma belajar taekwando sampai tali pinggang biru,jadi aku tidak berapa yakin andai kata tercetusnya satu pertempuran dengan balaknya nanti jika aku berkeras ingin mengusik gadis berjilbab.

sepanjang perjalanan pulang, motor yang ditunggang terasa perlahan, bergerak terlalu lembap, terasa masa terlalu lambat berlalu, apa yang terjadi di kedai makan tadi masih segar bugar di dalam ingatanku. fikiran aku khayal, mengenangkan nasib aku, yang baru kehilangan orang yang aku sayang, da lama aku sayang pada dia,sehinggakan aku terlupa untuk luahkan perasaan itu padanya,dan sekarang rasakanlah akibatnya,aku sendiri yang patut dipersalahkan.

"ko kena cepat bro, setakat pendam je,sampai bila dia takkan tahu perasaan ko"

nasihat bernas dari kudi itu melintas dengan tiba-tiba. punyai penasihat sehebat kudi juga belum menjamin aku untuk mendapat cinta yang didambakan. tapi semua itu salah aku, kudi sudah memberi nasihat, aku yang angkuh menolaknya bulat-bulat. bukan sengaja aku menolak nasihat kudi pada masa itu, tapi masa itu lain, aku seorang jejaka yang tidak punyai apa-apa, potongan rambut juga masih buruk,bukan seperti ala-ala shah jaszle seperti pada hari ini. pada ketika itu, aku percaya biarlah jalan cinta aku ditetapkan oleh aku sendiri. aku mahu berkawan dulu dengan dia, kemudian perlahan-lahan aku mengenali hati budinya, kenal baik buruk perangainya, cuba serasi bersamanya sebelum di pengakhirannya aku luahkan perasaan itu. tapi, semua sudah hancur,aku tersilap langkah, di dalam dunia yang serba pantas ini, hal-hal perasaan juga harus ditangani dengan pantas. jika suka,terus kata padanya,ada untung,sabut akan timbul.

aku sudah sampai di rumah. terdengar bunyi tapak kaki housemate aku sedang berlari-lari. apa ke bangangnya main lari-lari time malam-malam sebegini?satu contoh mudah yang umur 20an belum tentu menjanjikan seseorang itu sudah matang. kematangan itu perlu dibina sendiri, tidak berkait dengan umur ataupun jantina, terpulang bagaimana diri sendiri untuk mencorakkannya, samada masih mahu berperangai kebudak-budakkan pada umur 20an atau berubah menjadi seorang dewasa. kudi masih tersengih-sengih di hadapan laptop, mungkin sudah ketemu gadis impiannya,aku pula baru saja kehilangan seorang gadis impian.

laptop dihidupkan, boot process yang memakan masa ini cukup menguji kesabaran aku, hendak saja aku hentakkan penumbuk pada skrin dia, agar boleh aku lupuskan laptop yang mudah panas ini digantikan dengan laptop berjenama Asus yang terbukti cukup efisien ketika bermain games PES. aku membuka partition D pada laptop yang sudah hampir dua tahun aku pakai ini. cursor mouse dihalakan pada satu folder yang bernama gadis berjilbab. dengan satu klik,terpampang jelas apa yang terkandung di dalamnya. ada gambar dan jugak lagu.

yeah gambar dia,dan gambar aku bersama dia.semuanya aku simpan di dalam folder ini. melihat senyumannya di dalam gambar itu membuatkan hati aku pedih. semasa gambar itu diambil, terasa seperti langit ini bertukar menjadi satu taman bunga yang indah, ya memang indah tidak terkata. aku masih ingat lagi, ketika itu,aku tersipu-sipu malu tatkala dia,si gadis berjilbab beriya-riya mahu mengambil gambar bersamaku. aku bukan artis ketika itu,ya sama saja seperti hari ini,aku masih bukan artis, tapi dia bersemangat untuk mengambil gambar bersamaku. memang pada detik itu aku malu, tapi habis saja acara itu, pantas aku meminta salinan gambar itu. sampai di kolej, aku tidak edit gambar itu, biarlah ia kelihatan neutral,agar momen itu kekal pada gambar itu. dan barisan lagu yang terdapat di dalam folder ini, kesemuanya adalah lagu kegemarannya, aku tau benar akan citarasa muziknya. huh hari ni,aku tidak mampu untuk mendengar lagu-lagu ini.

aku tutup kembali folder ini, malam ini aku sudah nekad. aku mahu hapuskan segala memoriku bersama gadis berjilbab. kesemuanya,tanpa ada yang tersisa, aku tidak mahu perkara ini menghantui aku. cukuplah sampai disini, kisah aku bersamanya, dengan hati yang cukup berat,tanpa diiringi kalimah Bismillah, aku tekan butang delete.

"yeah,aku ada nikita willy."

Bersambung...

p/s: Evra 3 - 1 Suarez

Kau yang Menghampirinya

dv2017013

"apa yg b da buat ni??"

Tasha melontarkan pertanyaan itu kepada Zarul dalam nada yang begitu cemas sekali. masakan tidak cemas,celik saja mata,tasha mendapati dirinya kini tanpa seurat benang di dalam balutan selimut tebal sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

"b!!,apa yg b dah buat kat i ni??

"hahahaha,takde pape,cuma berseronok saja semalam,hahahha"

"apa yg seronok ni b,jangan cakap u dah tido dengan i,please b"

"hahaha,u tengok la sendiri kita dekat mana ni,tengok sikit keadaan u tu,u agak apa yg kita buat semalam??hahaha btw u great tasha,hahahaha"

hancur luluh hati tasha mendengar perkhabaran dari zarul itu, terasa dunianya kini gelap,masa depannya musnah,dengan tidak semena-mena,terbayang wajah kedua ibubapa yang acap kali memberi nasihat kepadanya agar menjaga diri ketika menimba ilmu di kota raya. bawa pulang segulung ijazah dan ubah nasib keluarga untuk selamanya,pada dirinyalah ibubapa tercinta menyandar harapan agar keluarga mereka tidak lagi dipandang hina. namun,kini segalanya telah punah,punah oleh seorang lelaki jongos yang hanya pandai mengambil kesempatan di atas naifnya seorang perempuan.

"sanggup b buat i macam ni? i cintakan u b,tapi kenapa u buat i macam ni??"

"heh cinta??f*** off la dengan cinta,setakat perempuan macam u bila-bila masa je i boleh dapat la,i dah taburkan duit i untuk u,takkan la i tak boleh dapat apa yang i nak dari u?hahaha"

bercucuran air mata jatuh dari kelopak mata tasha usai mendengar kata-kata zarul itu. langsung dia tidak menyangka,ikatan janji yang termeterai sebulan yang lepas hanyalah tebu di tepi bibir saja. apa yang diungkapkan pada malam hari lahirnya itu terbukti sekadar omongan kosong,bicara yang punyai niat jahat di belakangnya. cinta zarul hanya pada nafsu, ingin merobek kesuciaan yang selama ini teguh tasha pertahankan.diakui,punya wajah serta bentuk tubuh yang menarik,dia berhak untuk mendapat cinta sejati yang datangnya dari seorang lelaki yang mampu untuk membahagiakan dirinya.

tapi,tasha tewas di dalam permainan wang ringgit,matanya menjadi kelabu tatkala melihat kereta honda integra yang dipandu oleh zarul. terbit semacam perasaan bangga melihat si buah hati datang menjemput di kolej kediaman dengan menaiki kereta penuh segak tatkala rakan-rakan yang lain hanya mampu mengintai dari tirai bilik. tiap kali bersama,ajukan saja permintaan dari hati,pasti ditunaikan oleh zarul. dari beg tangan indah,kasut berkilauan,makanan dari restoran mewah,semuanya boleh dinikmati berbekalkan modal air liur saja. zarul tidak kisah berhabisan duit untuk si jantung hati,tapi setiap pelaburan pasti kita mau keuntungannya,jadi niat di dalam hati tiada siapa yang tau.

"u mesti bertanggungjawab zarul!!"

"bertanggungjawab apa pulak ni??dah pegi mandi,pakai baju,then i anta u balik,nanti bising pulak housemate u kat kolej tengok u tak balik2"

di dalam bilik air hotel serba mewah itu, tasha tidak rasa walau sekelumit ketenangan,hanya tangisan dan tangisan yang memenuhi ruang bilik air itu. Buntu. tasha buntu memikirkan akan nasib dirinya,apa yang harus dijawab pada kedua ibubapanya?tasha membasuh muka,diamati wajahnya pada cermin besar,terasa hendak saja dihantukkan wajahnya pada cermin itu,agar berakhir semua penderitaannya. di tepi kepala paip,terlihat gunting yang separa besar, dari mana datangnya senjata tajam itu langsung tidak diketahui.

tasha mengenggam gunting itu. dibeleknya gunting itu penuh minat,genggaman makin kuat. pintu bilik air dibuka,tasha menghampiri zarul dari belakang. saat zarul berpaling,gunting itu sudah selamat berada di perut zarul. darah memancut keluar,zarul merengus kesakitan. zarul kini terbaring dan tasha terkejut akan tindakannya. tasha duduk penuh sesalan,tidak terjangkau oleh akalnya akan apa yang baru berlaku tadi. tasha mula ketakutan,darah zarul membuak-buak keluar dari lubang hasil tusukan padu gunting yang digenggam oleh tasha tadi. kini semua sudah terlambat,segala-galanya telah punah ranah. tasha tidak keruan,apa nasibnya selepas ini.

apa tasha bersalah dalam hal ini?

p/s:selamat berpraktikal kepada kawan2 yang dah start praktikal..:D

Kenangan di Puncak Part 12

cover kenangan di puncak


"ok malam ni,set"

hanya pendek balasan mesej dari aku. menandakan aku tidak bersungguh untuk menjadikan pertemuan pada malam ini menjadi realiti. aku tidak percaya pertemuan yang dirancang pada malam ini akan menjernihkan kembali suasana,malah mungkin keadaan akan menjadi bertambah buruk. mungkin pelbagai pekung yang selama ini tersimpan rapi di dalam dada bakal terbuka. aku duduk berbaring sambil memandang sayu barisan jersi yang tergantung di dalam gerobok aku. jauh fikiran aku menerawang samada pilihan yang tepatkah untuk aku pergi menemui gadis berjilbab pada malam ini?

sesudah selesai mengerjakan solat maghrib,aku kini bersiap-siap untuk berhadapan dengan gadis berjilbab. sehelai jersi disarung bersama seluar jeans hitam,rambut seperti biasa disikat ke tepi. wangian tanpa alkohol disapu di pergelangan tangan dan belakang telinga menandakan aku kini bersedia untuk pergi bertemu seseorang yang dulunya sangat istimewa di dalam hati ini.

"sy dah sampai"

ringkas mesej dari aku untuk gadis berjilbab. saje aku memilih kedai makan yang agak jauh demi menjaga privasi kami berdua. aku sedar,perkara yang nak dibincangkan nanti agak serius,jadi perlu tempat yang tidak ramai orang,agar tidak menganggu orang lain.

"awk tunggu sekejap,kejap lagi sy sampai"

gadi berjilbab membalas. sudah menjadi kebiasaan perempuan akan mengambil masa yang lebih lama untuk bersiap jika dibandingkan dengan lelaki,walhal untuk pertemuan pada malam ini,tidak perlu bersolek bagai,cukup sekadar bersiap ala kadar. sambil menunggu kedatangan gadis berjilbab,aku sempat membuat pesanan makanan. seperti biasa,aku order hidangan kegemaran aku. sambil menunggu hidangan sampai,terimbau kembali kenangan kali terakhir aku duduk makan bersama dengan gadis berjilbab. pada ketika itu,beliau masih malu-malu dengan aku. cukup tertib dia ketika itu,ciri-ciri gadis melayu masih menebal pada dirinya. tidak menghairankan jika ramai lelaki yang tertarik padanya,bukan hanya pada kecantikan wajahnya sahaja,tapi kecantikan budi pekerti itu yang sebenarnya membuatkan ramai lelaki menaruh hati padanya.

"Assalamualaikum,blh duduk?"sapa gadis berjilbab.

"Waalaikumussalam,ha sila2"aku terkejut dengan gadis berjilbab yang tiba-tiba muncul di hadapanku.

"da lama awk tunggu?"

"baru je lagi,awk datang sorang je?"

"yup,housemate saya yang lain keluar"

"owh ok,awk order la makanan,sy tak order untuk awk tadi,sowi"

"eh tak pe la,sy pon nak minum je ni,petang tadi da makan da"

makanan yang di order tadi sudah pon sampai. aku mempelawa gadis berjilbab untuk berkongsi makanan itu dengan aku,tapi dia menolak dengan baik. ketika aku sedang menikmati makanan di restoran yang berkonsepkan ala thai itu,gadis berjilbab memulakan bicara yang lebih serius.

"awk nampak kejadian depan kelas ari tu?"

"yup,sy nampak,bukan setakat sy,chee boong pon nampak,so ada explaination?"

"ok,ni penjelasan dari sy,sy nak awk dengar betul-betul apa yang sy nak cakap ni,sy tak nak lepas ni,awk akan terus salah faham dengan sy"

"ok,boleh mulakan"

"lelaki yang awk nampak ari tu bf sy"

"heh bf,hahaha so selama ni awk ada bf la?"

"yup,memang sy ada bf"

"nape awk tak pernah bgtau sy?"

"la awk,sy tak nak la heboh2,lagipun bf je pon,bukannya tunang ke,suami ke"

"sampai hati awk kn tak bgtau sy pasal benda ni,awk langsung tak fikir pasal perasaan orang lain kan,sampai hati"

"perasaan orang lain?perasaan apa pulak ni awk?"

perasaan sy pada awk.."

Bersambung...

p/s:cerpen c.l.i.c.k,nantikan..

Televisyen Ajaib

senyum putrajaya

aku duduk bersandar di sofa empuk pembelian ibuku beberapa tahun dulu. di hadapan aku ada satu kotak televisyen dari zaman 70an. aku memandang dengan penuh hairan. dari mana datangnya benda old school ni. tidak mungkin benda ini datang sendiri,pasti ada orang yg meletakkannya.

di bahagian kanan ada beberapa butang kecil. aku mencari-cari remote televisyen ini. arghh ini keje giler, televisyen pada zaman itu mana ada remote lagi. aku memulas butang paling besar pada televisyen itu dan ia dihidupkan. hanya terdengar bunyi bising pada awalnya,sebelum perlahan-lahan keluar gambar di skrinnya. aku aneh melihat gambar yang keluar itu berwarna, dan bertambah aneh bila melihat gambar aku yang terpampang.

aku semakin pelik,terasa ada sesuatu yang tidak kena atau aku sedang bermimpi. tidak,aku yakin aku tidak bermimpi,bau kari hasil dari makan tengah hari tadi masih kuat melekat di telapak tangan kananku. aku memerhati penuh minat pada skrin televisyen itu. itu adalah paparan kehidupan aku semasa aku berusia 2 tahun. terlihat aku sedang dimandikan oleh ibuku. hingus mengalir deras tanpa disedari. ibu mengesat hingus tersebut sambil mencebok segayung air lalu dijiruskan ke badan aku. aku menggigil kesejukan. aku tersengih melihat gelagat aku ketika itu. serba serbi aku harapkan ibu aku,hatta mandi pon.

paparan di skrin televisyen terus berjalan. kini aku memakai seragam kotak2 tadika kemas. rambut disisir rapi ke tepi. ini di zaman aku berusia 5 tahun. aku duduk di dalam kelas. sudah tiba masa untuk pulang,tapi ada halangan besar perlu dilepasi terlebih dahulu. rakan2 berlumba-lumba mengangkat tangan utk menjawab teka-teki. aku seperti biasa tidak mengangkat tangan. bila pelajar sudah berkurangan,seperti biasa,aku cabut lari dari kelas. ketawa berdekah-dekah melihat telatah aku ketika itu. sampai ke hari ini,aku tak boleh blah jawab teka-teki.

paparan diteruskan lagi. kini aku sudah berada di sekolah rendah. dengan songkok di kepala,aku menuju ke kantin dengan berbekalkan duit belanja sebanyak satu ringgit. pada ketika itu,ada duit belanja sebanyak satu ringgit sudah dikira mewah,jauh bezanya dengan hari ini. aku berbaris panjang untuk membeli makanan. dari jauh,aku sudah nampak nasi ayam tersusun kemas di dalam pinggan. nasi ayam di kantin sekolah ini memang sedap,sampaikan aku kena turun lebih awal ke kantin jika berhajat untuk membelinya. aku tersengih melihat betapa kusyuknya aku menikmati nasi ayam yang dibeli itu,dan aku terpikir,mungkin inilah sebabnya sehingga ke hari ni nasi ayam sentiasa menjadi pilihan pertama aku bila mencari makanan tika waktu tengah hari.

paparan di televisyen bergerak laju. aku kini berada di sekolah menengah. muka yang sebelumnya suci bersih kini sudah mula dihinggapi parasit jerawat. di sekolah ketika itu, budaya hip hop mula mengganas. sapa yang tak kenal malique ngan joe flizzow memang tak ikut peredaran betul time tu.banyak group hip hop yang tumbuh time tu. mizz nina pon tengah selenge lagi kat teh tarik crew. member2 aku yang jiwang2 layan exist time tu. habis sume lagu exist di hafalnya,sanggup bli kaset original sebab nak dapat lirik lagu. member2 laen yang bajet omputih layan linkin park time tu. sapa yang tak tau lagu "in the end" time tu ye dak?

paparan diteruskan dengan aku kini sudah selesai menjawab paper SPM aku. ada cuti yang panjang di hadapan aku. aku mengambil keputusan untuk bekerja di sebuah kedai handset kepunyaan tokey cina. tapi,banyak yang dipelajari sepanjang tempoh aku disana,terutama mengenai sifat manusia. sifat manusia ini ada macam2,dan kita takkan mampu untuk memahami kesemuanya. bekerja di kedai ini juga membuatkan aku lebih faham bagaimana cara kaum cina menjalankan business,patut la mereka jauh meninggalkan kita. korg rasa ada tak kedai handset melayu yang bukak pukul 8 pagi??

suara di televisyen kian perlahan. owh kini rupanya aku sedang duduk di tepi pantai hadapan uitm dungun. aku berada di sini kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. buat pertama kali aku keluar dari negeri kelahiran aku dan duduk berjauhan dengan kedua ibubapa tercinta. duduk di negeri orang,memahami cara hidup dan budaya yang berbeza, bergaul dengan rakan2 dari seluruh negara, membuatkan aku lebih matang. aku tersengih bila melihat seorang lecturer memuji aku kerana dapat markah highest utk kuiz, satu memori yang sangat aku rindu sehingga ke hari ini.

tiba-tiba,suara di televisyen agak kuat. owh rupanya itu bunyi hiruk pikuk di hari pendaftaran student degree di uitm puncak alam. macam2 kerenah,aku mengusung laggage sambil menaiki lif utk ke kolej kediaman aku. duduk di kolej yang ala2 apartment ni memang seronok. satu rumah ada 4 bilik,lengkap dengan internet. internet yang tanpa had ni la menyebabkan aku belajar apa itu on9 sampai lebam.tapi langit tak selalunya cerah,aku hanya berada satu semester di kolej sebelum aku ditendang keluar untuk menginap di rumah sewa pulak.

kini suara di televisyen perlahan. terdengar bunyi ayam berkokok. owh suasana di pagi hari. agak aneh visual aku di televisyen ketika ini. aku cuba memahami apa yang sedang berlaku. owh rupanya aku sudah pon tamatkan pengajian di uni dan kini sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja. enjin kereta dihidupkan,dan aku duduk di tempat duduk pemandu. 5 minit kemudian, kereta aku sudah meluncur menuju ke tempat kerja. sampai di tempat kerja,aku menerima mesej dari si isteri. ketika baru hendak membaca mesej itu,tiba2 televisyen terpadam. tiada lagi visual,hanya gelap gelita. aku menepuk nepuk televisyen itu beberapa kali,tapi masih tidak berhasil.


"Dem,aku tak sempat nak tengok sape yang jadi isteri aku!!"

p/s:da ramai yg stat panggil aku retis,aku bukan retiss la wei,aku blogger.